omniture

Shipsy Diiktiraf Sebagai Inovator Terkemuka Dalam Pasaran Perisian Pengurusan Perdagangan Global Oleh 360Quadrants

Shipsy
2021-08-09 12:30 31

- Syarikat ini telah memperoleh markah tertinggi bagi kematangan produk dalam segmen tersebut 

- Shipsy telah dinilai sebagai #1 oleh para pengguna di seluruh APAC 

GURUGRAM, India, 9 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Shipsy, sebuah platform pengurusan logistik dan rantaian bekalan pintar berasaskan SaaS (Perisian sebagai Perkhidmatan), baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah disenaraikan sebagai Inovator dalam Pasaran Perisian Pengurusan Perdagangan Global oleh 360Quadrants. Shipsy memperoleh markah tertinggi dalam segmen tersebut dan telah dinilai sebagai #1 oleh para pengguna di seluruh Asia Pasifik. Anda boleh mengakses maklumat kematangan produk di sini.

 

Shipsy has been recognized by 360Quadrants as Innovator in the Global Trade Management Software Market
Shipsy has been recognized by 360Quadrants as Innovator in the Global Trade Management Software Market

 

"Pengambilan nilai pelbagai aspek daripada Shipsy kepada pelanggan akhir telah menjadikannya unik. Ia mempunyai modul seperti pengelakan kos, pengurangan kos, peningkatan keterlihatan dan perolehan kadar pintar yang digabungkan bersama serta menambah nilai kepada pelanggan. Tanpa perlu mengunjungi pelbagai portal, semua maklumat ini dipaparkan pada papan pemuka tunggal yang bertindak sebagai sumber tunggal yang dipercayai," laporan 360Quadrants menjelaskan.

Pencapaian ini mencerminkan kejayaan Shipsy dalam memperkasakan perniagaan untuk mendigit dan mengoptimumkan operasi rantaian bekalan mereka dengan memanfaatkan AI, ML, analitik, IoT, automasi dan banyak lagi.

"Pengiktirafan sebagai Inovator terkemuka dalam Pasaran Perisian Pengurusan Perdagangan Global oleh 360Quadrants mengesahkan komitmen Shipsy terhadap para pelanggan dan pendekatan teknologi kami untuk menyelesaikan cabaran terbesar dalam pengurusan perdagangan dan logistik global. Kami akan terus berinovasi dan menambah keupayaan platform pengurusan logistik pintar kami untuk memperkasakan para pelanggan dalam mempermudah perdagangan global," kata Soham Chokshi, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, Shipsy.

Dalam analisisnya, 360Quadrants memuji beberapa keupayaan utama Shipsy. Ini termasuk aliran kerja yang boleh disesuaikan, keupayaan untuk menyediakan maklumat berkecuali, penggunaan API yang mudah, penyesuaian invois, pemberitahuan automatik, papan pemuka bersatu dan banyak lagi.

Tentang Shipsy:
Shipsy ialah sebuah platform rantaian bekalan dan pengurusan logistik berasaskan Perisian sebagai Perkhidmatan yang serba lengkap. Syarikat ini memanfaatkan AI dan data raya untuk membangunkan penyelesaian SaaS kod rendah bagi meningkatkan kecekapan operasi di seluruh industri. Jenama ini mempunyai ibu pejabat serantau di Dubai. Pada tahun 2020, Shipsy telah mengumpulkan dana sebanyak USD6 Juta dalam pusingan Siri A yang diketuai oleh Surge, Sequoia Capital India dan pelabur sedia ada iaitu Info Edge.

Tentang 360Quadrants:
360Quadrants ialah satu-satunya platform perbandingan yang menggabungkan analisis pakar dengan pandangan orang ramai. Ia merupakan pasaran terbesar yang berusaha melakukan pembaharuan dengan perbelanjaan teknologi bernilai USD 3.7 trilion dan satu-satunya platform penilaian vendor dalam sektor teknologi. Ia menyediakan para pengguna dengan akses kepada maklumat yang saksama yang membantu mereka membuat keputusan yang layak.

Hubungan Media: media@shipsy.io | +91-9867999866

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1590280/photo_shipsy.jpg?p=medium600

Source: Shipsy
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Survey, Polls & Research