omniture

Debut Pizza Hut International di Kemboja dengan Rancangan Besar untuk Menyampaikan Pengalaman Bertaraf Dunia kepada Budaya Memakan Piza yang Semakin Berkembang

Pizza Hut International
2021-08-05 10:00 22

PHNOM PENH, Kemboja, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pizza Hut International bersedia untuk melakukan debut di Kemboja pada bulan Ogos 2021 dengan membawa rasa piza bertaraf dunia kepada rakyat Kemboja di mana pengalaman menjamu selera moden menjadi trend yang semakin meningkat.

Pizza Hut International set to debut in Cambodia in August 2021.
Pizza Hut International set to debut in Cambodia in August 2021.

Kedai pertamanya akan dibuka di Phnom Penh berhampiran pasar Rusia yang terkenal, pusat ekspatriat dan perniagaan, dengan dua lagi kedainya yang akan dibuka dalam beberapa bulan lagi. Rakan kongsi francaisnya, United Food Group merancang untuk membuka 30 buah kedai dalam tempoh dua hingga tiga tahun. United Food Group (UFG) ialah sebuah syarikat tempatan dan pemilik restoran terkenal, Park Café di Kemboja yang kini dibuka di 20 lokasi.

"Pizza Hut International berasa bangga dapat bekerjasama dengan United Food Group untuk membuka Pizza Hut yang pertama di pasaran Kemboja," kata Unnat Varma, Pengarah Urusan Asia Pasifik Pizza Hut. "Kami teruja untuk memasuki Kemboja, sebuah negara yang kaya dengan budaya dan warisan. Pizza Hut yang baharu itu akan menampilkan pengalaman piza yang paling moden dan lazat di seluruh saluran termasuk makan di dalam, penghantaran, dibawa pulang dan juga digital untuk memberikan cara yang termudah kepada warga Kemboja yang beraspirasi untuk merasa piza yang terbaik di dunia."

"Kami percaya bahawa Pizza Hut akan menjadi jenama piza pilihan dalam kalangan rakyat Kemboja dan kami berhasrat untuk mempromosikan pengalaman piza moden dengan menawarkan rasa piza bertaraf dunia kepada pengguna pada harga yang tepat," kata Heng Sengly, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan United Food Group. "Bilangan rakyat Kemboja dengan pendapatan boleh guna meningkat dengan pantas dan mereka mencari jenama & produk untuk meningkatkan gaya hidup moden mereka."

Sengly turut berkata, "Ia satu trend baharu di mana rakyat Kemboja menjalani kehidupan kerja yang lebih sibuk dan mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan bagi aktiviti masa lapang dan makanan bertaraf tinggi. Ini bermakna, makan di rumah dan memasak makanan mereka sendiri sudah kurang menjadi perkara kebiasaan. Sebab itulah kami ingin memainkan peranan kami untuk memudahkan warga Kemboja mendapatkan rasa piza yang terbaik dari Pizza Hut."

Tentang Pizza Hut®  

Pizza Hut ialah sebuah anak syarikat Yum! Brands, Inc. (NYSE: YUM) yang mempunyai lebih banyak lokasi restoran di dunia berbanding mana-mana syarikat piza yang lain. Ditubuhkan pada tahun 1958 di Wichita, Kansas, Pizza Hut mengendali lebih 18,000 restoran di lebih 100 buah negara. Pizza Hut komited untuk menyediakan pengalaman piza yang mudah – daripada pesanan hinggalah kepada penghantaran.

Kini, restoran memainkan peranan penting dalam membantu memberi makan kepada keluarga dengan selamat. Sebagai jenama piza terbesar di Asia Pasifik, Pizza Hut komited untuk menjalankan peranannya. Bagi memastikan pekerja dan pelanggan selamat, pelanggan boleh mendapatkan piza kegemaran mereka dari Pizza Hut melalui tiga tawaran tanpa sentuhan: Pengambilan di tepi jalan, Penghantaran dan Bawa Pulang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unitedfood.com.kh/en/

Tentang United Food Group (UFG)

United Food Group (UFG) ialah sebuah syarikat rantaian makanan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh V-Trust Group bersama dengan EMIA Investments Cambodia yang berpangkalan di Singapura. UFG telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan tujuan untuk menawarkan makanan yang sihat dengan pengalaman global yang menarik kepada warga Kemboja. UFG memiliki Park Café sepenuhnya, yang merupakan restoran jenama tempatan terkemuka yang ditubuhkan sejak tahun 2004. Pada akhir tahun 2020, Park Café mempunyai 20 buah kedai di seluruh Phnom Penh, Kampong Cham dan Sihanoukville. UFG juga merupakan sebuah syarikat seinduk kepada firma hartanah Zillennium, sebuah penyelesaian bersepadu kedai sehenti kepada rakan niaga dan pelanggan akhir dalam sektor harta tanah serta turut mengendalikan lesen francais Induk bagi Century 21, ERA dan Coldwell Banker dari AS.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1587179/pizza_hut_cambodia.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1284371/Pizza_Hut_International_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Pizza Hut International
Related Stocks:
NYSE:YUM
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Corporate Expansion