omniture

FiscalNote mengumumkan pengambilalihan syarikat perisian ESG, Equilibrium

FiscalNote
2021-08-04 22:31 75

Equilibrium yang berpangkalan di Singapura ini membangunkan perisian automasi pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang membolehkan perusahaan meningkatkan prestasi, pelaporan dan penanda aras ESG dengan memanfaatkan data dan AI

WASHINGTON, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- FiscalNote, sebuah syarikat penyedia teknologi terkemuka dalam dasar global dan kecerdasan pasaran mengumumkan pengambilalihannya ke atas Equilibrium, sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura yang telah membangunkan perisian automasi pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang terkemuka dalam industri yang membolehkan perusahaan meningkatkan prestasi ESG, penyukatan karbon dan pelaporan mereka dengan wawasan yang boleh dilaksanakan melalui data dan AI.

Equilibrium yang ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Frank Meehan, Jay McCarthy dan Angel Ho, mempunyai kedudukan yang baik sebagai penyelesaian perancangan pilihan bagi transformasi ESG/Kelestarian yang akan dilalui oleh kebanyakan syarikat dalam tempoh 2-5 tahun akan datang.

"ESG ialah sektor masa depan yang dikawal selia dan berkembang pesat," kata Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif FiscalNote, Tim Hwang. "Keupayaan kami untuk memahami data dan menghasilkan kandungan analitik yang mendalam adalah amat berpadanan dengan perisian aliran kerja yang dibangunkan oleh Equilibrium, mengabungkan kaedah yang diperlukan oleh para profesional ESG secara berkesan."

Permintaan yang tinggi bagi perniagaan untuk melakukan perancangan yang lebih baik berkenaan isu ESG telah mendorong organisasi di seluruh dunia bergegas mewujudkan matlamat dan struktur yang berkesan terhadap ESG. Sebilangan besar daripada mereka sukar untuk melakukan perancangan tersebut dengan berkesan kerana mereka sering bergantung pada syarikat perunding yang mahal dan tidak menyediakan penyelesaian jangka panjang yang dipacu teknologi.

"Kami telah melihat permintaan yang luar biasa terhadap penyelesaian ESG berasaskan data kami sepanjang enam bulan yang lalu," kata Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Frank Meehan. "Bergabung tenaga dengan FiscalNote memberikan peluang yang unik untuk mendayakan transformasi ESG perusahaan dengan menggabungkan data tentang dasar dan kawal selia serta analisa FiscalNote dengan perisian analitik, wawasan dan pelaporan Equilibrium."

FiscalNote telah menyediakan perkhidmatan dan kandungan ESG melalui Oxford Analytica, sebuah syarikat FiscalNote yang menerbitkan laporan ESG bulanan dan menyampaikan khidmat nasihat ESG. Selain itu, FiscalNote terus menerbitkan surat berita ESG mingguan CQ di Amerika Syarikat yang turut diedarkan di Korea melalui kerjasama dengan Jipyong LLC.

Pengumuman ini melengkapkan pengambilalihan pada separuh pertama yang sibuk pada tahun 2021 di mana FiscalNote telah membuat beberapa pengambilalihan yang merangkumi firma kecerdasan geopolitik yang berpangkalan di UK iaitu Oxford Analytica, firma pengesanan kawal selia dan perundangan Australia iaitu Timebase dan syarikat komuniti keahliah rakan ke rakan Board.org.

Tentang FiscalNote 
FiscalNote ialah syarikat perkhidmatan maklumat utama yang memberi tumpuan kepada dasar global dan kecerdasan pasaran. Dengan menggabungkan teknologi AI, analisis pakar dan data perundangan, kawal selia dan geopolitik, FiscalNote mencipta semula cara organisasi meminimumkan risiko dan memanfaatkan peluang.

Sebagai syarikat induk kepada CQ, Roll Call, Oxford Analytica dan VoterVoice, FiscalNote memperkasakan lebih 5,000 pelanggan di seluruh dunia untuk memantau, mengurus dan bertindak ke atas isu-isu yang paling penting bagi mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FiscalNote dan keluarga jenamanya, sila layari FiscalNote.com dan ikuti @FiscalNote.

Tentang Equilibrium 
Equilibrium ialah platform perisian pengurusan data iklim dan ESG generasi seterusnya yang membantu syarikat memahami cara meningkatkan prestasi ESG mereka, memahami risiko dan mengautomasikan pelaporan mereka.

Ditubuhkan pada tahun 2019, Equilibrium membolehkan syarikat global menjadi peneraju ESG melalui data. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Equilibrium mendayakan program ESG, sila layari eqm.ai.

Hubungan Media 
press@fiscalnote.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1489173/FiscalNote_Logo.jpg?p=medium600

Source: FiscalNote
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Financial Technology