omniture

Kumpulan Hänssler Mencapai Reproduksi Ketepatan Dimensi dan Prestasi ESD yang Hebat Menggunakan ABS-ESD Kimya pada Ultimaker S5

Ultimaker
2021-08-10 09:00 47

UTRECHT, Belanda, 10 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Ultimaker, selaku peneraju global dalam pencetakan 3D profesional, hari ini mengumumkan bahawa Hänssler Group, pakar teknologi pengedap, plastik dan pembuatan bahan tambahan Jerman, menggunakan Ultimaker S5 dan ABS-ESD Kimya untuk menghasilkan 300 komponen kedap berketepatan tinggi dengan ciri-ciri anti-elektrostatik setiap tahun. Komponen yang direka bentuk untuk disepadukan ke dalam barisan pengeluaran sedia ada ini memberikan perlindungan haba antara dua buah komponen dalam sebuah mesin. Profil pencetakan bahan yang dioptimumkan ini digabungkan dengan Ultimaker S5 lalu menghasilkan komponen dengan variasi dimensi yang minimum antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain serta mempunyai prestasi ESD yang tidak berubah.

3D model of Hänssler Isolator part (left), statical analysis of the six most representative dimensions of the model for 10 samples selected. Each Target dimension is highlighted in red dotted line (right)
3D model of Hänssler Isolator part (left), statical analysis of the six most representative dimensions of the model for 10 samples selected. Each Target dimension is highlighted in red dotted line (right)

Kerosakan pada permukaan boleh memberi kesan pada prestasi ESD yang sudah pasti mengubah penyingkiran cas. Oleh itu, komponen Hänssler perlu dikeluarkan semula untuk mencapai ketepatan dimensi serta ciri-ciri ESD selain memenuhi keperluan integriti dan visual. Bagi menilai kualiti permukaan cetakan, para jurutera menjalankan analisis imbasan 3D dengan resolusi tinggi pada sebilangan komponen terpilih menggunakan pengimbas 3D GOM Atos Core. Ia menunjukkan sisihan relatif antara model CAD ideal dengan komponen bercetak. Penapis lulus/tidak lulus untuk ketepatan dimensi dengan ambang 0.3mm membolehkan Hänssler mencipta profil pencetakan ABS-ESD yang dioptimumkan untuk mencetak komponen pada Ultimaker S5 dengan had toleransi minimum.

Adrian Heinrich, Pengurus Pemasaran di Hänssler: "Selain peluang untuk mencipta komponen yang tepat dan lebih kompleks dengan pencetakan 3D, kami juga melaporkan pengurangan sisa bahan antara -80% dan -60% dari segi kos setiap komponen berbanding teknik pembuatan tradisional kami. Kebolehcapaian dan kebolehpercayaan pencetakan 3D serta sokongan padu daripada rakan kongsi ekosistem Ultimaker iaitu Kimya telah menjayakan permulaan projek ini."

Miguel Calvo, Ketua Pegawai Teknologi Ultimaker: "Memastikan dimensi berketepatan tinggi melalui pencetakan 3D amat penting bagi syarikat-syarikat yang perlu memberi jaminan kepada pelanggan mereka bahawa setiap kumpulan adalah sama dan selamat dari segi nyahcas elektrostatik (ESD). Tidak kira bila, di mana atau sesiapa sahaja yang mencetak komponen tersebut. Saya berbangga dengan kerjasama yang erat antara Kimya dan Ultimaker untuk merealisasikan matlamat Kumpulan Hänssler ini."

Baca maklumat selanjutnya dalam blog kami.

Ultimaker  

Ditubuhkan pada  tahun 2011, Ultimaker menyampaikan platform yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya keunikan Ekosistem Ultimaker yang menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan pencetakan 3D yang terbesar dalam industri.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1488711/Ultimaker_Logo.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1586141/ultimaker.jpg?p=medium600

 

 

Source: Ultimaker
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation New products/services