omniture

ZENVIA Inc. Mengumumkan Penutupan Penempatan Persendirian Serentak dengan Twilio Inc.

Zenvia Mobile Serviços Digitais
2021-08-01 00:42 278

SÃO PAULO, 1 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- ZENVIA Inc. ("ZENVIA") (NASDAQ: ZENV), mengumumkan penutupan penempatan persendirian serentak yang didedahkan sebelum ini melibatkan 3,846,153 saham biasa Kelas A kepada Twilio Inc. dalam transaksi persendirian ("Penempatan Persendirian Serentak") pada harga tawaran AS$13.00 bagi setiap saham biasa Kelas A.

ZENVIA mengumpul pendapatan kasar sebanyak AS$50,000,000 dengan Penempatan Persendirian Serentak dan bersama-sama dengan tawaran awam permulaan ("IPO") ZENVIA sebanyak 11,538,462 saham biasa Kelas A pada harga tawaran awam AS$13.00 setiap saham biasa Kelas A yang ditutup pada 26 Julai 2021, ZENVIA secara keseluruhannya mengumpul kira-kira AS$200,000,000 dalam pendapatan kasar.

Seperti yang didedahkan dalam penyata pendaftaran efektif ZENVIA pada Borang F-1 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S., sebahagian pendapatan bersih daripada IPO dan Penempatan Persendirian Serentak akan digunakan untuk membayar kos perolehan tersebut secara tunai bagi memperoleh One To One Engine Desenvolvimento e Licenciamento de Sistemas de Informática S.A. — Direct One dan mana-mana pendapatan yang selebihnya akan digunakan untuk tujuan korporat umum yang mungkin merangkumi pelaburan untuk pembangunan perisian, produk atau teknologi, pelaburan dalam pengembangan operasi antarabangsa kami, membiayai penggabungan, perolehan atau pelaburan oportunis lain dalam perniagaan pelengkap dan mengekalkan kecairan.

Tentang ZENVIA
ZENVIA didorong oleh tujuan untuk memperkasakan syarikat bagi mewujudkan pengalaman yang unik dalam komunikasi pelanggan melalui platformnya yang serba lengkap dan disatukan. ZENVIA memperkasakan syarikat untuk mengubah komunikasi pelanggan sedia ada mereka daripada interaksi secara fizikal yang tidak bersifat peribadi dan tidak boleh diskala kepada pengalaman kontekstual yang hiper, mengutamakan digital dan sangat boleh diskala di sepanjang perjalanan pelanggan. Platform komunikasi CX serba lengkap yang disatukan milik ZENVIA ini menyediakan gabungan (i) SaaS yang memberi fokus kepada kempen, pasukan jualan, perkhidmatan pelanggan dan penglibatan, (ii) alatan, seperti antara muka pengaturcaraan aplikasi perisian atau API, chatbot, pandangan pelanggan tunggal, pereka perjalanan, penggubah dan pengesahan dokumen serta (iii) saluran seperti SMS, Voice, WhatsApp, Instagram dan Webchat.

Platformnya yang komprehensif membantu pelanggan dalam pelbagai kes penggunaan, termasuklah kempen pemasaran, perolehan pelanggan, pengambilan pelanggan, amaran, perkhidmatan pelanggan, kawalan penipuan, penjualan silang dan pengekalan pelanggan serta banyak lagi. Setakat 31 Mac 2021, ZENVIA telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 10,100 pelanggan aktif di seluruh Amerika Latin.

Sila hubungi
ZENVIA Inc.
Untuk perhatian Jabatan Perhubungan Pelabur
ir@zenvia.com  
Avenida Paulista, 2300, Suites 182 dan 184, São Paulo, SP, Brazil
Kod Zip 01310-300

 

 

Source: Zenvia Mobile Serviços Digitais
Related Stocks:
NASDAQ:ZENV
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Offerings