LONDON, 11 Jun 2013 /PRNewswire/ --
Kajian* menunjukkan bahawa, secara puratanya, pedagang yang menggunakan Penasihat Pakar (EA) menghasilkan keputusan perdagangan sehingga 6 kali ganda lebih baik dan pulangan yang lebih stabil berbanding mereka yang berdagang secara manual. FxPro Group Ltd (FxPro), sebuah peneraju rintis dalam FX global, mengumumkan pelancaran dua produk perdagangan Algo inovatif yang direka bagi memaksimumkan kejayaan perdagangan.
FxPro adalah satu-satunya broker yang menjajarkan kepentingan mereka sepenuhnya dengan kepentingan klien, melalui Model Agensi yang telus dan berpaksikan pedagang. Komitmen syarikat itu bagi menyediakan perkhidmatan bagus, melalui pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan, telah membawa kepada pelancaran penyelesaian perdagangan Algo yang pertama dalam industri yang akan memastikan faedah jangka masa panjang diterima oleh klien FxPro dan rakan-rakan kongsinya.
Kini pedagang boleh menikmati faedah daripada ciri-ciri EA yang mempertingkatkan perdagangan melalui:
FxPro Library, sebuah pasaran EA yang amat diperlukan dan membenarkan pedagang memuat turun Penasihat Pakar yang sedia ada dan teruji belakang yang dibangunkan oleh pasukan pembangunan FxPro sendiri dan para pemprogram pihak ketiga yang berpengalaman. Para pedagang kini boleh memilih daripada 40 lebih Penasihat Pakar yang sedia terbina dan boleh diubahsuai, sebuah angka yang akan meningkat secara eksponen sambil para pedagang dan pembangun menemui sumber yang mengujakan ini.
FxPro Quant Strategy Builder, sebuah alat mesra pengguna yang membenarkan para pedagang membangunkan dan membina Pakar Penasihat mereka sendiri untuk platform MT4 menggunakan fungsi seret dan letak yang mudah, tanpa memerlukan sebarang pengalaman pemprograman.
FxPro kini sedang membangunkan sebuah platform perdagangan cermin yang revolusioner yang bakal membenarkan para klien mereka meniru perdagangan penyedia isyarat yang utama.
"FxPro percaya bahawa semua pedagang patut menikmati faedah daripada perdagangan beralgoritma. Kami berusaha keras bagi membangunkan peralatan mesra pengguna yang bakal memberi para klien kami kejayaan perdagangan yang lebih besar dengan menyingkirkan emosi daripada keputusan perdagangan dan membenarkan mereka mengenalpasti lebih banyak peluang perdagangan." -- Charalambos Psimolophitis, Ketua Pegawai Eksekutif, FxPro
*Sumber: FxPro, Penyelidikan dalaman, 2012
Mengenai FxPro
FxPro Group Limited adalah pemimpin industri yang pernah memenangi anugerah dalam pasaran FX yang semakin berkembang pesat. Berkhidmat untuk klien seluruh dunia dengan kemudahan perdagangan canggih dan tahap sokongan pelanggan mengagumkan 24 jam sehari, 5 hari seminggu, mereka ingin menjadi pilihan pertama untuk para klien dengan melabur ke dalam pekerja, inovasi dan teknologi mereka dan dengan menjadi penyedia utama untuk penyelesaian FX. http://www.fxpro.com
FxPro UK Limited diberi kuasa dan dikawalselia di United Kingdom oleh Pihak Berkuasa Tatakelakuan Kewangan (FCA), nombor pendaftaran 509956. FxPro Financial Services Limited diberi kuasa dan dikawalselia oleh lesen CySEC (078/07).
Amaran Risiko
Modal anda mungkin berisiko.
Hubungan Media
Hubungan Media
FxPro
+44(0)20-7776-9720
pr@fxpro.com
Sumber: FxPro