omniture

Agnitio Meluluskan 10,000 Lesen Baharu Seluruh Dunia dalam Tahun Kewangan Ini

Agnitio
2013-06-14 06:01 124

COPENHAGEN, Denmark, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ --

  • Lesen-lesen baharu di Eropah, negara benua Amerika dan APAC.
  • Syarikat sains hayat mampu mengindividukan interaksi mereka dengan pelanggan

Agnitio, pakar pemasaran gelung tertutup untuk industri sains hayat, telah meluluskan 10,000 lesen baharu kepada syarikat-syarikat sains hayat di seluruh Eropah, negara-negara benua Amerika dan APAC dalam tahun kewangan ini sahaja.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120924/562917-a )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130320/601933 )

Persaingan untuk mendapat perhatian profesional penjagaan kesihatan kian sengit. Maka, penyelesaian Agnitio memberikan penggunanya faedah-faedah penting iaitu kepantasan, kemudahan dan fleksibiliti besar. Faedah-faedah ini membenarkan syarikat sains hayat mengindividukan interaksi mereka dengan pelanggan, memaksimumkan masa dan membina perhubungan yang boleh dipercayai.

"Syarikat sains hayat seluruh dunia semakin banyak menggunakan penyelesaian kami dan pemberian 10,000 lesen baharu pada tahun kewangan ini menunjukkan kepercayaan syarikat-syarikat penting terhadapnya," kata Eyal Steinitz, Ketua Pegawai Operasi Agnitio. "Semakin hampir anda kepada profesional penjagaan kesihatan dan membekalkan mereka dengan maklumat tertentu yang mereka mahu dan perlu, di mana-mana dan bila-bila mereka perlukannya, maka anda akan menjadi lebih bernilai."

"Kini terdapat teknologi digital untuk membenarkan ini. Wakil jualan kini boleh benar-benar memperinci maklumat dan menjadi lebih prihatin dalam interaksi mereka bersama pelanggan mereka. Mereka tidak lagi terpaksa memuatkan mereka dalam mana-mana jenis kumpulan."

Berdasarkan pengalaman selama lebih sedekad, Agnitio bakal melancarkan Rainmaker, sebuah keluarga produk baharu sepenuhnya lewat tahun ini. Penggunaan kelebihan sistem Rainmaker tunggal menerusi semua ahli gabungan dan rantau sesebuah syarikat membenarkan penggunaan modul, fungsi dan saluran tersuai khusus yang pantas dan cekap kos berdasarkan keperluan tempatan.

Pada bulan Mac tahun ini, Agnitio memperkenalkan Rainmaker One, sebuah versi Rainmaker berdasarkan perkhidmatan yang boleh skala dan mampu menyokong pemasaran gelung tertutup penuh secara besar-besaran.

Mengenai Agnitio

Agnitio membantu syarikat-syarikat farmaseutikal dan peranti perubatan menjana perhubungan efektif dengan profesional perubatan melalui perisian dan perkhidmatan pemasaran tarikan yang utama. Sistem Agnitio sudah digunakan di lebih daripada 45 negara dan dalam 25 bahasa serta digunakan oleh syarikat-syarikat sains hayat termasuklah: Allergan, AMGEN, Bayer, Grünenthal, Roche, dan Takeda.

http://www.agnitio.com

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Katrine Bach, Agnitio:
Tel +45-40-30-59-95 atau +45-70-14-23-69
E-mel: kb@agnitio.com
atau
Julien Cozens, Madano Partnership:
Tel +44(0)7867-998222 atau +44(0)207-593-4000
E-mel: julien.cozens@madano.com

Sumber: Agnitio

Source: Agnitio
Keywords: Health Care/Hospital Licensing/marketing agreements