omniture

Packers Plus dan Senex Energy berjaya menyiapkan telaga Hornet-1 Di Australia

Packers Plus Energy Services Inc.
2013-06-12 23:49 123

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 12 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Packers Plus Energy Services Inc. telah berjaya menyiapkan sebuah telaga menegak bertekanan tinggi di Lembangan Cooper di Australia Selatan untuk Senex Energy.

"Ini adalah sebuah bukti konsep telaga menegak berselongsong yang begitu berjaya sehingga ia membawa kepada penemuan lapangan gas baharu," kata Mark Rivenbark, Pengarah Packers Plus, Hemisfera Timur. Senex mengumumkan pada 15 Mei 2013 lapangan Hornet baharu itu mengandungi sumber prospektif sehingga sebanyak 2.9 Tcf.

Cahn Nguyen, Pengurus Penghantaran Telaga di Senex berkata, "Sistem StackFRAC® Packers Plus sangat berjaya dan menjimatkan begitu banyak masa dan wang. Pasukan di Packers Plus bekerja dengan kami dengan penuh dedikasi bagi mencapai hasil yang sebaik mungkin. Kami pasti akan mempertimbangkan penggunaan StackFRAC® dalam telaga-telaga masa hadapan."

Packers Plus bekerjasama rapat dengan Senex dalam peringkat perancangan bagi memastikan sistem StackFRAC® menegak menepati semua keperluan rekaan mereka. Ini termasuk pengiraan kejuruteraan pra-tugasan yang terperinci dan keperluan kendalian yang dilakukan oleh Jurutera Perkhidmatan Teknikal Packers Plus.

"Persiapan sebelum tugas merupakan suatu perkara yang penting," kata Cameron Radtke, Pengurus Perkhidmatan Teknikal Packers Plus, Hemisfera Timur. "Telaga ini memerlukan penyiapan yang boleh menahan suhu 350°F dan tekanan 15,000psi. Apa yang penting untuk kejayaan pemasangan ini adalah kerjasama berpasukan dan gabungan kemahiran Senex dan Packers Plusyang memastikan pemasangan peralatan dan perangsangan telaga yang lancar dalam persekitaran logistik yang terpencil dan mencabar."

Kejayaan operasi terkini dengan Senex ini mendasarkan pengalaman di Australia setakat ini dan menggariskan lagi kemampuan Packers Plus dalam pasaran Syal Australia dan gas asli yang meningkat naik.

Mengenai Packers Plus dan StackFRAC

Packers Plus ialah pencetus inovasi untuk sistem perangsangan pemecahan multiperingkat lohong terbuka dan merupakan peneraju industri dalam rekaan dan penghasilan penyelesaian inovatif untuk pelbagai cabaran penyiapan. Packers Plus telah mengendalikan lebih 11,650 sistem penyiapan yang bertanggungjawab untuk lebih daripada 146,200 peringkat pemecahan sejak syarikat itu mula beroperasi pada tahun 2000.

Hari ini, Packers Plus mempunyai kakitangan di 37 buah pejabat di Amerika Syarikat, Kanada dan di seluruh dunia. Dengan pejabat antarabangsa yang mengendalikan Afrika, Asia, Eropah, Timur Tengah, China dan Amerika Latin, Packers Plus mempunyai pengalaman dalam pasaran-pasaran utama seluruh dunia.

Mengenai Senex Energy

Senex mempunyai perniagaan minyak yang berjaya dan memegang kedudukan keluasan ekar yang mengagumkan di presint tenaga di darat terbesar di Australia – Lembangan Cooper. Berikutan penerokaan yang berjaya dalam tahun 2011/12, syarikat itu telah mencapai pertumbuhan penting dalam simpanan dan penghasilan minyak. Senex ialah penggerak awal dalam industri gas tidak konvensional Australia dan sudah memberikan keputusan yang menggalakkan daripada program penerokaan tidak konvensional (dan konvensional) yang disasarkan di Lembangan Cooper.

Packers Plus® dan StackFRAC® ialah tanda niaga berdaftar untuk Packers Plus Energy Services Inc.

Untuk maklumat lanjut:

Mark Rivenbark
Pengarah, Hemisfera Timur
Packers Plus Energy Services Inc.
Pejabat: +971-4-328-9998
Telefon Bimbit: +971-50-552-7183
mark.rivenbark@packersplus.com

Lynette Lefsrud
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi
Packers Plus Energy Services Inc.
Pejabat: +1-403-263-7587
Telefon Bimbit: +1-403-616-6079
lynette.lefsrud@packersplus.com

Source: Packers Plus Energy Services Inc.
Keywords: Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Joint ventures