omniture

PaySett Corporation memperluas kerjasama pembayaran serantaunya dengan Republic Financial Holdings Limited.

PaySett Corporation
2021-08-10 21:00 81

Penyelesaian pembayaran PayBank® dan PayCorp® PaySett yang terbukti di pasaran akan menyediakan infrastruktur penting bagi menyokong pengembangan bank tersebut di Caribbean.

ATLANTA dan PORT OF SPAIN, Trinidad dan Tobago, 10 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- PaySett Corporation sebuah penyedia global bagi penyelesaian e-Pembayaran, dan Republic Financial Holdings Limited (RFHL) hari ini mengumumkan peluasan kerjasama mereka yang merangkumi anak syarikat RFHL di Caribbean Timur dan Sint Maarten. Kerjasama ini dijangka akan terus meningkatkan penerimagunaan pembayaran elektronik di rantau tersebut.

Nigel M. Baptiste, President of Republic Financial Holdings Limited.
Nigel M. Baptiste, President of Republic Financial Holdings Limited.

Ketua Pegawai Eksekutif PaySett, Benny Cooley mengulas, "Institusi kewangan Serantau dan Global seperti RFHL sedang menerajui sektor perkhidmatan kewangan dengan menyeragamkan pemprosesan perisian pembayaran di pelbagai wilayah.  PaySett menyediakan produk perisian iaitu PayBank® dan PayCorp® untuk menyeragamkan pemprosesan pembayaran elektronik bank serantau menggunakan persekitaran infrastruktur awan dalaman milik bank masing-masing. Ini membolehkan institusi kewangan menguruskan kos operasi dengan lebih baik dan memperkemas pergerakan wang di seluruh organisasi untuk para pelanggan mereka."  PayBank®dan PayCorp® merupakan sebahagian daripada satu rangkaian produk PaySett yang mendayakan pemprosesan pembayaran pengguna, korporat dan kerajaan dalam persekitaran berkelompok atau masa nyata. Menurut Encik Cooley, "Kami telah bekerjasama dengan RFHL selama lebih satu dekad dengan membawakan inovasi ke dalam sektor pembayaran dan kami amat teruja dengan kerjasama seterusnya di rantau Caribbean."

Nigel M. Baptiste, Presiden Republic Financial Holdings Limited menyatakan bahawa, "Rangkaian produk PaySett akan menyediakan seluruh RFHL Group dengan infrastruktur pemprosesan pembayaran bertaraf dunia dan selamat yang akan meningkatkan kepantasan dan kecekapan perkhidmatan kepada para pelanggan kami yang ramai termasuk mereka yang berada di Caribbean Timur dan Sint Maarten." 

Tentang PaySett Corporation

PaySett Corporation yang berpangkalan di Atlanta, Georgia ialah sebuah penyedia penyelesaian perisian pembayaran global di dua puluh buah negara. PaySett menyediakan produk/perkhidmatan untuk membantu entiti kewangan global menguruskan pergerakan wang dengan cekap di seluruh organisasi mereka dan juga untuk para pelanggan mereka. Pengalaman PaySett selama dua dekad dalam menggerakkan pembayaran melalui rangkaian pembayaran kebangsaan dan antarabangsa telah mendayakan pembangunan perisian pembayaran canggih untuk membantu bank di seluruh dunia meningkatkan keupayaan pemprosesan rangkaian pembayaran serantau dan global mereka.  Dua belas daripada dua puluh bank terkemuka di dunia memproses pembayaran melalui perisian PaySett.

Hubungan PR

David R. Pulido
E-mel: dpulido@paysett.com 
Tel: + 1 (404) 812-5367
www.paysett.com

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1584402/nigel_m_baptiste.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1586598/PaySett_Corporation_Logo.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1586599/Republic_Financial_Holdings_Limited_Logo.jpg?p=medium600

Source: PaySett Corporation
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Hispanic-oriented news Financial Technology