omniture

Mantan Eksekutif Amazon Menyertai Lembaga Penasihat Innovation360, Sebuah Syarikat SAAS Sweden

Innovation360 Group Inc
2021-08-10 17:00 10

John Rossman, bekas eksekutif Amazon dan penulis kepimpinan digital, akan menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat dan telah melabur dalam Platform Inovasi SaaS Sweden iaitu Innovation360.

NEW YORK, 10 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Innovation360, peneraju dalam kategori penyelesaian inovasi dan pertumbuhan, mengumumkan bahawa John Rossman, mantan eksekutif Amazon yang juga merupakan seorang pakar kepimpinan, akan menyertai lembaga penasihat dan melabur dalam Innovation360. Sebagai Pengarah Urusan di Rossman Partners, penulis beberapa buah buku strategi dan kepimpinan serta penceramah utama terkemuka, Encik Rossman akan bekerjasama dengan Innovation360 untuk memenuhi visi besar syarikat dalam membantu pemimpin dan organisasi mencipta nilai perniagaan yang berkekalan melalui inovasi yang sistematik.

 

Melalui kerjasama rapat dengan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Magnus Penker, Encik Rossman akan menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Global Innovation360 untuk memperluas perniagaan di peringkat antarabangsa dan meletakkan Innovation360 sebagai penyedia penyelesaian inovasi dan pertumbuhan terkemuka di dunia serta membina rangkaian rakan kongsi perundingan.

Encik Penker, penulis makalah paling laris Wall Street Journal dan USA Today yang juga merupakan seorang pemimpin pakar global dalam inovasi, pertumbuhan dan kesesuaian berkata: "Kami gembira John dapat bekerjasama rapat dengan kami untuk menyediakan penyelesaian inovasi yang terkemuka di dunia melalui rangkaian pengedar kami di 45 buah negara. Sudah tiba masanya untuk mencari penyelesaian memandangkan kita sedang menghadapi cabaran yang belum pernah dihadapi oleh komuniti di seluruh dunia. Menjadi sistematik dan mempunyai perancangan yang lengkap dalam inovasi adalah penting untuk menyelesaikan dan meningkatkan penyelesaian."

"Setiap pemimpin mahukan pertumbuhan dan jaminan perniagaan yang boleh disampaikan melalui inovasi, tetapi ramai yang tidak tahu cara

Encik Penker, penulis makalah terlarisWall Street Journal dan USA Today yang juga merupakan seorang pemimpin pemikir global dalam inovasi, pertumbuhan dan kelestarian berkata: "Kami gembira John dapat bekerjasama rapat dengan kami untuk menyediakan penyelesaian inovasi yang terkemuka di dunia melalui rangkaian pengedar kami di 45 buah negara. Sudah tiba masanya untuk mencari penyelesaian memandangkan kita sedang menghadapi cabaran yang belum pernah dihadapi oleh komuniti di seluruh dunia. Menjadi sistematik dan mempunyai perancangan yang lengkap dalam inovasi adalah penting untuk menyelesaikan dan meningkatkan penyelesaian."

untuk mencapai hasil ini secara sistematik. Innovation360 menyediakan teknik, kerjasama dan teknologi terhubung bagi mencapai jaminan inovasi," kata Encik Rossman. "Kami akan menggabungkan pelbagai strategi dan teknik Amazon ke dalam buku strategi Innovation360. Kami sama-sama bersemangat untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rangkaian rakan perundingan kami bagi mencapai potensi mereka dengan menyampaikan inovasi dan agenda pertumbuhan yang sistematik."

SILA HUBUNGI
Magnus Penker, +1 (347) 933-0871, magnus.penker@innovation360group.com
John Rossman, info@rossmanpartners.com

INNOVATION360 GROUP: Membangunkan teknologi SaaS terkemuka di dunia untuk merealisasikan nilai inovasi. Innovation360 membimbing organisasi mengasah keupayaan inovasi, memikirkan semula cadangan nilai dan mempercepat masa mereka ke pasaran global dengan melaksanakan pendekatan dan sistem berasaskan penyelidikan.

ROSSMAN PARTNERS INC: Menasihati pelanggan untuk bersaing dan berjaya dalam era digital. John Rossman, penulis buku bersiri The Amazon Way, ialah seorang penganalisis media yang sangat dikagumi, penceramah utama dan penasihat organisasi di bidang kepimpinan, pemusatan pelanggan, pertumbuhan dan inovasi. Beliau menerbitkan surat berita mingguan berjudul The Digital Leader. Ketahui lebih lanjut di the-amazon-way.com.

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=C1ek0zPWGns
Video - https://www.youtube.com/watch?v=YS4Lne7ThmI

 

Source: Innovation360 Group Inc
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements