omniture

Vymo & CIO Association of India menerbitkan sebuah laporan komprehensif tentang Pelaksanaan Kerja Jarak Jauh bagi Institusi Kewangan setelah Pasca Pandemik

Vymo
2021-08-04 22:26 73

Laporan sepanjang 180 halaman ini merangkumi wawancara dengan para pemimpin IT & Perniagaan terkemuka dari Bank, AMC & syarikat Insurans serta mengemukakan tentang peralihan mereka kepada bekerja secara jarak jauh. 

BANGALORE, India, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Vymo, Platform Pemecutan Jualan yang menjadi pilihan perusahaan kewangan global bersama-sama dengan CIO Association of India, baru-baru ini telah menerbitkan sebuah laporan tentang inisiatif transformasi digital yang dijalankan oleh industri kewangan India semasa pandemik Covid-19. Laporan tersebut menunjukkan bagaimana kesan pandemik ini mempengaruhi operasi perniagaan dan cara keupayaan digital membantu mengurangkan risiko operasi, kewangan dan modal manusia dalam sektor kewangan.

 

 

Laporan 180 halaman ini mendedahkan trend baharu yang muncul dalam sektor yang berpotensi mempunyai kesan jangka panjang terhadap jualan & pengedaran kewangan. Tingkah laku pengguna ketika sekatan pergerakan telah menunjukkan bahawa pelanggan BFSI lebih bersedia untuk menerapkan teknologi digital & mudah alih bagi keperluan mereka. Memandangkan kerja dari mana-mana sahaja telah menjadi normal baharu, banyak operasi perniagaan yang memerlukan titik sentuh fizikal seperti saluran pengesahan pelanggan, pusat panggilan dan jualan langsung, kini didayakan oleh platform berasaskan awan.

"Ia merupakan suatu penghormatan kepada kami untuk melakukan profil kepada 15 pembuat perubahan yang tindakan mereka akan membantu organisasi mereka mengubah kesukaran menjadi kekuatan dan melonjak ke masa hadapan. Ramai daripada para pemimpin ini bertanggungjawab bagi bahagian Digital, IT, Keselamatan/Infrastruktur dan Perniagaan yang memberi perangsang kepada pasukan mereka dan memberi keutamaan dalam mengambil tindakan pada masa sekatan pergerakan dengan membolehkan operasi jarak jauh bagi organisasi dalam masa yang amat singkat. Mereka bukan sahaja telah mengubah industri tetapi juga negara pada masa krisis ini," kata Rajesh Sabhlok, Pengarah Urusan - Asia Pasifik, Vymo.

Laporan ini menampilkan wawancara dengan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) & Pemimpin IT terkemuka dari bank, institusi kewangan bukan bank (NBFC) & syarikat insurans utama seperti Aditya Birla Capital, Aviva, Bajaj Allianz Life Insurance, Bajaj Allianz General Insurance, Edelweiss, Fullerton, Magma Fincorp, SBI Asset Management, Mahindra Finance, DCB Bank, Nippon India, Aegon Life, Bajaj Auto Finance, Kotak Life, dan Manappuram Finance.

Amarinder Singh, Ketua Pegawai Penglibatan CIO Association of India menambah, "Apa yang kita saksikan pada tahun 2020 bukan sahaja berlaku buat pertama kalinya; malah tidak ada buku panduan tentang cara menangani gangguan akibat pandemik ini. Kami berbangga dan juga amat bersyukur kerana memainkan peranan penting dalam menjalankan kajian mendalam ini yang akan terus membimbing dan memberi inspirasi kepada para Pemimpin Industri & IT untuk masa akan datang."

Laporan penuh tersedia untuk dimuat turun di http://getvymo.com/changemakers. Laporan dalam versi 'coffee-table' istimewa juga boleh didapati di Amazon & Kindle bagi mengumpul dana untuk menyokong para pekerja barisan hadapan yang membolehkan tulang belakang ekonomi India berfungsi setiap hari.

Tentang Vymo 

Vymo  (www.getvymo.com) ialah Platform Pemecutan Jualan yang dipercayai oleh lebih 200,000 orang jurujual di lebih 60 buah institusi kewangan global seperti FE Credit, AIA, Generali, HDFC Bank dan  Sunlife. Vymo diiktiraf oleh Gartner sebagai Cool Vendor dan dibiayai oleh Emergence Capital dan Sequoia Capital.

Tentang CAI 

CIO Association of India bermula sebagai GreatCIO.com - rangkaian sosial dalam talian CIO yang terbesar di India dengan visi untuk menghubungkan setiap CIO di seluruh negara ini. CAI telah mencapai banyak kejayaan buat pertama kali – memulakan Kelab Buku CIO yang pertama, mengendalikan Bilik Lembaga CIO berbilang bandar yang pertama di India dan mendemokrasikan pengiktirafan CIO dengan memperoleh Anugerah CIO Terbaik di India. CAI bermatlamat untuk memperkayakan Perjalanan Kepemimpinan CIO dan telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Akademi CIO melalui kerjasama dengan Indian School of Business (ISB).

Ketahui lebih lanjut tentang CAI - http://www.greatcio.com/

Pautan Berkaitan 

Muat turun laporan BFSI: http://getvymo.com/changemakers

Dapatkan buku 'coffee-table' kenang-kenangan: https://amzn.to/3Bhk7QZ

Untuk maklumat lanjut: 

Gunjan Saha
Vymo Inc.
pr@getvymo.com
+91-704-408-4618

Amarinder Singh
CIO Association of India
amarinder@cioindia.org

Logo- https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media Survey, Polls & Research