omniture

Wiski Scotch Malt Tunggal Bowmore® memperkenalkan koleksi Rekaan Aston Martin

Beam Suntory Inc.
2021-08-02 07:01 39

CHICAGO, 2 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Wiski Scotch Malt Tunggal Islay Bowmore® secara eksklusifnya telah melancarkan rangkaian pertama koleksi edisi terhad Rekaan Aston Martin di Global Travel Retail.

Bowmore® Single Malt Scotch Whisky introduces the Designed by Aston Martin
Bowmore® Single Malt Scotch Whisky introduces the Designed by Aston Martin

Pelancaran itu menandakan kerjasama wiski GTR Bowmore dengan pasukan reka bentuk di Aston Martin untuk mencipta reka bentuk botol dan pek yang menarik, untuk memberikan reka bentuk sedia ada satu penampilan baharu yang bergaya dan menarik perhatian.

Sebagai sebahagian daripada koleksi yang dikeluarkan setiap tahun, pakar reka bentuk Aston Martin mempamerkan ciri-ciri khas wiski malt tunggal Bowmore 10, 15 dan 18 Tahun yang sedia ada dan memberi penghormatan kepada kereta ikonik daripada sejarah jenama yang berprestij itu.

Bowmore 10 Tahun digandingkan dengan kereta pasukan kilang Aston Martin yang mengubah keadaan, LM10, yang pertama kali berlumba di Le Mans pada tahun 1932. Dengan mempamerkan gaya berani dan yakin yang jelas, kedua-dua ciptaan ini menggambarkan kehebatan teknikal yang luar biasa apabila wiski itu dengan beraninya menggabungkan rempah dengan rasa salai istimewa.

Diilhamkan oleh Aston Martin Atom yang ikonik, Bowmore 15 Tahun yang telah diperhalusi berjaya mengambil momen yang tepat dan memberi penghormatan kepada bakat dan semangat kreatif para pencipta. Wiski yang diperbuat daripada tong bekas isian bourbon dan tong kayu besar itu menampilkan ciri-ciri yang menyegarkan dan bergaya.

Prestasi dan perhatian luar biasa terhadap perincian adalah apa yang menyatukan Aston Martin DB Mk III dan Bowmore 18 Tahun. Malt tunggal berprestasi tinggi yang jarang di temu ini diserikan lagi dengan menghabiskan masanya disimpan di dalam tong bekas isian terbaik Oloroso dan Pedro Ximénez.

Manuel Gonzalez, Pengarah Jenama bagi Global Travel Retail berkata: "Kerjasama kami dengan Aston Martin merupakan contoh selanjutnya tentang cara kami melabur dalam premiumisasi portfolio GTR kami melalui gabungan inovasi yang menarik dan edisi terhad khas. Koleksi Rekaan Aston Martin itu terus menyerlahkan cita-cita kami terhadap jenama Bowmore dan memberikan pelanggan kami konsep baharu dengan daya tarikan pengguna yang kuat serta peluang pertumbuhan yang penting."

Rangkaian pertama daripada siri Rekaan Aston Martin yang eksklusif untuk Global Travel Retail akan dijual mulai Ogos 2021. Bowmore 10 Tahun boleh didapati dengan harga runcit $59, Bowmore 15 Tahun boleh didapati dengan harga runcit $80 dan Bowmore 18 Tahun boleh didapati dengan harga runcit $121.

Reka bentuk botol dan pembungkusan edisi terhad itu akan tersedia di zon bebas cukai di seluruh dunia, dengan pengaktifan di lokasi lapangan terbang utama termasuk London Heathrow, Frankfurt, Hainan, Istanbul dan Taiwan.

Untuk maklumat lanjut tentang Bowmore Aston Martin, sila layari: astonmartin-travel-bowmore.com

Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1583535/bowmore.jpg?p=medium600

 

Source: Beam Suntory Inc.
Keywords: Auto Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Transportation New products/services