omniture

Microland diiktiraf sebagai 'Finalis' Anugerah Microsoft Government Partner of the Year 2021

Microland
2021-08-02 10:00 26

BENGALURU, India, LONDON dan ATLANTA, 2 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Microland hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai finalis (naib johan) Anugerah Microsoft Government Partner of the Year 2021. Syarikat tersebut telah dianugerahkan dengan pengiktirafan ini dalam kalangan kumpulan rakan niaga global terbaik Microsoft atas kecemerlangan yang ditunjukkan dalam inovasi dan pelaksanaan penyelesaian pelanggan berdasarkan teknologi Microsoft.

Mengulas tentang pengiktirafan tersebut, Ashish Mahadwar, Presiden Microland menyatakan: "Hubungan antara Microsoft dengan Microland selama 25 tahun akan meningkat lebih tinggi dengan pengiktirafan ini. Dengan keupayaan berskala global dan lebih 2,500 orang pakar Microsoft, Microland terus membantu pelanggan menilai, melaksana, mengurus dan mengubah infrastruktur IT dan aplikasi mereka. Usaha sama kami dengan Ealing Council untuk merealisasikan digital dalam perkhidmatan rakyat ketika ia benar-benar diperlukan memberikan kami suatu kepuasan yang tidak terhingga dan pengiktirafan ini menjadi suatu motivasi untuk kami terus cemerlang dalam apa jua yang kami lakukan untuk para pelanggan kami."

"Microland bekerjasama dengan Ealing Council bagi membina strategi transformasi digital yang benar-benar sesuai. Penyelesaian berpusatkan Dynamics 365 telah mengubah Ealing Council secara digital—menjimatkan wang, meningkatkan kecekapan dan memperbaiki masa penghantaran bagi para pelanggan kami", kata Peter Greenham, Ketua IT, Ealing Council.

Anugerah Microsoft Partner of The Year mengiktiraf rakan niaga Microsoft yang telah membangun dan menyampaikan penyelesaian berasaskan Microsoft yang cemerlang pada tahun lalu. Anugerah ini diklasifikasikan mengikut pelbagai kategori dengan penerima anugerah yang dipilih daripada lebih 4,400 pencalonan yang diterima dari lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Microland diiktiraf atas penyelesaian dan perkhidmatan cemerlang yang diberikannya kepada London Council of Ealing di bawah rangkaian vertikal Kerajaan tersebut.

Hugh Eaton, Naib Presiden - Hubungan Kerajaan Seluruh Dunia, Microsoft menyatakan, "Sebagai sebahagian daripada transformasi digital Ealing Council, Microland telah membolehkan Ealing Council beralih dari proses berasaskan kertas ke digital, mendorong kecekapan operasi dan kos serta yang paling penting ialah menyampaikan peningkatan pengalaman dalam talian kepada warga tempatan melalui portal Ealing Council. Kami hanya boleh mencapai misi kami dalam memperkasakan setiap anggota masyarakat dengan menggabungkan kepakaran dan kemahiran dengan rakan niaga yang berkongsi hasrat kami untuk meletakkan orang ramai dan komuniti sebagai teras dalam segala yang kami lakukan. Microland melakukan perkara tersebut".

Tentang Microland

Komitmen Microland terhadap "Merealisasikan Digital" ("Making Digital Happen") membolehkan teknologi melakukan lebih banyak serta mengurangkan gangguan. Kami memudahkan syarikat-syarikat beralih kepada infrastruktur digital generasi seterusnya melalui portfolio perkhidmatan kami yang luas termasuk Pusat Data dan Awan, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan IoT Perindustrian. Kami memastikan bahawa penggunaan perkhidmatan digital ini boleh diramal, boleh dipercayai dan stabil.

Dalam dunia yang telah terkesan dengan COVID, Microland merealisasikan digital untuk syarikat perusahaan yang fokus utamanya tertumpu kepada perkhidmatan yang lebih berkaitan dengan pelanggan dan prospek kami berbanding sebelum ini dan seterusnya menjamin hasil perniagaan.

Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru India, Microland mempunyai lebih 4,500 orang pakar digital di seluruh pejabat dan pusat perkhidmatan di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sila baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/ 

TENTANG MICROSOFT

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) membolehkan transformasi digital menuju era awan pintar dan pinggir pintar. Misi syarikat tersebut adalah untuk memperkasakan setiap individu dan setiap organisasi di dunia demi mencapai lebih banyak kejayaan.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600

Source: Microland
Keywords: