omniture

Pengedar Global Mouser Electronics Tambah 62 Pengeluar Baharu Mencatat Rekod pada Separuh Pertama 2021

Mouser Electronics
2021-08-04 10:41 124

SHANGHAI, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (NPI) yang terkemuka dalam industri ini, terus memperluas barisan produknya dengan menambah 62 pengeluar baharu setakat ini pada tahun 2021. Dengan lebih daripada 1,100 jenama pengeluar, kini Mouser menawarkan rangkaian pilihan produk yang jauh lebih luas untuk kumpulan pelanggan globalnya yang terdiri daripada jurutera reka bentuk, pembeli komponen, ejen perolehan, pendidik dan pelajar.

Pengedar Global Mouser Electronics Tambah 62 Pengeluar Baharu Mencatat Rekod pada Separuh Pertama 2021
Pengedar Global Mouser Electronics Tambah 62 Pengeluar Baharu Mencatat Rekod pada Separuh Pertama 2021

"Dengan 62 pengeluar komponen baharu ditambah hanya dalam separuh pertama tahun ini, Mouser benar-benar komited untuk mengekalkan fokus kami ke atas NPI dan dalam masa yang sama memberikan seleksi produk terluas kepada pelanggan kami dalam industri ini," kata Jeff Newell, Naib Presiden Kanan Produk Mouser Electronics.

Pusat Pengedaran Global Mouser mengendalikan inventori yang sangat banyak dengan lebih daripada 1.1 juta SKU yang unik untuk semikonduktor dan komponen elektronik merentas semua kategori produk, termasuk produk terbenam, penyambung, optoelektronik, komponen pasif dan banyak lagi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Mouser telah mengukuhkan barisan komponen terbenam dan sensornya bagi meningkatkan penawaran produk Internet Pelbagai Benda (IoT).

Antara rakan-rakan kongsi pengeluar baharu yang telah ditambah oleh Mouser pada tahun 2021 ialah:

·  Acconeer, pembekal yang terkemuka bagi sensor 3D dan teknologi radar denyut jarak pendek.

·  CITEL, menyediakan pelindung pusuan yang memastikan barangan elektronik yang sensitif selamat dan operasi tidak diganggu.

·  LORD, peneraju bagi pengurusan getaran, hingar dan kawalan pergerakan.

·  MultiTech, pembekal global yang terkemuka bagi peranti dan perkhidmatan IoT, termasuk penyelesaian sensor, pengesahan dan komunikasi.

·  Quectel, pembekal modul 5G, LTE, LTE-A, LPWA, Automotif, Pintar Android, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS

·  QuickLogic, pembangun FPGA IP terbenam; sistem-pada-cip (SoC) berkuasa ultra rendah, berbilang teras, didayakan suara; dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) titik akhir.

·  Telink Semiconductor, syarikat reka bentuk IC tanpa fabrikasi yang membangunkan cip frekuensi radio kuasa rendah dan sistem isyarat bercampur untuk aplikasi IoT.

Untuk melihat rakan kongsi pengeluar terbaharu Mouser, kunjungi https://www.mouser.com/new-manufacturer/.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan seleksi paling luas di dunia yang merangkumi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu — dalam stok dan sedia untuk dihantar. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh dikesan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal (Technical Resource Center) berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alat kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Source: Mouser Electronics
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Machinery Semiconductors