omniture

Indeks Sosial 'Starbucks' Local Measure mendapati rakyat Malaysia adalah yang paling aktif dalam media sosial; dua kali ganda lebih aktif dalam media sosial berbanding rakyat Amerika

Local Measure
2013-06-14 05:03 204

Local Measure membuat kaji selidik  atas perbualan media sosial di 60 kedai Starbucks seluruh Singapura, Australia, Malaysia, Indonesia, Filipina dan AS

SINGAPURA, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Rakyat Malaysia adalah yang paling aktif dalam media sosial dan sekali ganda lebih aktif berbanding rakyat Amerika, menurut sebuah kaji selidik yang dikeluarkan hari ini oleh Local Measure, sebuah platform penglibatan sosial berasaskan lokasi.

Indeks Sosial 'Starbucks' Local Measure menganalisa perbualan media sosial yang berlaku di 60 kedai Starbucks seluruh Australia, Amerika Syarikat, Filipina, Singapura, Malaysia dan Indonesia dalam masa 24 bulan lepas. Sepuluh kedai terletak dalam bandar-bandar utama setiap negara. Local Measure boleh mengenalpasti pemahaman dan imej unik yang dimuat naik oleh pelanggan dan memberi komen tentang pengalaman mereka di Starbucks dengan mengenalpasti data lokasi yang terbenam dalam bahan sosial yang tersedia secara awam.

Indeks Sosial sulung ini dikendalikan oleh Local Measure berikutan peluasannya ke dalam Asia baru-baru ini. Indeks ini menunjukkan kepelbagaian maklumat boleh dizahirkan oleh Local Measure untuk jenama-jenama melalui data sosial yang diposkan oleh pelanggan menggunakan telefon pintar mereka. Indeks ini menunjukkan bagaimana syarikat seperti Starbucks boleh mendapat kelebihan daya saing dalam menganalisa perbualan ini dalam masa sebenar.

Rakyat Malaysia ialah pelanggan Starbucks paling aktif daripada segi sosial yang menghasilkan kira-kira 209,200 pos dan daftar masuk di Facebook, Twitter, Instagram dan Foursquare. Rakyat Filipina menjana jumlah kedua terbesar kandungan dengan 188,200 pos dan daftar masuk manakala rakyat Indonesia menduduki tempat ketiga dengan 134,000 pos dan daftar masuk di sepuluh buah kedai.

Pengasas Local Measure Jonathan Barouch berkata kaji selidik ini mengetengahkan keperluan meningkat untuk perniagaan melombong data sosial yang boleh didapati daripada platform media sosial masa nyata bagi mendapat pemahaman daripada premis sebuah perniagaan.

Barouch berkata, 'Local Measure membenarkan peruncit mendapat semula perkhidmatan pelanggan peribadi yang sering tercicir dalam urus niaga perniagaan. Sementara beberapa pelanggan memberi komen kepada kawan-kawan atau rakan sekerja mengenai kopi cair atau perkhidmatan yang tidak memuaskan, telefon pintar juga memberi kuasa kepada pelanggan untuk berkongsi pengalaman yang positif. Kini, Local Measure membolehkan para peruncit menggunakan maklum balas ini untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan mereka dan membuat perubahan pada produk atau perkhidmatan mereka jika perlu."

Tambahan lagi, Local Measure membolehkan peruncit membina hubungan baik dengan 'pelanggan super' mereka; pelanggan yang bukan sahaja kerap mengunjungi kedai mereka tetapi juga berkongsi pengalaman mereka dengan pengikut sosial mereka. Local Measure membenarkan jenama-jenama mengenalpasti dan memberi imbuhan kepada 'pelanggan super' kerana langganan mereka, lalu mencipta perhubungan yang lebih rapat dengan mereka.

Beberapa penemuan penting daripada Indeks Sosial 'Starbucks' Local Measure yang spesifik berkenaan RakyatMalaysia termasuklah:

  • Daftar masuk di Facebook atau Foursquare adalah lebih popular berbanding menghasilkan kemas kini atau gambar di kalangan pengguna dalam semua negara.
  • Hampir 93 peratus daripada semua pos media sosial dalam kedai Starbucks atau mengenai Starbucks ialah daftar masuk tempat.
  • Cawangan Berjaya Times Square adalah yang paling aktif dalam media sosial di Malaysia daripada kesemua 60 kedai Starbucks itu  kerana mempunyai 3,391 pos sosial dan lebih 27,594 daftar masuk dalam tempoh masa dua tahun.
  • Bulan paling sibuk untuk rakyat Malaysia adalah pada bulan Mei 2013, dengan lebih 1335 pos sosial.
  • 'Pelanggan Super' paling prolifik telah 'mengunjungi' kedai-kedai Starbucks sebanyak 49 kali dan mempunyai 774 pengikut di Instagram.

Indeks Sosial 'Starbucks' Local Measure


Filipina

Singapura

Australia

AS

Indonesia

Malaysia

Jumlah bahan media







sosial yang diposkan

40, 986

134, 109

209, 200

188, 200

68, 420

101, 778








Peratus aneka bahan







dicipta melalui Instagram    

75%

39%

56%

49%

71%

61%








Peratus daftar masuk lawan 

88%

95%

92%

90%

93%

96%

kepelbagaian bahan







(imej dan teks)














Bulan paling sibuk

   Mac

  Mei

      Mei

 Mei

      Mac

   Mei









1816 pos   

 423 pos

392 pos

    309 pos    

522 pos

1335 pos

Sumber: Local Measure        

Barouch bakal berucap di ad: tech Singapore pada 14 Jun 2013 dan beliau akan mendedahkan penemuan penuh untuk Kajian Indeks Sosial 'Starbucks' Local Measure.

-TAMAT-

Nota kepada Editor: Bagi memuat turun Infografik Indeks Sosial 'Starbucks' Local Measure dan 'Pelanggan Super' teratas di setiap rantau, lawati  https://www.dropbox.com/sh/nvu2nijz9dfheft/CvAyBV6eTy

Mengenai Local Measure

Local Measure membantu perniagaan memahami dan menguruskan perbualan sosial yang berlaku di kedai-kedai mereka atau lokasi perniagaan  mereka. Alat pengurusan dan pos media sosial ini membantu perniagaan membina urus niaga yang lebih cekap dan bertumpukan pelanggan melalui pemahaman yang didapati daripada pengumpulan bahan secara pintar daripada pelanggan merentasi platform media sosial. Seperti rakan sejawat penggunanya Roamz, Local Measure menggabungkan bahan tempatan, media sosial dan teknologi mudah alih bagi memberikan pandangan agregat perbualan yang sedang berlaku dalam masa nyata di kedai individu atau berdasarkan lawatan kedai ke kedai untuk rangkaian perniagaan. Untuk maklumat lanjut mengenai Local Measure, lawati laman web kami dan ikuti kami di Facebook dan @localmeasure di Twitter.

Mengenai Indeks Sosial 'Starbucks' Local Measure

Local Measure menganalisa perbualan media sosial di 60 buah kedai Starbucks di seluruh Australia, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Filipina dan Malaysia dari 1 Jun 2011 ke 1 Jun 2013. 10 buah kedai  terletak dalam bandar-bandar utama setiap negara. Data media sosial dalam kaji selidik itu adalah daripada Facebook, Instagram, Twitter dan Foursquare dan semuanya adalah data yang sedia didapati secara awam.

HUBUNGI: Grace Gabriel, Espresso Communications, +61 431 528 127, grace@espressocomms.com.au atau Adam Knight, Espresso Communications, +61 2 8016 2200, adam@espressocomms.com.au

SUMBER: Local Measure

 

Source: Local Measure
Keywords: Advertising Internet Technology Publishing/Information Service Survey, Polls & Research