omniture

Shipsy melantik Deb Deep Sengupta sebagai Penasihat Ahli Lembaga Pengarah

Shipsy
2021-08-06 13:40 34

- Deep membawa pengalaman teknikal selama lebih dua dekad dengan mengkhusus ke arah pemacuan transformasi di seluruh perusahaan 

- Kehadiran beliau akan membantu syarikat melaksanakan strategi dan keputusan perniagaan yang penting untuk maju ke hadapan dengan rancangan pengembangannya

GURUGRAM, India, 6 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Shipsy, sebuah syarikat penyedia rantaian bekalan dan penyelesaian logistik pintar berasaskan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), telah mengumumkan penyertaan Deb Deep Sengupta sebagai Penasihat Ahli Lembaga Pengarahnya. Ini merupakan suatu perkembangan penting bagi syarikat ini dalam penglibatan proaktifnya untuk memperluas dan mempercepat jangkauan antarabangsa.

Deb Deep Sengupta, Board Advisor, Shipsy
Deb Deep Sengupta, Board Advisor, Shipsy

Deep ialah seorang Eksekutif Kanan dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam industri teknologi dan telah membina kerjayanya dengan syarikat-syarikat global seperti HP, IBM & SAP. Beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam memacu transformasi di seluruh perusahaan dan telah memainkan peranan penting dalam kejayaan SAP di India & Asia Selatan selama hampir dua dekad. Sepanjang tempoh ini, SAP memperoleh sekitar 14,000 pelanggan dan membina rangkaian dengan lebih 500 rakan kongsi. Beliau telah terlibat secara peribadi dalam beberapa projek Transformasi Digital terbesar seperti Reliance dan Tata.

Deep telah berkhidmat sebagai Presiden & Pengarah Urusan SAP India & Asia Selatan dari tahun 2015 hingga 2020. Semasa perkhidmatannya, SAP India telah dipilih sebagai syarikat No.1 dalam kategori "Tempat Terbaik untuk Bekerja di India," oleh Great Places to Work selama dua tahun berturut-turut. Di bawah kepemimpinannya, SAP India menjadi salah satu rantau yang mengalami pertumbuhan paling pesat di seluruh dunia dan telah memenangi anugerah "Top Performing Region of the Year of Asia" pada tahun 2016 dan 2018. Ia juga memenangi anugerah "Golden Peacock" daripada Kementerian Pembangunan Kemahiran negara tersebut pada tahun 2019 atas sumbangan sosialnya terhadap peningkatan literasi digital di kalangan wanita dan belia luar bandar melalui program Code Unnati.

Deep kini merupakan Penasihat Ahli Lembaga Pengarah kepada syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan yang disokong oleh Usaha Niaga dan Pelabur Peringkat Awal.

Mengulas tentang pelantikan tersebut, Soham Chokshi,Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Shipsy berkata, "Untuk maju ke hadapan, kami memerlukan barisan penasihat yang mantap bagi memacu pertumbuhan kami di peringkat global. Dengan penguasaan yang kukuh ke atas pembangunan teknologi dan organisasi, Deep akan menjadi aset yang berharga kepada pasukan kami. Kami gembira dengan penyertaan beliau dan berharap dapat membina asas yang lebih utuh serta mempercepat inisiatif pengembangan global kami."

Syarikat pengurusan logistik pintar yang berpangkalan di Gurugram ini telah didayakan secara agresif ke arah matlamat pengembangannya. Shipsy telah melantik beberapa orang pemimpin dan memperluas hampir 25% daripada kumpulan bakatnya pada tahun ini. Ia juga telah menubuhkan ibu pejabat serantaunya di Dubai baru-baru ini.

Tentang Shipsy: 

Shipsy ialah sebuah platform rantaian bekalan dan pengurusan logistik berasaskan Perisian sebagai Perkhidmatan yang serba lengkap. Ditubuhkan pada tahun 2015 di Gurugram, syarikat ini memanfaatkan AI dan data raya untuk mereka cipta dan membangunkan penyelesaian SaaS kod rendah bagi meningkatkan kecekapan operasi di seluruh bidang Pembuatan, QSR, Peruncitan, CEP dan Perdagangan Global. Jenama ini mempunyai ibu pejabat serantau di Dubai (UAE). Pada tahun lepas, syarikat ini telah mengumpulkan dana sebanyak USD6 Juta dalam pusingan Siri A yang diketuai oleh Surge, Sequoia Capital India dan pelabur sedia ada iaitu Info Edge.

Hubungan Media : media@shipsy.io | +91-9867999866

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1589098/deb_deep_sengupta_shipsy.jpg?p=medium600

Source: Shipsy
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation Personnel announcements