omniture

Huion Umum Tiga Paparan Pen 23.8 inci, Termasuk Kamvas Pro 24(4K)

Huion
2021-07-30 21:03 539

SHENZHEN, China, 30 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Huion mengumumkan tiga paparan pen skrin besar hari ini, Kamvas 24, Kamvas 24 Plus, dan Kamvas Pro 24(4K). Dua daripada siri Kamvasnya dan satu daripada siri Kamvas Pronya. Dilengkapi denga prestasi yang dipertingkatkan, paparan pen ini direka untuk pencipta yang mengkhusus dalam animasi, permainan digital, reka bentuk perindustrian, dan lain-lain.

Kamvas Pro 24(4K)
Kamvas Pro 24(4K)

Kamvas Pro 24(4K) 

Kamvas Pro 24(4K) dengan reka bentuk dan prestasi premium adalah merupakan produk utama Huion. Resolusi UHD 4K, teknologi kuantum titik, gamut warna 140% sRGB, nisbah kontras 1200:1, dan teknologi HDR menjadikan Kamvas Pro 24(4K) paparan pen yang sangat sesuai untuk pengalaman visual yang amat mengasyikkan. Seperti kebanyakan paparan pen Huion, Kamvas Pro 24(4K) juga menerapkan teknologi laminasi penuh dan kaca bergores antisilau untuk meminimakan paralaks dan pengalaman melukis pen di atas kertas yang semulajadi.

Selain itu, Kamvas Pro 24(4K) dilengkapi dengan dua kaki boleh lipat dengan mana ciptaan ini dapat dinikmati oleh pengguna pada sudut 20 darjah. Namun, buat mereka yang menginginkan lebih kepelbagaian dan kefleksibelan, mungkin lengan monitor ST410/ST420 atau tiang ST100A yang boleh dilaraskan lebih sesuai, kerana mereka dapat menyokong lebih banyak sudut untuk pengguna mencari postur yang paling selesa ketika melukis.

Kamvas 24 & Kamvas 24 Plus
Kamvas 24 & Kamvas 24 Plus

Kamvas 24 & Kamvas 24 Plus 

Kamvas 24 dan Kamvas 24 Plus ialah produk keenam siri Kamvas. Berbanding dengan pendahulu mereka, Kamvas 24 dan Kamvas 24 Plus bukan hanya memiliki skrin terbesar berukuran 23.8 inci malah juga dilengkapi dengan resolusi 2.5K QHD. Kamvas Plus 24 Plus malah menerapkan teknologi kuantum titik yang meningkatkan gamut warna hingga 140% sRGB dan nisbah kontras hingga 1200:1, yang membolehkan pembentangan yang lebih ceria dan gambar yang lebih terang.

Cipta lebih lagi dengan pen digital

Ketiga-tiga paparan pen didatangkan dengan pen digital PW517. Dibangunkan berdasarkan PenTech3.0 Huion, PW517 membolehkan pengalaman melukis yang lebih semulajadi dan stabil. Huion juga memperkenalkan mata pen lakan buat pertama kalinya, yang akan didatangkan dengan Kamvas Pro 24(4K).

8192 tahap kepekaan tekanan dan kadar laporan >220PPS membolehkan penghasilan semula garisan yang semulajadi dan halus dengan serta merta. Pengecaman kecondongan ±60° menyokong realisasi pelbagai teknik melukis seperti pelorekan, pelakaran, dan penepian.

Dengan matlamat untuk membawakan penyelesaian dakwat digital buat lebih ramai orang di seluruh dunia, Huion telah sentiasa komited untuk menawarkan produk yang lebih baik buat profesional kreatif dan mereka yang baru bermula.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Huion, sila kunjungi www.huion.com.

 

Source: Huion
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications