omniture

SI Group Dinilai pada kedudukan 5 Peratus Teratas untuk Tanggungjawab Sosial Korporat Global

SI Group
2021-08-03 19:27 35

Syarikat Menerima Anugerah Bertaraf Emas daripada EcoVadis kerana Komitmen Kelestariannya 

SCHENECTADY, New York, 3 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- SI Group, peneraju global dalam teknologi inovatif bahan tambahan berprestasi, penyelesaian proses, bahan farmaseutikal aktif dan perantaraan kimia telah menerima penilaian bertaraf emas untuk tanggungjawab sosial korporat daripada EcoVadis, penyedia paling dipercayai di dunia dalam penilaian kelestarian perniagaan, alat kecerdasan dan peningkatan prestasi kolaboratif untuk rantaian bekalan global. Pada tahun ini, SI Group telah dinilai antara 5 peratus terbaik daripada lebih 50,000 buah syarikat di seluruh dunia yang dinilai oleh EcoVadis.

EcoVadis sustainability rating - gold
EcoVadis sustainability rating - gold

Kad skor Tanggungjawab Sosial Korporat EcoVadis (CSR) menilai amalan alam sekitar, etika dan sosial pembekal di seluruh 190 komoditi dan di 150 buah negara. Metodologi EcoVadis meliputi 21 kriteria individu dengan empat tema yang merangkumi: alam sekitar; hak buruh & asasi manusia; etika; dan perolehan lestari. Metodologi ini adalah berdasarkan standard tanggungjawab sosial korporat antarabangsa termasuk Inisiatif Pelaporan Global, Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ISO 26000. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ecovadis.com

SI Group sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaian lestari dalam pembangunan, pembuatan dan penggunaan produk kimianya. "Penilaian EcoVadis terhadap kami menunjukkan komitmen kami kepada kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat. Kami menyedari bahawa kami mempunyai peluang dalam memberikan impak yang meluas melalui perantaraan kimia yang inovatif serta tindakan kami sebagai sebuah syarikat," kata David Bradley, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelanggan terkemuka kami untuk memberi tumpuan bukan sahaja terhadap prestasi tetapi juga kepada kelestarian produk kami."

Awal tahun ini, SI Group telah memperluas peranan Mike Farnell iaitu Naib Presiden Kanan serta Penasihat Agung dengan merangkum jawatan sebagai Ketua Pegawai Kelestarian bagi membangunkan asas kelestarian SI Group dan terus melangkah maju sebagai peneraju kelestarian dalam industri kimia.

Tentang EcoVadis 

EcoVadis ialah penyedia penilaian kelestarian perniagaan serta alat kecerdasan dan peningkatan prestasi kolaboratif yang paling dipercayai di dunia untuk rantaian bekalan global. Disokong oleh platform teknologi yang hebat serta pasukan pakar domain global, kad skor kelestarian EcoVadis yang mudah digunakan dan boleh dilaksanakan memberikan pemahaman terperinci tentang risiko alam sekitar, sosial dan etika di seluruh 190 kategori pembelian dan 150 buah negara.

Tentang SI Group 

SI Group ialah peneraju global dalam teknologi inovatif bahan tambah berprestasi, larutan proses, bahan farmaseutikal aktif dan bahan perantara kimia. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pelbagai barangan perindustrian dan pengguna dalam industri plastik, getah & pelekat, bahan bakar & pelincir, lapangan minyak, farmaseutikal dan resin perindustrian. Beribu pejabat di Schenectady, New York, tapak pembuatan global SI Group merangkumi 24 buah kemudahan di lima benua yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di 90 buah negara dengan 2,800 orang pekerja di seluruh dunia. SI Group berinovasi dan mendorong perubahan untuk mewujudkan nilai dengan penekanan terhadap keselamatan, kimia dan hasil yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut di www.siigroup.com.

Sila Hubungi:  
Hubungan Media:
Joseph Grande
telefon: + 1.413.684.2463
joe@jgrandecommunications.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1586214/ecovadis_gold_2021.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95496/si_group__inc__logo.jpg?p=medium600

Source: SI Group
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility