omniture

WOMBO Bawakan Keseronokan Segerak Bibir Berkuasa AI ke Peranti Huawei dengan Pelancaran di AppGallery

WOMBO berinteraksi dengan audiens global Huawei melalui pelancaran AppGallery setelah mencapai kejayaan antarabangsa merentas pelbagai platform.
AppGallery, Huawei
2021-08-09 10:00 247

SHENZHEN, China, 9 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Aplikasi penyegerakan bibir yang terkemuka di dunia, WOMBO, tiba di AppGallery bulan lalu, membawakan penyegerakan bibir berkuasa AI kepada pengguna Huawei di seluruh dunia. WOMBO menggunakan AI untuk mencipta video segerak bibir yang lucu dan menyeronokkan serta merta dengan satu imej. Dengan tiga langkah mudah, pengguna peranti Huawei dapat mencipta video tular rakan-rakan dan keluarga mereka serta berkongsi klik tersuai mereka dalam media sosial.

WOMBO
WOMBO

Selepas pelancaran awalnya pada Mac 2021, WOMBO menjadi popular di seluruh dunia, mencapai lebih 10 juta muat turun dalam bulan pertamanya dan meraih kedudukan #32 bagi muat turun terunggul global menjelang suku keduanya. WOMBO kini secara rasminya merupakan aplikasi pengguna Kanada yang paling pantas berkembang.

"Kami sangat teruja untuk terus melancarkan WOMBO di seluruh dunia melalui jalinan kerjasama kami bersama AppGallery," kata Ben Benkhin, Ketua Pegawai Eksekutif WOMBO. "Melihatkan kegembiraan dan gelak ketawa yang dapat kami berikan kepada pengguna kami sejak bulan Mac adalah sesuatu yang hebat dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Huawei ketika kami terus memperluas jejak global kami."

Huawei Tawar Sokongan Teknologi kepada Rakan Kongsi 

Sebagai salah satu pasaran aplikasi yang berkembang terpantas di dunia dan yang ketiga terbesar secara global, AppGallery menunjukkan sejauh mana pembangun dapat memanfaatkan sokongan dan panduan operasi Huawei yang besar bagi menyerlahkan potensi mereka.

WOMBO merupakan satu lagi contoh aplikasi yang memanfaatkan HMS Core HUAWEI, berintegrasi dengan HUAWEI Ads dan IAP Kits untuk menawarkan lebih banyak titik sentuh bersama pengguna AppGallery demi penawaran asas premium percuma yang lancar dan sistem pembayaran IAP yang fleksibel untuk langganan premium.

"Telahpun dapat menyaksikan potensi WOMBO, jalinan kerjasama dengan Huawei penting untuk memahami bagaimana kami dapat memanfaatkan keriangan yang dibawa olehnya lebih jauh lagi," Ben Benkhin. "Proses penyesuaian masuk adalah mudah dan menyeronokkan dengan sokongan dan bimbingan yang hebat sepanjang masa."

WOMBO kini tersedia untuk dimuat turun melalui AppGallery.

Latar Belakang AppGallery – salah satu daripada tiga pasaran aplikasi utama di seluruh dunia

Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi utama di seluruh dunia, AppGallery menawarkan pelbagai jenis Aplikasi global dan tempatan dalam 18 kategori termasuk navigasi & pengangkutan, berita, media sosial dan banyak lagi. AppGallery boleh didapati dalam lebih daripada 170 negara dan wilayah dengan lebih 550 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Huawei bekerjasama dengan 4.5 juta pembangun di seluruh dunia dan pada tahun 2020 jumlah muat turun daripada AppGallery mencecah 384.4 bilion. 

Latar Belakang WOMBO Studios, Inc. 

WOMBO membolehkan anda untuk menghidupkan gambar. Menggunakan teknologi yang canggih, algoritma AI WOMBO kami mentransformasikan dengan mudah gambar anda, rakan anda, keluarga malah sesiapa sahaja menjadi video pantas yang ekspresif.

Kami memperluas sempadan apa yang anda dapat lakukan dengan satu swafoto. Orang ramai di seluruh dunia menggunakan WOMBO untuk mencipta video segerak bibir yang lucu, pelik dan ekspresif. Muat turun WOMBO dan sertai bersama-sama hari ini! Anda boleh mengunjungi kami di http://w.ai/ untuk mengetahui lebih lanjut!

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services