omniture

Huawei berjanji dayakan kewangan berasaskan ekosistem digital di APAC

Huawei
2021-08-04 15:20 218

SINGAPURA, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 29 Julai 2021, Huawei mengadakan Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Asia-Pasifik 2021 maya pertamanya dengan tema "Mempercepatkan Transformasi Digital dalam Perbankan, Nilai Baharu Bersama-sama". Ketika ekonomi-ekonomi di seluruh rantau Asia-Pasifik terus pulih dan bangkit semula, bank-bank dan institusi-institusi kewangan terkemuka mempercepatkan transformasi digital, merebut peluang pendigitalan baharu untuk mencipta semula bagi menghadapi apa yang akan berlaku pada masa depan.

Acara ini menarik lebih daripada 1,300 pelanggan industri kewangan, rakan kongsi, pakar industri dan rakan media di seluruh rantau Asia-Pasifik. Huawei berbesar hati untuk menjemput pelanggan dan rakan kongsi utama industri kewangan seperti BDO Unibank, KASIKORN Business - Technology Group (KBTG), PwC dan IDC untuk mengambil bahagian dalam perbincangan panel serta berkongsi pengalaman mereka mengenai bagaimana mereka menggunakan teknologi untuk menaik taraf industri dan rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan dengan membina sebuah ekosistem yang tangkas serta pintar dan akhirnya mentransformasi menjadi eko-perusahaan mampu-digital. 

Semasa perbincangan panel, kebanyakan pelanggan menyebut bahawa mereka mengutamakan belanjawan pelaburan mereka dalam teknologi pada tahun 2020 dan 2021 dan ia membuktikan bahawa keupayaan teknologi membawa pulangan perniagaan yang baik daripada pelaburan. Daripada pelaburan tersebut, pelanggan memastikan agar teknologi awan dapat membawa pertumbuhan dalam perbankan pasca pandemik melalui perbankan digital dan ekosistem. Selain itu, dalam perbincangan ini, En. Jarung Kiatsuphapong, Ketua Pegawai Maklumat KASIKORN Business - Technology Group (KBTG) berkata bahawa KBTG akan mengutamakan belanjawan pelaburan teknologi dalam dua tahun yang akan datang. Teknologi telah terbukti dapat membawa pulangan perniagaan yang baik ke atas pelaburan.

Dalam ucapan perasmian Nicholas Ma, Presiden Huawei Asia Pacific Enterprise Business Group, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsi atas sokongan berterusan mereka sepanjang 10 tahun ini dan pada masa depan. Beliau turut menyebut bahawa di seluruh rantau APAC, Huawei telah bekerjasama dengan lebih 300 rakan kongsi ekosistem digital yang utama, bagi menyediakan perkhidmatan ICT kepada lebih 100 pelanggan kewangan. "Dengan 6 penyelesaian khusus-senario Huawei termasuk Awan Kewangan, cawangan pintar, Ekosistem Kewangan, Perbankan Teras Digital, Pusat Data Pintar dan Penyimpanan Data pintar, kami dapat membantu pelanggan kami menjadikan perbankan pintar suatu kenyataan dan membawa kecerdasan kepada kewangan," ditambah dalam ucapan Nicholas Ma.

6 penyelesaian khusus-senario Huawei
6 penyelesaian khusus-senario Huawei

"Huawei telah bekerjasama dengan industri kewangan global selama 10 tahun dan telah menjadi rakan kongsi yang penting dalam transformasi digital untuk industri ini. Huawei akan terus bekerjasama dengan industri ini untuk mendorong pengkomputeran natif-awan bagi menjamin faedah untuk institusi kewangan daripada ekosistem digital yang moden dan dinamik yang dapat dikemas kini dan dibangunkan secara berterusan dengan memanfaatkan inovasi yang terkini. Etos Huawei adalah untuk membantu institusi kewangan berkembang menjadi perusahaan berasaskan ekosistem digital yang lebih baik dan membangunkan kewangan terhubung sepenuhnya, pintar dan berasaskan ekosistem bersama-sama," Jason Cao, Presiden Unit Perniagaan Kewangan Global Huawei Enterprise Business Group, berkata dalam ucapan beliau.

Dalam pembentangan Eric Lin, Ketua Pegawai Teknologi, Jabatan Akaun Kewangan Huawei Enterprise Asia Pacific, beliau merumuskan bahawa terdapat enam aspek penting untuk difokuskan oleh bank-bank semasa merangka rancangan yang strategik untuk perjalanan transformasi digital. Bank-bank harus memfokuskan pelanggan dan rakan kongsi dengan mendayakan keupayaan teras digital dan analitik data bagi mencapai Ketangkasan Perniagaan dan Produktiviti. Untuk bertindak balas kepada hal berkenaan, Eric memperkenalkan enam penyelesaian yang dibangunkan oleh Huawei untuk memudahkan transformasi digital dari perspektif yang berbeza, iaitu Penyelesaian Cawangan Pintar untuk mencipta pengalaman pelanggan yang menakjubkan untuk pelanggan tradisional yang memilih hubungan antara perseorangan untuk perkhidmatan perbankan; Ekosistem Kewangan untuk mencipta nilai perniagaan yang baharu untuk pelanggan perbankan terutamanya untuk segmen yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan perbankan; Sistem Perbankan Teras Digital merupakan keupayaan yang penting buat bank-bank untuk berubah dalam dua kelajuan, mengekalkan kestabilan sistem sedia ada serta menyediakan perkhidmatan perbankan baharu dengan kepantasan Teknologi Kewangan (FinTech); Perkhidmatan Awan Kewangan yang menawarkan persekitaran awan yang selamat, pantas dan boleh diskala kepada pelanggan perbankan untuk mencuba penyelesaian baharu dengan pelaburan pendahuluan yang sangat minimum; Pusat Data Pintar termasuk penyelesaian SDN mahupun DCI selain Pusat Data modular yang membolehkan pelanggan membina pusat data di mana-mana sahaja dengan kos yang lebih rendah; dan Penyelesaian Penyimpanan Data pintar dengan Perkhidmatan Pengurusan Data didayakan AI yang mampu mengurus seluruh kitaran hayat pengurusan data untuk memberi jaminan agar perkhidmatan perbankan yang kritikal beroperasi di platform yang sangat mudah didapati dan andal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2021, sila kunjungi: https://bit.ly/3BuKKSz

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei  

https://twitter.com/HuaweiEntAPAC

https://www.facebook.com/HuaweiEnterpriseAPAC

http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology