omniture

Pemegang Saham CVBT Undi Perubahan

CardioVascular BioTherapeutics, Inc.
2013-06-11 01:22 123

LAS VEGAS, 11 Jun 2013 /PRNewswire/ -- CardioVascular BioTherapeutics, Inc. (CVBT) hari ini mengumumkan bahawa pemegang-pemegang sahamnya memberi undian lebih 60% bagi meminda undang-undang kecil CVBT, menyingkirkan pengarah-pengarah tertentu daripada Syarikat itu dan meluluskan pengarah-pengarah yang dikekalkan untuk mempertimbangkan sebuah usul pendanaan.

Ahli-ahli lembaga yang telah disingkirkan berkuatkuasa 7 Jun 2013 ialah Daniel C. Montano, John (Jack) Jacobs, Ernest C. Montano, Viktoriya T. Montano, Ernest Montano III, dan Joong Ki Baik.

Dua orang pengarah yang masih dikekalkan, Mickael A. Flaa dan Grant Gordon, telah melantik tiga orang pengarah baharu yang membentuk Lembaga Pengarah Sementara CVBT: Calvin A. Wallen III, Jon Ross, dan Robert Schleizer. Pengarah-pengarah baharu itu membawa bersama pengalaman dalam bidang kewangan, perundangan, keselamatan dan pusing balik kepada Lembaga CVBT.

Lembaga Sementara itu telah bertemu dan mengesahkan pindaan terhadap undang-undang kecil yang diluluskan oleh para pemegang saham, meluluskan pihak pengurusan bagi mempertimbangkan usul pendanaan, menamatkan khidmat pengurusan sebelum ini dan melantik Calvin A. Wallen III sebagai Pengerusi Lembaga, dan Mickael A. Flaa sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan.

Maklumat lanjut mengenai pengarah-pengarah baharu akan dimuat naik ke dalam laman web CVBT dalam masa yang terdekat. http://www.cvbt.com 

Mengenai CardioVascular BioTherapeutics

CVBT adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan calon-calon ubat dengan FGF-1 sebagai bahan farmaseutikal aktifnya (API) bagi penyakit-penyakit yang mempunyai ciri pengaliran darah yang tidak mencukupi pada tisu atau organ. Syarikat itu merupakan penaja percubaan Fasa II bagi merawat penyakit koronari jantung serius (CVBT-141H), dan telah menerima kelulusan daripada FDA bagi sebuah percubaan Fasa 1 bagi merawat penyakit arteri periferi (CVBT-141C). Sebuah percubaan Tahap Lanjut bagi merawat ulser kaki diabetes kronik (CVBT-141B) sedang dirancang dan menunggu kelulusan FDA.

Kenyataan Ramalan

Siaran berita ini mengandungi kenyataan ramalan yang melibatkan risiko dan ketidakpastian. Hasil dan keputusan sebenar mungkin berbeza daripada yang telah dibincangkan atau dijangkakan. Contohnya, kenyataan yang berkaitan jangkaan penyelidikan baharu, kemajuan percubaan klinikal atau inisiatif perniagaan masa hadapan adalah kenyataan ramalan. Faktor-faktor yang mungkin memberi kesan kepada keputusan sebenar termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kelulusan FDA untuk calon ubat CVBT, penerimaan pasaran produk CVBT oleh pelanggan, perkembangan baharu dalam industri, hasil masa hadapan, perbelanjaan masa hadapan, margin masa hadapan, penggunaan tunai dan prestasi kewangan. Bagi perbincangan lebih terperinci mengenai semua ini dan risiko-risiko berkaitan, sila lihat dokumen-dokumen syarikat itu yang terbaharu yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Hubungan Media:
Allison Caplan
CardioVascular BioTherapeutics, Inc.
+1-(702)-839-7200
acaplan@cvbt.com

Senarai Mel CVBT
Bagi dimasukkan ke dalam Senarai Mel CVBT, sila hantarkan maklumat hubungan anda kepada info@cvbtshareholder.com.

Source: CardioVascular BioTherapeutics, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals