CHANGZHOU, China, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Trina Solar ialah vendor yang utama bagi modul fotovolta untuk Projek Futura 1, sebuah projek dengan 22 taman tenaga solar yang dibangunkan oleh Focus Energia, di Juazeiro, Bahia, Brazil.
Projek ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 850 MWp, yang menempatkan projek ini sebagai antara yang terbesar di Brazil, ketika ini.
Modul-modul awal akan meninggalkan China dalam 108 kontena pada minggu kedua bulan Ogos dengan 59,292 unit siri modul 600W. Modul dwimuka, dengan sel 210 mm, milik barisan Vertex, dengan teknologi terkini yang tersedia dalam pasaran. Produk berkuasa tinggi ini yang kini dikeluarkan oleh Trina Solar memberi ruang untuk pengganti 670W yang sudahpun boleh dipesan untuk tahun hadapan.
"Trina Solar mempunyai teknologi yang paling canggih dan modul paling berkuasa dengan prestasi yang hebat. Hal ini, pastinya membantu Focus untuk memilih kami," kata Álvaro García Maltrás, naib presiden Trina Solar untuk Amerika Latin dan Caribbean.
Menurut Focus Energia, penghasilan tenaga daripada projek ini akan ditetapkan sepenuhnya untuk pasaran bebas. Strategi ini mengikuti trend terkini yang mana usahawan penjanaan tenaga boleh diperbaharui cenderung memilih untuk berunding terus dengan pelanggan dan bukannya bersaing dalam lelongan yang dipromosikan oleh Aneel, untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran kaptif secara eksklusif.
Menurut Alan Zelazo, Ketua Pegawai Eksekutif Focus, dianggarkan bahawa 2 ribu pekerjaan langsung dan 4 ribu pekerjaan tidak langsung akan dapat diwujudkan semasa pelaksanaan sistem berkenaan.
Di samping itu, Futura 1 muncul pada waktu yang sesuai. "Biarpun merupakan projek jangka panjang, kami berasa sukacita untuk bekerjasama dengan negara tersebut bagi meningkatkan kapasiti pengeluarannya dalam tempoh krisis hidrik yang sangat teruk ini."
Projek ini sudahpun dijalankan dan melibatkan 550 pekerja yang bekerja di tapak projek. Operasi dijadualkan bermula pada April 2022.
Trina Solar di Brazil
Beroperasi di Brazil sejak tahun 2017, Trina Solar melihat potensi yang besar di negara ini. "Brazil ialah pasaran utama Amerika Latin bagi tenaga solar. Ia merupakan pasaran yang sangat dinamik dari segi pertumbuhan yang tinggi dan keutamaan untuk Trina Solar. Kami menembusi pasaran ini sedikit lewat berbanding pesaing kami, namun kini kami sedang mengukuhkan kedudukan kami di negara ini," kata Alvaro.
Trina Solar telahpun memasang beratus-ratus megawatt di rantau Amerika Latin dan Caribbean serta berkembang maju dengan kontrak baharu bersama pelanggan penting yang lain dalam pasaran Brazil.
Latar Belakang Trina Solar