omniture

EY Mengumumkan Glenn Gonzales dan Vishal Hiremath dari Jet It sebagai Pemenang Anugerah Entrepreneur Of The Year® 2021, Tenggara

Jet It; JetClub
2021-08-03 20:08 82

GREENSBORO, North Carolina, 3 Ogos 2021 /PRNewswire/-- Ernst & Young LLP (EY AS) mengumumkan pada hari Khamis, 29 Julai bahawa Glenn Gonzales dan Vishal Hiremath yang bersama-sama mengasaskan Jet It dan JetClub, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Entrepreneur Of The Year® 2021, Tenggara. Program Anugerah Entrepreneur Of The Year merupakan salah satu anugerah kompetitif tersohor untuk para usahawan dan pemimpin syarikat-syarikat yang mengalami pertumbuhan pesat. Anugerah ini mengiktiraf individu berdasarkan ciri-ciri pemimpin keusahawanan berterusan, cemerlang dalam pengurusan bakat; tahap kesukaran; prestasi kewangan; impak pada masyarakat dan juga individu yang membangunkan syarikat berdasarkan nilai; serta keaslian, inovasi dan rancangan masa hadapan. Glenn Gonzales dan Vishal Hiremath dipilih oleh barisan panel hakim yang bebas dan anugerah tersebut telah diumumkan ketika program sambutan acara anugerah tersebut dijalankan secara maya pada 29 Julai 2021.

Ernst & Young LLP (EY US) today announced yesterday that Glenn Gonzales and Vishal Hiremath, co founders of Jet It and JetClub were named Entrepreneur Of The Year® 2021 Southeast Award winners. The Entrepreneur Of The Year Awards program is one of the preeminent competitive awards for entrepreneurs and leaders of high-growth companies.
Ernst & Young LLP (EY US) today announced yesterday that Glenn Gonzales and Vishal Hiremath, co founders of Jet It and JetClub were named Entrepreneur Of The Year® 2021 Southeast Award winners. The Entrepreneur Of The Year Awards program is one of the preeminent competitive awards for entrepreneurs and leaders of high-growth companies.

"Ia merupakan suatu pengiktirafan luar biasa bagi seluruh pasukan Jet It dan JetClub! Dalam tempoh perniagaan yang kurang daripada tiga tahun, usaha kolektif kami telah memperoleh penghormatan yang begitu membanggakan ini. Vishal dan saya amat berbangga dengan pencapaian berterusan yang direalisasikan oleh setiap ahli pasukan," kata Gonzales.

Hiremath menambah, "Dalam usaha kami mencapai matlamat untuk mengubah cara orang ramai menjelajah ke seluruh dunia, akan terdapat banyak lagi masalah untuk diselesaikan, halangan untuk diatasi dan ia memakan masa yang lama untuk bertahan. Glenn dan saya amat berbangga memimpin pasukan profesional yang hebat ini yang mengamalkan nilai-nilai Jet It dan JetClub."

Selama 35 tahun, EY AS telah menghargai para usahawan yang matlamat, keberanian dan kepintarannya telah berjaya mendorong kejayaan syarikat, mengubah industri serta memberi impak yang positif terhadap komuniti mereka. Glenn Gonzales dan Vishal Hiremath akan menjadi ahli seumur hidup dalam komuniti pemenang anugerah pelbagai industri yang berprestij ini dengan akses yang eksklusif dan berterusan terhadap pengalaman, pemahaman dan kebijaksanaan ahli alumni serta ekosistem lain di lebih 60 buah negara — semuanya disokong oleh sumber EY yang banyak.

Sebagai pemenang anugerah Tenggara, Glenn Gonzales dan Vishal Hiremath kini layak dipertimbangkan untuk Anugerah Entrepreneur Of The Year 2021, Kebangsaan. Pemenang Anugerah dalam beberapa kategori kebangsaan serta pemenang Anugerah Entrepreneur Of The Year Kebangsaan Keseluruhan akan diumumkan pada 13 November di Strategic Growth Forum® iaitu salah satu perhimpunan syarikat terkemuka dan berkembang pesat di pasaran, yang paling berprestij di negara ini.

Program Entrepreneur Of The Year ini menghargai para pemimpin usahawan yang memberi inspirasi seperti:

  • Michael Praeger, AvidXchange, Inc.
  • Kendra Scott, Kendra Scott LLC
  • Reid Hoffman dan Jeff Weiner, LinkedIn
  • Sara Blakely, SPANX, Inc.
  • Howard Schultz, Starbucks Corporation
  • Brad Keywell, Uptake Technologies, Inc.

Tentang Entrepreneur Of The Year®
Entrepreneur Of The Year® merupakan sebuah program penganugerahan perniagaan paling berprestij di dunia yang meraikan para usahawan melalui program anugerah serantau dan kebangsaan di lebih 145 buah bandar dan lebih 60 buah negara.

Tentang Jet It
Jet It menggunakan model pemilikan pecahan hibrid berdasarkan hari - bukan jam – yang memberi kebebasan kepada pemilik untuk menggunakan armada secara bebas pada nilai Penerbangan yang tiada tandingan bagi masalah jet peribadi. Jet It boleh diselaraskan mengikut kesesuaian hari anda. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://www.gojetit.com/

Tentang JetClub
JetClub ialah sebuah syarikat penerbangan perniagaan yang inovatif dengan model penggunaan jet peribadi yang menggabungkan pesawat jet terkini dengan perkongsian ekonomi untuk menyediakan ahli dengan penyelesaian yang pintar, pantas, peribadi dan berpatutan. Pasukan petugas bertaraf dunia menguruskan semua butiran perjalanan dan menyediakan perkhidmatan dan sokongan perjalanan yang terbaik.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1585444/jetclub6.jpg?p=medium600

Source: Jet It; JetClub
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Awards Personnel announcements