omniture

Hubungan Myanmar-China Disaksikan oleh Sejarah

Myanmar Chan You Film
2021-08-04 22:45 306

NAYPYITAW, Myanmar, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Susulan penceritaan oleh U Naing Wynn, kita dapat memahami zaman bersejarah ini dalam video yang diterbitkan oleh Myanmar Chan You Film.

 

Dihubungkan oleh gunung-ganang dan sungai, Myanmar dan China merupakan jiran yang berkongsi hubungan persahabatan "pauk-phaw" yang terjalin sekian lama. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik 71 tahun yang lalu, hubungan antara kedua-dua negara ini telah dapat bertahan daripada ujian yang begitu mencabar dan terus diperkukuh.

Hubungan Myanmar dan China bermula pada zaman dahulu lagi. Di zaman kegemilangan Dinasti Tang China pada awal abad ke-9, sekumpulan penari dan pemuzik daripada Dinasti Pyu Myanmar melawat Luoyang, ibu negara China.

Kerjasama yang erat dan perkembangan hubungan yang penting telah dapat dilihat dalam bidang politik, ekonomi, interaksi sosial, budaya, pendidikan dan pertukaran antara individu.

Dari segi ekonomi, China telah mengeksport barangan tembikar, tekstil dan teh ke Myanmar. Demikian juga, banyak patung Buddha dan produk istimewa Myanmar yang lain dapat dilihat di tokong Cina.

Baik Myanmar mahupun China merupakan negara-negara berbilang etnik. Budaya kumpulan etnik kedua-dua negara ini mempunyai persamaan dari segi pemakanan dan tabiat hidup mereka. Penduduk di sempadan dari kedua-dua belah pihak menikmati persahabatan yang telah lama terjalin selama ribuan tahun.

Pertukaran agama antara kedua-dua negara ini berlaku dengan agak aktif. Peninggalan gigi Buddha dari China dijemput ke Myanmar sebanyak 4 kali. Persahabatan antara kedua-dua negara adalah agak mendalam. Di Tokong Kuda Putih, terdapat sebuah pagoda yang serupa dengan Pagoda Shwetagon yang dibina pada tahun 2014. Agamawan dan sami dari kedua-dua negara ini juga saling berkunjung.

Tujuh dekad yang lalu, hubungan Myanmar dan China mencapai tahap yang lain dalam tahun 1950 yang mana pada suatu tarikh mereka menjalin hubungan diplomatik. Myanmar juga merupakan negara bukan Komunis pertama yang mengiktiraf penubuhan China. Antara pemimpin-pemimpin kedua-dua negara ini, terdapat suatu tradisi untuk mengadakan lawatan bersama peringkat tinggi.

Pertukaran budaya dan peribadi juga aktif. Sekitar alaf ini, sejumlah penduduk Myanmar mempelajari bahasa Cina. Sementara itu, bilangan pelajar luar negara di Myanmar semakin bertambah. Myanmar dan China juga mencatat banyak rekod dalam sukan dan pertukaran budaya. Pada tahun 1975, pasukan sepak takraw Myanmar berkunjung ke Beijing untuk mempersembahkan sukan kebangsaan Myanmar, sepak takraw, untuk khayalak ramai. Bermula dari saat itu, penduduk di China mula mengenali dan bermain sepak takraw.

China amat mementingkan hubungan China-Myanmar dan bersedia untuk mendukung jalinan persahabatan "Pauk-Phaw".

Tonton video ini untuk lebih banyak kandungan. (https://en.prnasia.com/story/archive/3462824_AE62824_0?utm_source=cleartime-customer&utm_medium=email)  

Pagoda disumbangkan oleh Myanmar di China
Pagoda disumbangkan oleh Myanmar di China

 

Source: Myanmar Chan You Film
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Hotels and Resorts Travel Broadcast feed announcements