omniture

Dana Pembangunan China-Afrika, Hisense Buka Taman Perindustrian Baharu di Afrika Selatan

Hisense
2013-06-11 00:37 129

QINGDAO, China, 11 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Pada 6 Jun, Hisense dengan rasminya telah membuka Taman Perindustrian Perkakasan Rumah baharunya di Atlantis, sebuah bandar di Western Cape, Afrika Selatan. Taman perindustrian seluas 100,000 meter persegi itu terletak 40 kilometer dari pelabuhan Cape Town dan merupakan tapak penghasilan barangan elektronik dan perkakasan rumah paling penting di Afrika Selatan. Sebagai sebuah projek kerjasama antara Hisense dan Dana Pembangunan China-Afrika, taman baharu itu bakal mempunyai kapasiti penghasilan tahunan sebanyak 400,000 buah televisyen dan 400,000 buah peti sejuk. Tapak itu direka bagi menghasilkan peti sejuk menjimatkan tenaga, televisyen HD 3D Pintar, dan pelbagai produk mewah dan mesra alam untuk pasaran Afrika Selatan serta lebih daripada 30 buah negara seluruh Afrika sub-Sahara, termasuk Angola, Ghana dan Congo. Tapak baharu ini dijangka dapat mencipta kira-kira 600 peluang pekerjaan secara langsung dan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan tidak langsung dalam bahagian sokongan dan sektor logistik.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130608/CN27486 )

Taman perindustrian baharu itu bakal memberi Hisense pengaruh jenama yang lebih tinggi di seluruh rantau itu. Diasaskan pada tahun 1994, Hisense Afrika Selatan telah berkembang menjadi penghasil TV LED terbesar dalam negara itu dengan 25 peratus syer pasaran. Tambahan lagi, syer pasarannya untuk peti sejuk kini adalah 14 peratus. Pertumbuhan jualan untuk Hisense adalah pada 50 peratus berturut-turut dari tahun 2010 ke 2012. Produk-produk Hisense boleh dilihat dalam banyak rangkaian kedai tempatan berskala besar termasuk HiFi, Game, Dion, dan lain-lain.

Kerajaan Afrika Selatan meletakkan kepentingan yang besar pada pembangunan Hisense yang konsisten dan tetap dalam kawasan tempatan. Pada upacara pembukaannya, ucapan-ucapan telah dibuat oleh Menteri Pembangunan Ekonomi Afrika Selatan, Timbalan Menteri Luar Negeri, gabenor wilayah Western Cape, beberapa datuk bandar, bersama timbalan presiden Dana Pembangunan China-Afrika serta pelabur-pelabur projek. Menteri Pembangunan Ekonomi telah menjanjikan sokongan maksimum untuk pembangunan Hisense di Afrika Selatan. Jerry Liu, Pengurus Besar untuk subsidiari Afrika Selatan Hisense berkongsi maklumat bahawa dalam masa beberapa dekad lepas, Hisense telah melaksanakan projek-projek bantuan secara berterusan untuk institusi-institusi kebajikan termasuk rumah-rumah anak yatim, hospital-hospital kanak-kanak dan kemudahan kehidupan berbantu untuk warga emas, serta memberi derma dan biasiswa untuk sekolah-sekolah di kawasan kurang bernasib baik. Hisense telah menetapkan sebuah tapak penyelidikan teknologi elektronik dan latihan pembangunan di Atlantis untuk sejumlah besar juruteknik profesional tempatan. Tindakan-tindakan ini dialu-alukan oleh masyarakat tempatan dan kerajaan.

Source: Hisense
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion