omniture

RSPO Membolehkan Pengesanan Dan Pencegahan Kebakaran Yang Lebih Pantas Melalui Hab Titik Panas

Roundtable On Sustainable Palm Oil
2021-07-30 20:39 262

Hab Titik Panas RSPO Meningkatkan Ketelusan dan Kebertanggungjawaban Kebakaran Hutan Di Seluruh Konsesi Kelapa Sawit Yang Diperakui Dan Tidak Diperakui RSPO 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) atau Meja Bulat Kelapa Sawit Lestari telah melancarkan Hab Titik Panas RSPO iaitu sebuah platform dalam talian yang menggunakan teknologi satelit canggih untuk menyediakan maklumat masa nyata tentang titik panas yang dikesan dan potensi kebakaran di ladang kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia. Dengan meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, Hab Titik Panas ini meningkatkan usaha pencegahan kebakaran yang seterusnya mengurangkan risiko kejadian jerebu rentas sempadan.

"Disebabkan pandemik COVID-19, lebih ramai petani mungkin menggunakan kaedah pembersihan tanah yang berbahaya bagi menampung kekurangan kewangan. Ini meningkatkan risiko kebakaran hutan yang tidak terkawal dan mewujudkan jerebu toksik yang akan terus melemahkan sistem kesihatan kita, membahayakan alam sekitar kita dan mengancam kemajuan yang telah kita capai ke arah rantau bebas jerebu," kata Tiur Rumondang, Pengarah Jaminan RSPO. "Hab Titik Panas ini membolehkan pengesanan kebakaran yang lebih pantas yang bermakna pihak berkepentingan tempatan mempunyai peluang untuk bertindak balas lebih awal sebelum ia membawa kepada kemusnahan dan sukar untuk dibendung."

Hab Titik Panas ini dikuasakan oleh sensor dan teknologi satelit1 canggih yang memaparkan titik panas sebagai petunjuk sumber haba di daratan. Apabila titik panas ditemui di atau berhampiran dengan konsesi yang diperakui RSPO, pasukan GIS RSPO di bawah Unit Integriti akan menghubungi ahli bagi pengesahan dan pelaporan. Maklumat tentang tarikh, punca dan tahap kebakaran yang berlaku serta saiz kawasan yang terjejas boleh diperoleh di Hab Titik Panas. Ia juga mendokumentasikan tindakan yang diambil oleh ahli RSPO untuk bertindak balas terhadap insiden tersebut.

Sebagai permulaan, Hab Titik Panas akan memaparkan data titik panas yang direkodkan di Malaysia dan Indonesia dari bulan Disember 2020 dan seterusnya akan meliputi hingga ke Afrika dan Amerika Latin.

Sila kunjungi pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Ketahui lebih lanjut tentang RSPO serta Prinsip dan Kriteria Pensijilan 2018: https://rspo.org/ 

1 MODIS Terra and Aqua, VIIRS NOAA-20, and VIIRS Suomi NPP

Source: Roundtable On Sustainable Palm Oil
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Environmental Products & Services Natural Disasters