omniture

ZTE peroleh Sijil ISO/IEC 27701:2019 untuk produk rangkaian terasnya

ZTE Corporation
2021-08-04 23:45 290

SHENZHEN, China, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, telah lulus pensijilan ISO/IEC 27701:2019 (Sistem Pengurusan Maklumat Privasi) yang dikeluarkan oleh British Standards Institution (BSI) untuk produk rangkaian terasnya.

ZTE obtains ISO/IEC 27701:2019 Certificate for its core network products
ZTE obtains ISO/IEC 27701:2019 Certificate for its core network products

Pensijilan ini meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkhidmatan penyelenggaraan ZTE Universal Subscriber Profile Platform (ZXUN USPP) dan Cloud Foundation (TECS CloudFoundation). Selain itu, ia melibatkan banyak bidang perkhidmatan seperti R&D produk, perkhidmatan kejuruteraan, keselamatan maklumat, sumber manusia, hal ehwal pentadbiran, hartanah dan sebagainya.

Pensijilan ini bukan sahaja mengiktiraf sepenuhnya keupayaan produk rangkaian teras ZTE dalam pengurusan dan perlindungan keselamatan privasi, tetapi juga membuktikan tahap pembinaan berkualiti tinggi oleh ZTE dalam sistem pematuhan perlindungan data.

ISO/IEC 27701:2019 kini merupakan piawaian perlindungan privasi yang paling berwibawa di dunia. Ia bersama-sama dilancarkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa (IEC) pada bulan Ogos 2019 yang bertujuan untuk membantu organisasi-organisasi melindungi dan memproses maklumat peribadi secara berkesan yang dikumpul dengan mematuhi piawaian dan untuk memberi jaminan yang hebat kepada perusahaan bagi memenuhi kehendak Undang-undang Keselamatan Siber Republik Rakyat China, Peraturan Umum Perlindungan Data (GDPR) EU serta undang-undang dan peraturan perlindungan data negara-negara dan wilayah-wilayah lain.

Dari segi reka bentuk produk, pembangunan, penggunaan, O&M serta perlindungan privasi yang lain, produk rangkaian teras ZTE telah diluluskan melalui kajian semula yang ketat dan penilaian komprehensif dalam dua fasa oleh BSI.

Dengan "Keselamatan dalam DNA, Kepercayaan melalui Ketelusan", ZTE menganggap perlindungan privasi bukan sahaja sebagai pematuhan undang-undang, tetapi juga asas yang penting untuk kepercayaan, pembinaan bersama dan pencapaian moral.

Ketika ini, ZTE telah memfokuskan senario teras untuk membina sistem pematuhan perlindungan privasi hujung-ke-hujung, gelung tertutup dan berasaskan proses. Di samping itu, syarikat ini telah mengintegrasikan konsep perlindungan privasi ke dalam proses R&D produk sebagai konotasi penting untuk daya saing utama.

Melangkah ke hadapan, ZTE, berdasarkan pensijilan piawaian antarabangsa untuk produk rangkaian terasnya akan terus membekalkan produk dan penyelesaian rangkaian teras yang lebih selamat dan andal untuk industri-industri dan pelanggan globalnya bagi menyediakan rangkaian 5G yang berkualiti tinggi.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment