omniture

Pembeli Suria Global Berkumpul di Korea pada September 2013

EXPO Solar 2013
2013-06-10 22:00 125

- EKSPO Suria 2013 diadakan di KINTEX, Korea, dari 4~6 September

- Pameran tahunan ini gerbang masuk ke pasaran suria Asia

SEOUL, Korea Selatan, 10 Jun 2013 /PRNewswire/ -- EKSPO Suria 2013 (www.exposolar.org), pameran fotovoltan terkemuka Asia, akan diadakan di KINTEX, Gyeonggi, Korea selama 3 hari mulai 4~6 September. Acara tahun ini bakal mengetengahkan 300 syarikat PV (fotovoltan) dari 20 buah negara.

 (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130610/HK26683LOGO )

Tersohor sebagai gerbang masuk ke pasaran Asia untuk syarikat-syarikat PV seluruh dunia, EKSPO Suria 2013 semakin menarik perhatian dengan 3 tema menarik: "Asia yang Meningkat dan Eropah yang Merudum", "Pusat Graviti Industri PV Beralih Daripada Pembuatan ke Penjanaan Kuasa dan Pemasangan", dan "Perubahan dalam Pembelian PV dan Corak Permintaan".

Dengan peralihan pasaran PV global dari Eropah ke Asia kesan daripada keperlahanan permintaan di Eropah dan peralihan tumpuan pasaran daripada pembuatan sel/modul kepada penjanaan kuasa PV dan pemasangan, pembelian dan permintaan untuk sistem kuasa PV dijangka meningkat dalam separuh tahun kedua tahun ini. Memandang kepada trend ini, EKSPO Suria 2013, yang bakal dilangsungkan pada bulan September ini, dijangka dapat merangsang industri sambil menyediakan forum yang penting bagi bertukar-tukar idea, perbincangan mengenai pembelian PV dan mesyuarat pembeli praktikal yang tertumpu di sekitar pengguna hujung.

Ketika Eropah dan AS mula menguatkuasakan duti anti-lambakan ke atas modul PV China yang diimport, modul PV Korea semakin mendapat tempat dalam pasaran PV antarabangsa. Peningkatan minat dalam modul PV Korea dijangka dapat membawa masuk bilangan pembeli PV global yang ramai ke Korea. Sejajar dengan trend dalam pasaran ini, penganjur EKSPO Suria 2013 mengendalikan sebuah program jemputan pembeli istimewa bagi menarik pembeli antarabangsa yang berkelayakan (www.exposolar.org/2013/invitation).

Diadakan serentak, Forum Dunia PV 2013 bakal mengetengahkan kira-kira 30 orang penceramah PV bertaraf dunia dari 7 buah negara termasuk dari Jepun, AS dan Jerman, serta meneliti trend teknologi PV dalam negara-negara seluruh dunia, potensi tumbesaran dalam pasaran PV dan pendekatan-pendekatan baharu untuk perniagaan PV dalam tahun 2014.

Untuk maklumat lanjut mengenai EKSPO Suria 2013, sila lawati http://www.exposolar.org.

Source: EXPO Solar 2013
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Trade show news