omniture

Wealth Dynamix Menang 'XCelent Functionality Award' dalam Laporan CRM Pengurusan Kekayaan Baharu

Wealth Dynamix
2021-08-04 21:32 83

LONDON, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Wealth Dynamix, peneraju global dalam penyelesaian Pengurusan Kitaran Hayat Pelanggan (CLM), hari ini mengumumkan pemilihannya oleh firma penyelidikan dan penasihat global Celent sebagai pemenang XCelent Functionality Award. Anugerah ini diumumkan dalam laporan CRM Platforms:North America Wealth Management (Platform CRM: Pengurusan Kekayaan Amerika Utara) Celent yang menganalisis penyelesaian daripada Ebix, Equisoft, NexJ, Salesforce dan Wealth Dynamix. Senarai kedudukan vendor yang diberikan dalam laporan tersebut adalah berdasarkan fungsian, kumpulan pelanggan, bidang perniagaan yang disokong, teknologi, pelaksanaan, harga dan sokongan.

 

Wealth Dynamix Wins ‘XCelent Functionality Award’ in New Wealth Management CRM Report
Wealth Dynamix Wins ‘XCelent Functionality Award’ in New Wealth Management CRM Report

 

Para juri menganugerahkan kedudukan teratas untuk 'keluasan fungsian' kepada platform WDX1 daripada Wealth Dynamix susulan penilaian yang ekstensif terhadap keupayaan platform tersebut termasuk soal selidik mendalam dan demonstrasi. WDX1 turut menduduki kedudukan tinggi bagi Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM), pentadbiran dan Kecerdasan Buatan (AI), kolaborasi, keupayaan terarah kendiri dan mudah alih.

Mengulas mengenai anugerah tersebut, penganalisis Celent Awaad Aamir berkata: "Penyelesaian WDX1 adalah agak komprehensif dari segi keupayaan perkhidmatan pelanggan dan penasihatnya. Perjalanan data menuju pandangan yang boleh diambil tindakan merupakan ciri penyelesaian yang menonjol terutamanya keupayaan sistem untuk mencipta pandangan pelanggan 360-darjah dan keupayaan pengurusan aliran kerjanya."

Pada tahun 2020, WDX1 dianugerahkan dengan anugerah XCelent Overall dalam laporan Wealth Management Client Onboarding Platforms (Platform Penyesuaian Masuk Pelanggan Pengurusan Kekayaan) Celent.

WDX1 ialah penyelesaian pengurusan kitaran hayat pelanggan (CLM) utama yang memenangi pelbagai anugerah daripada Wealth Dynamix, direka bentuk untuk menyokong keperluan rumit syarikat-syarikat pengurusan kekayaan daripada satu platform seragam. Keupayaannya mencakupi seluruh kitaran hayat pelanggan termasuk pemerolehan pelanggan, penglibatan pelanggan, penyesuaian masuk digital, pematuhan peraturan, pengurusan hubungan dan perkhidmatan pelanggan yang berterusan.

Gary Linieres, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas di Wealth Dynamix, mengulas: "Mendapat pengiktirafan oleh Celent dalam XCelent Awards buat kali kedua dalam tempoh dua tahun mengiktiraf keupayaan berterusan kami untuk menyampaikan kecekapan, pandangan yang boleh diambil tindakan dan pematuhan melalui teknologi termaju termasuk AI dan infrastruktur awan. Dengan pengalaman selama sepuluh tahun dan seluruh syarikat yang berdedikasi untuk membina dan menyampaikan penyelesaian CRM dan CLM khusus untuk pengurusan kekayaan, kami amat berbangga dengan adanya firma-firma global yang utama dalam industri seperti Crédit Agricole Indosuez Wealth Management, Rothschild & Co dan Quilter Cheviot menggunakan WDX1 untuk menyampaikan perkhidmatan bertumpu pelanggan yang luar biasa."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1587112/wealth_dynamix_xcelent_functionality_award.jpg?p=medium600 

Source: Wealth Dynamix
Related Links:
Keywords: Biometrics Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Mobile Entertainment Awards New products/services Survey, Polls & Research Data Analytics