omniture

Tawaran Awam Awal Coty Inc. Berharga $17.50 Sesaham

Coty Inc.
2013-06-14 08:47 146

NEW YORK, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Coty Inc. ("Coty") hari ini mengumumkan penentuan harga untuk tawaran awam awal untuk syer sebanyak 57,142,857 untuk saham biasa Kelas A pada harga $17.50 sesaham. Saham biasa Kelas A Coty dijangka mula diperdagangkan di Bursa Saham New York pada 13 Jun 2013 di bawah simbol singkatan stok "COTY". Saham-saham yang ditawarkan dijual oleh pemegang saham Coty sedia ada, dan Coty tidak akan menerima sebarang keuntungan daripada tawaran ini. Para pemegang saham sedia ada ini juga telah memberikan penaja jamin tempoh masa selama 30 hari untuk membeli penambahan sebanyak 8,571,428 syer untuk saham biasa Kelas A pada harga tawaran awal yang kurang berbanding diskaun tajaan jamin.

BofA Merrill Lynch, J.P. Morgan Securities LLC, Morgan Stanley, Barclays, Deutsche Bank Securities dan Wells Fargo Securities bertindak sebagai ketua penaja jamin bersama untuk tawaran itu. Lazard Capital Markets, Piper Jaffray dan RBC Capital Markets bertindak sebagai pengurus pendahulu. BNP PARIBAS, Credit Agricole CIB, HSBC, ING, Moelis & Company, RBS Securities Inc., Sanford C. Bernstein dan Santander bertindak sebagai pengurus bersama. Ramirez & Co., Inc., Telsey Advisory Group dan The Williams Capital Group, L.P. bertindak sebagai pengurus rendah bersama.

Sebuah kenyataan pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan diisytiharkan berkuat kuasa oleh suruhanjaya itu. Siaran akhbar ini tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau penarikan tawaran untuk membeli dan sekuriti ini tidak boleh dijual dalam mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, tarikan atau jualan yang sedemikian adalah salah di sisi undang-undang sebelum didaftarkan atau dilayakkan di bawah undang-undang sekuriti dalam mana-mana negeri dan bidang kuasa itu.

Sebarang tawaran atau jualan hanya boleh dibuat melalui sebuah prospektus bertulis yang membentuk sebahagian daripada kenyataan pendaftaran berkuat kuasa. Salinan prospektus akhir yang berkaitan dengan sekuriti ini boleh didapati apabila tersedia daripada: BofA Merrill Lynch, 222 Broadway, New York, New York 10038, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus atau e-mel dg.prospectus_requests@baml.com; J.P. Morgan Securities LLC, melalui Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Ave, Edgewood, New York 11717, telefon: 1-866-803-9204; atau Morgan Stanley, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, 180 Varick Street, 2nd Floor, New York, NY 10014, telefon: 1-866-718-1649, e-mel: prospectus@morganstanley.com.

Mengenai Coty Inc.

Coty adalah peneraju memuncul dalam bidang kecantikan global. Diasaskan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan fokus perniagaan tunggal dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit dan tubuh yang terkemuka yang dijual di lebih 130 buah negara dan wilayah. Produk-produk yang ditawarkan oleh Coty termasuklah jenama-jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Untuk maklumat lanjut mengenai Coty Inc., sila layari www.coty.com

Kenyataan Ramalan

Siaran akhbar ini mengandungi sebilangan kenyataan ramalan. Perkataan dan olahan perkataan seperti "percaya", "jangka", "rancang", "terus", "akan", "patut" dan perkataan-perkataan yang miripnya adalah bertujuan untuk mengenalpasti kenyataan ramalan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berkenaan permulaan perdagangan saham biasa Kelas A Coty di NYSE. Kenyataan ramalan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian, maka kebanyakannya bukan dalam kawalan kami. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan ramalan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada gangguan perdagangan, pergantungan atau batasan atau kesukaran untuk mematuhi peraturan NYSE. Untuk maklumat lanjut bagi semua ini dan faktor-faktor lain yang boleh memberi kesan kepada kenyataan pandang ke hadapan kami, lihatlah faktor risiko kami, kerana mungkin akan dipinda dari semasa ke semasa, yang dinyatakan terlebih dahulu dalam pemfailan kami bersama SEC, termasuk kenyataan pendaftaran kami pada Borang S-1, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa. Kami menafikan dan tidak akan bertanggungjawab untuk mengemaskini atau menyemak sebarang kenyataan ramalan dalam siaran akhbar ini, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang dan peraturan.

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Offerings