LONDON, 4 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Perdana Menteri, Roosevelt Skerrit telah membentangkan belanjawan tahunan Dominica untuk tahun fiskal 2021-2022 pada minggu lepas. Semasa sesi parlimen, beliau turut memberikan maklumat terkini tentang pelbagai langkah yang diperkenalkan pada tahun lalu, terutamanya Dana Ketahanan dan Risiko Kerentanan – sebuah inisiatif yang bertujuan untuk membantu pulau ini dari segi kewangan sekiranya berlaku bencana cuaca.
Menurut Perdana Menteri, Dana Ketahanan dan Risiko Kerentanan ini mempunyai baki berjumlah $5 juta setakat 28 Julai. Ditubuhkan pada bulan Oktober 2020, ia menggunakan pendapatan yang dijana daripada Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI) Dominica yang mendepositkan $500,000 ke dalam Dana tersebut setiap bulan. Usaha ini menyelaraskan komitmen Dominica untuk menjadi negara yang berdaya tahan iklim pertama di dunia secara langsung dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Sekiranya berlaku bencana, Dana ini sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit bantuan dan menyediakan dana segera yang boleh dikeluarkan untuk keperluan negara. Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan sumbangan bulanan apabila ekonomi bertambah baik. Kerajaan juga akan mengarahkan setiap syarikat milik Kerajaan dan badan berkanun untuk mewujudkan Dana Ketahanan dan Risiko Kerentanan yang sama," kata PM Skerrit.
Membina daya ketahanan telah menjadi keutamaan yang tinggi bagi Kerajaan yang ditunjukkan melalui tahap pelaburan yang disalurkan ke dalam sektor ini. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Dominica telah melabur dalam pembinaan sebuah kilang geoterma, beribu-ribu buah rumah tahan cuaca untuk penduduknya, infrastruktur lestari dan mengukuhkan industri eko pelancongannya. Kebanyakan usaha ini telah disokong secara signifikan oleh Program CBI pulau tersebut.
Program CBI Dominica yang beroperasi selama lebih dua dekad ini telah menerima kedatangan individu dan keluarga untuk menjadi warganegara pulau ini setelah melakukan sumbangan kepada sama ada dana kerajaan atau melalui pembelian hartanah yang telah diluluskan terlebih dahulu. Setelah menjalani proses pemeriksaan yang diperlukan, pemohon yang berjaya memperoleh perjalanan tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke lebih 140 buah destinasi atau kira-kira 75 peratus daripada dunia. Selain itu, para pelabur memperoleh hak untuk tinggal, bekerja dan belajar di negara ini serta boleh mewariskan kewarganegaraan kepada generasi seterusnya.
Mata wang Dominica ditambat kepada Dolar AS yang menjadikannya sebuah negara yang stabil dari segi kewangan dan ideal untuk menubuhkan perniagaan. Selain daripada insentif ekonomi, mereka yang memilih Dominica boleh meyakini bahawa mereka melabur dalam sebuah negara yang komited untuk mencapai matlamat global.
Sila hubungi: +447867942505, pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com