omniture

Ekspo Suncheon Umumkan Catatan Pengunjung, Mengalu-alukan 1.74 Juta Pengunjung

The Committee of the International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013
2013-06-11 03:22 151

SUNCHEON, Korea Selatan, 11 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo Taman Teluk Suncheon yang berlangsung selama 184 hari telah menarik hampir 1.74 juta pengunjung sejak ia dibuka pada 16 April, kata penganjur acara pada hari Jumaat.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/10/2013061014311071983.html )

"Kami menepati sasaran dalam mencapai matlamat kami," kata seorang pegawai penganjurnya, melenyapkan kebimbangan awal jumlah pengunjung mungkin akan jauh berkurangan kerana cuaca yang terlalu panas.

Pihak penganjur berkata bilangan jumlah pengunjung harian mencecah 42,722 orang sehingga 19 Mei, mengatasi matlamat asal sebanyak 22,666 orang.

Dengan baki 136 hari sahaja lagi, angka ini diterjemahkan menjadi 43.5 peratus daripada matlamat yang dibayangkan iaitu sebanyak 4 juta orang pengunjung, tambah pihak penganjur lagi. Bilangan pengunjung mencecah 1 juta orang pada 16 Mei, 26 hari selepas upacara perasmiannya.

"Kami sedang mengambil tindakan bagi menangani cuaca panas dengan melanjutkan sistem bekalan air dan memasang lebih banyak payung, serta mengadakan persembahan waktu malam," tambah pegawai itu lagi.

Ekspo taman itu, yang diadakan di bawah tema "Taman Bumi", akan diadakan di Suncheon, 415 kilometer selatan Seoul, sehingga 20 Oktober.

Festival itu menawarkan rangkaian pameran yang luas melalui empat kawasan utama – Zon Arboretum, Zon Pusat Tanah Bencah, Zon Taman Dunia dan Zon Tanah Bencah – di tapaknya yang seluas 1.11 juta meter persegi.

Tapak itu mengandungi 83 jenis taman, termasuk 11 kawasan dengan pemandangan eksotik, serta Rumah Hijau ECOGEO, Muzium Sastera Suncheon dan Pusat Tanah Bencah Antarabangsa Teluk Suncheon.

Teluk Suncheon, yang terletak berdekatan tapak pameran itu dengan saiz mencecah 2.6 juta meter persegi, juga dijangka menjadi destinasi tarikan pelancong utama sewaktu acara selama enam bulan itu, tambah badan penganjur itu lagi.

SUMBER Jawatankuasa Eksposisi Taman Antarabangsa Teluk Suncheon Korea 2013

Source: The Committee of the International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013
Keywords: Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news