omniture

IDB Lab, Cambridge Quantum dan Tec de Monterrey Membangunkan Blok Rantai Yang Tahan Terhadap Pengkomputeran Kuantum

Cambridge Quantum Computing
2021-08-10 19:00 18

CAMBRIDGE, England, 10 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Inter-American Development Bank dan makmal inovasinya iaitu IDB Lab, bersama-sama dengan Cambridge Quantum (CQ) dan Tecnológico de Monterrey telah mengenal pasti dan menyelesaikan ancaman yang bakal dihadapi oleh rangkaian blok rantai akibat kemajuan pembangunan komputer kuantum. Sebagai tindak balas terhadap ancaman ini, pasukan projek telah membangunkan lapisan kriptografi yang membolehkan rangkaian blok rantai terlindung secara sendiri daripada teknologi pengkomputeran generasi baharu ini.

Empat bidang yang mungkin menjadi ancaman kepada rangkaian blok rantai telah dikenal pasti, termasuk komunikasi antara nod rangkaian dan keutuhan transaksi yang ditandatangani secara digital. Setiap bidang ancaman bergantung pada kriptografi dan kunci yang rentan kepada serangan oleh komputer kuantum dan perlu dipertingkatkan demi memastikan keselamatan dan keutuhan rangkaian blok rantai.

Bagi menangani ancaman ini, suatu lapisan kriptografi pascakuantum yang melindungi rangkaian dan menawarkan ketahanan terhadap serangan komputer kuantum telah dibangunkan pada rangkaian blok rantai LACChain Besu yang berasaskan teknologi Ethereum. Transaksi dan komunikasi dilindungi dengan kunci kalis kuantum menerusi platform IronBridge CQ yang menggunakan komputer kuantum untuk menjana entropi yang diperakui.

"Walaupun algoritma kuantum tertentu membolehkan pelanggaran protokol keselamatan digital, kami juga bernasib baik mempunyai sistem lain yang boleh kami gunakan untuk memperkukuhkan keupayaan perlindungan data kami," kata Salvador E. Venegas-Andraca, seorang Profesor Penyelidik dan Pengarah Kumpulan Pemprosesan Maklumat Kuantum Tecnológico de Monterrey.

Duncan Jones iaitu Ketua Keselamatan Siber Kuantum CQ menekankan bahawa "Blok rantai LACChain ialah sasaran yang ideal bagi kunci yang dijana oleh platform IronBridge kami. Hanya kunci yang dijana daripada entropi kuantum yang diperakui boleh bertahan terhadap ancaman pengkomputeran kuantum."

Irene Arias Hofman, Ketua Pegawai Eksekutif BID Lab berkata "Dalam era digital ini, kami dapati bahawa kami mempunyai pelbagai teknologi berbeza yang muncul dengan kemampuan untuk menyelesaikan masalah sosial dan hingga kepada tahap yang membolehkan kami menggabungkan teknologi sedemikian bagi mencapai kesan yang besar. Dalam hal ini, pengetahuan pasukan IDB bersama-sama dengan CQ dan TEC, dalam kedua-dua teknologi kuantum dan blok rantai telah menjadikan pencapaian asas ini suatu kenyataan demi menjamin keutuhan LACChain pada masa akan datang iaitu suatu platform blok rantai yang dicipta oleh IDB Lab yang telah digunakan oleh lebih 50 entiti di rantau ini."

Untuk maklumat lanjut, lihat nota teknikal yang mencatatkan pencapaian ini di sini.

Tentang IDB Lab 

IDB Lab ialah makmal inovasi Kumpulan IDB yang menjadi sumber utama pembiayaan dan pengetahuan untuk pembangunan yang memberi tumpuan pada menambah baik kehidupan di Amerika Latin dan Caribbean. Tujuan IDB Lab adalah untuk menggalakkan inovasi bagi rangkuman di rantau ini, mendorong pembiayaan, pengetahuan dan hubungan bagi menguji penyelesaian sektor swasta pada peringkat awal yang bakal mengubah kehidupan masyarakat yang lemah akibat keadaan ekonomi, sosial dan persekitaran. Sejak 1993, IDB Lab telah meluluskan lebih AS$2 bilion dalam projek yang dilancarkan di 26 buah negara di Amerika Latin dan Caribbean. www.bidlab.org

Tentang Cambridge Quantum 

Ditubuhkan pada 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQ merupakan peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. CQ mempunyai pejabat di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. Pada 8 Jun 2021, CQ mengumumkan penggabungan dengan Honeywell Quantum Solutions yang dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga 2021. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi CQ di http://www.cambridgequantum.com dan di LinkedIn. Akses ke modul Python tket pada GitHub.

Tentang TEC de Monterey 

Tecnológico de Monterrey telah ditubuhkan pada 1943 hasil daripada wawasan Don Eugenio Garza Sada dan sekumpulan usahawan yang membentuk persatuan bukan untung yang dikenali sebagai Enseñanza e Investigación Superior, A. C.

Tecnológico de Monterrey ialah institusi swasta yang bebas dan bukan berasaskan keuntungan serta tanpa hubungan politik dan agama.

Usaha Tecnológico de Monterrey dan semua kampusnya disokong oleh persatuan awam yang terdiri daripada pelbagai kumpulan pemimpin yang cemerlang dari seluruh negara yang komited terhadap pendidikan tinggi berkualiti. https://tec.mx/

Source: Cambridge Quantum Computing
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Joint ventures New products/services Blockchain Financial Technology