omniture

REYL & Cie dan 1875 Finance Memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik

REYL Group
2021-08-05 15:00 39

GENEVA, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ --

  • REYL & Cie ("REYL"), kumpulan perbankan Switzerland yang merupakan sebahagian daripada Fideuram – Intesa Sanpaolo Private Banking ("Fideuram - ISPB") dan pengurus aset bebas iaitu 1875 Finance telah memeterai perjanjian yang menyaksikan REYL bakal memperoleh kepentingan sebanyak 40% dalam 1875 Finance Holding ("1875 Finance") 
  • Kedua-dua buah firma ini akan melaksanakan kerjasama strategik yang direka bagi meningkatkan bahagian pasaran gabungan mereka dalam aktiviti Pengurusan Aset Bebas (IAM) di Switzerland yang memupuk peluang silang jualan dan sinergi serta memanfaatkan model perniagaan 1875 Finance untuk menjadi pemain aktif dalam penggabungan sektor IAM Switzerland 
  • Urus niaga ini tertakluk kepada kelulusan FINMA dan badan kawal selia lain yang berkaitan dan dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun 2021 

REYL, kumpulan perbankan terpelbagai Switzerland yang dikawal oleh Fideuram - Intesa Sanpaolo Private Banking sejak bulan Mei 2021 dan 1875 Finance, pejabat berbilang keluarga dan pengurus aset bebas bagi pelanggan swasta dan institusi yang beribu pejabat di Geneva, telah bersetuju dengan terma kerjasama strategik ini iaitu REYL akan memperoleh kepentingan sebanyak 40% dalam 1875 Finance. Pengasas bersamanya iaitu Olivier Bizon, Paul Kohler, Aksel Azrac dan Jacques-Antoine Ormond akan bersama-sama mengekalkan kawalan pegangan ke atas 1875 Finance sebanyak 60% dan terus komited sepenuhnya terhadap pembangunan jangka panjang syarikat tersebut. 

 

Sebagai sebahagian daripada urus niaga tersebut, REYL dan 1875 Finance akan memeterai perjanjian perkongsian perniagaan, REYL yang dibiayai oleh Fideuram - ISPB akan bertindak sebagai rakan kongsi pilihan untuk 1875 Finance dan pelanggannya di seluruh spektrum produk dan penyelesaian yang luas dalam Pengurusan Kekayaan, Pengurusan Aset, Penasihat & Penstrukturan Korporat dan Perkhidmatan Aset. REYL akan memanfaatkan kedudukan terkemuka 1875 Finance dalam pasaran Pengurusan Aset Bebas Switzerland serta pangkalan pelanggan institusi dan swastanya yang pelbagai. Urus niaga ini akan membawa manfaat kepada kedua-dua buah firma ini dalam pelbagai bidang pertumbuhan dan akan mengukuhkan lagi francais pengurusan kekayaan dan pelbagai penjagaan bebas yang dimiliki oleh 1875 Finance.

Kerjasama ini yang masih tertakluk kepada kelulusan FINMA dan badan kawal selia yang lain, akan membolehkan REYL dan 1875 Finance memainkan peranan yang aktif dalam mempercepat penyatuan sektor Pengurusan Aset Bebas Switzerland yang menyediakan lebih banyak peluang pertumbuhan jangka pendek. Ia akan membolehkan REYL mengukuhkan aktiviti perbankan swastanya di Switzerland dan di peringkat antarabangsa serta terus memainkan peranan yang penting dalam pembentukan semula pasaran kewangan Switzerland.

François Reyl, Ketua Pegawai Eksekutif REYL Group berkata: "Kami teruja dengan kerjasama strategik bersama 1875 Finance yang merupakan peneraju mapan dalam segmen IAM Switzerland dan menguruskan aset bernilai melebihi CHF 11 bilion. Urus niaga ini mewujudkan duluan dalam penyatuan sektor tersebut yang sedang dilaksanakan serta menunjukkan bahawa bank dan IAM dapat mewujudkan perkongsian inovatif yang membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada pelbagai peluang pertumbuhan bagi pangkalan pelanggan masing-masing tanpa melepaskan model perniagaan, pengurusan autonomi atau francais mereka. Kami berharap dapat membina hubungan perniagaan yang berkekalan dan mewujudkan sinergi yang hebat antara kedua-dua entiti ini. Kami telah menemui rakan kongsi yang sangat serasi dengan 1875 Finance yang memiliki pola fikir keusahawanan yang sama, pasukan terbaik dan nilai-nilai yang sama di sepanjang kerjasama ini."

Paul Kohler, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga rakan kongsi pengasas 1875 Finance secara bersama dengan Olivier Bizon (Pengerusi), Aksel Azrac dan Jacques-Antoine Ormond, berkata: "Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan REYL yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Intesa Sanpaolo sebagai pemegang saham baharu kami dan menambah fasa baharu yang menarik kepada sejarah 1875 Finance yang berusia 15 tahun. 1875 Finance telah menjadi pelopor apabila memperoleh kelulusan FINMA pada tahun 2014. Melalui kerjasama pertama ini, kami mengekalkan model perniagaan keusahawanan dan seni bina terbuka sepenuhnya yang dihargai oleh para pelanggan kami. Kami juga akan mendapat manfaat daripada proses, produk dan perkhidmatan baharu bagi mempercepat pembangunan barisan perniagaan teras kami dalam Pengurusan Kekayaan, Pejabat Keluarga dan Institusi serta menyediakan nilai tambahan yang dipertingkatkan kepada para pelanggan kami. 1875 Finance akan kekal sebagai pengurus aset bebas yang dikawal selia oleh FINMA dengan keupayaan untuk berkembang secara organik dan melalui pengambilalihan di Switzerland dan di luar negara dengan sokongan daripada para pemegang saham baharu kami."

REYL Corporate Advisory bertindak sebagai penasihat kewangan kepada REYL dalam urus niaga ini. 1875 Finance dinasihati oleh Deloitte. Schellenberg Wittmer bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk REYL dan juga 1875 Finance.

Tentang REYL: www.reyl.com 

Tentang 1875 Finance: https://1875.ch/ 

Tentang Fideuram – Intesa Sanpaolo Private Banking: https://www.fideuram.it/gruppo 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1307210/REYL_Logo.jpg?p=medium600 

Hubungan media
REYL & Cie Ltd 
Jérôme Koechlin 
Ketua Komunikasi 
Tel: (+41) 22 816-8177 

1875 Finance SA
Daniel Pasquier
C-Matrix untuk 1875 Finance
Tel: (+41) 22 732-6289

Source: REYL Group
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers Joint ventures