omniture

Paulson & Co. Akan Gunakan Semua Undian Saham Untuk Sokong Tawaran Lebih Baik Softbank untuk Sprint

Paulson & Co. Inc.
2013-06-12 05:00 144

NEW YORK, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Dengan penawaran Softbank yang dikaji semula dan saranan Lembaga Sprint, Paulson & Co. Inc. ("Paulson") — pemegang saham kedua terbesar Sprint dengan saham sebanyak 231 juta, benar setakat pemfailan 13F terbaru  — berniat untuk mengundi dengan semua saham milik mereka untuk menyokong urus niaga Softbank. Ditambah kepada terma-terma kewangan yang lebih baik, Paulson percaya Softbank mempunyai kepakaran operasi cemerlang dalam bidang wayarles dan sebuah wawasan strategik yang akan membuatkan Sprint sebuah pesaing sengit pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Andrea Calise, Kekst and Company Incorporated, +1-212-521-4845
Dawn Dover, Kekst and Company Incorporated, +1-212-521-4817

Paulson & Co. adalah sebuah firma pengurusan pelaburan yang mengkhusus dalam arbitraj penggabungan dan pelaburan berpacu acara. Paulson mempunyai aset bernilai kira-kira US$18 bilion di bawah pengurusan dan mempunyai pejabat di New York, London dan Hong Kong.

 

Source: Paulson & Co. Inc.
Keywords: Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Acquisitions, mergers, takeovers