omniture

STL bekerjasama dengan Facebook Connectivity untuk membangunkan unit radio Evenstar bagi ekosistem RAN Terbuka

Sterlite Technologies Ltd. (STL)
2021-08-04 14:32 30

DALLAS, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- STL (NSE: STLTECH), penyepadu rangkaian digital yang terkemuka dalam industri telah mengumumkan kerjasama dengan Facebook Connectivity untuk mereka cipta dan membangunkan produk radio 4G dan 5G sebagai sebahagian daripada program Evenstar dalam membantu mempercepat penggunaan komersil RAN Terbuka dan memacu kesediaan 5G bagi para pengendali di seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun yang lalu, STL telah membangunkan penyelesaian terbuka, terpisah, secara maya dan boleh diprogramkan untuk sisi mengakses rangkaian. STL baru-baru ini melancarkan satu set produk rangkaian terbuka yang meliputi produk tanpa wayar 5G seperti Garuda (sel kecil dalaman), radio makro berbilang jalur 5G dan penyelesaian akses bergred pembawa Wi-Fi6. Tawaran ini sedang diuji dengan syarikat telekomunikasi peringkat atasan di A.S., UK dan APAC. 

Program Evenstar ini merupakan usaha sama antara Facebook Connectivity dengan rakan niaga industri global untuk mempercepat penerimagunaan teknologi RAN Terbuka. Melalui kerjasama ini, STL akan membangunkan dua produk radio makro canggih berkuasa tinggi. Radio yang pertama adalah radio patuh O-RAN yang menyediakan kapasiti lebih tinggi untuk penggunaan yang padat. Sebagai sebahagian daripada penglibatan ini, STL akan turut membangunkan Radio Teknologi Duaan 4G+5G patuh O-RAN yang menyokong teknologi secara individu atau/dan serentak. Produk radio yang mematuhi 3GPP dan O-RAN ini akan dibangunkan sepanjang tahun hadapan dan akan membolehkan pengendali telekomunikasi di seluruh dunia meningkatkan penggunaan komersil infrastruktur rangkaian terbuka serta menyediakan rangkaian mereka untuk RAN Terbuka 5G.

Bercakap tentang pembangunan ini, Jaydeep Ranade, Pengarah Kejuruteraan Tanpa Wayar, Facebook Connectivity berkata, "Program Evenstar ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk mempercepat ketersediaan dan kesediaan komersil penyelesaian RAN Terbuka dan kami teruja mengalu-alukan penyertaan STL. Kami berharap dapat bekerjasama dengan STL untuk terus mengubah industri ke arah rangkaian 5G yang terbuka, terpisah dengan lebih agnostik pada vendor."

Mengulas tentang kerjasama ini, Chris Rice, Ketua Pegawai Eksekutif, Access Solutions Business STL berkata, "Kami berbesar hati untuk menyokong dan menyumbang kepada program Evenstar bagi membangunkan produk radio patuh 3GPP dan O-RAN. Melalui kerjasama ini, STL memperluas komitmen sedia adanya ke arah mewujudkan akses ekosistem rangkaian yang kukuh, terbuka dan terpisah. Dengan mendayakan infrastruktur rangkaian terbuka melalui usaha seperti ini, kami membolehkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi global memanfaatkan teknologi 5G kepada berbilion-bilion manusia di seluruh dunia pada tahap kos yang lebih murah."

Tentang STL - Sterlite Technologies Ltd: 

STL ialah penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri yang membantu syarikat telekomunikasi, syarikat awan, rangkaian warga dan syarikat perusahaan besar menyampaikan pengalaman yang dipertingkat kepada para pelanggan mereka. STL menyediakan penyelesaian sedia 5G yang lengkap daripada berwayar kepada tanpa wayar, reka bentuk kepada penggunaan, kesalinghubungan hingga kepada pengkomputeran. Keupayaan utama kami terletak pada Saling Hubung Optik, Penyelesaian Akses Maya, Perisian Rangkaian dan Penyepaduan Sistem. Baca lebih lanjut, Hubungi kami.

stl.tech |Twitter | LinkedIn | YouTube

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/876464/Sterlite_Technologies_STL_New_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Sterlite Technologies Ltd. (STL)
Related Stocks:
Bombay:532374 Bombay:STLTECH.BO India:EQSTLTECH India:STLTECH.NS
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Joint ventures