omniture

Eberspaecher Buka Ibu Pejabat dan Tapak Pengeluaran Baharu Di China

Eberspaecher Climate Control Systems GmbH & Co. KG
2013-06-14 09:00 117

ESSLINGEN, Berlin dan SHANGHAI, 13 June 2013 /PRNewswire/ -- Eberspaecher, pembekal automatif Jerman memulakan pengeluaran teknologi ekzos di Shanghai-Jiading.  Komponen beserta sistem ekzos lengkap akan dikeluarkan di sini.  Para pelanggannya terdiri daripada pembuat kereta penumpang dan kenderaan komersil antarabangsa dan tempatan.

Pada peringkat permulaan, pengubah bermangkin, modul pancarongga bermangkin dan peredam bunyi untuk pembuat kereta penumpang Barat dan Asia akan dikeluarkan di ibu pejabat-ibu pejabat baharu pembekal itu di Asia. Sistem ekzos lengkap akan dikilangkan untuk sebuah pembuat enjin kenderaan komersil tempatan.  Dengan peluasan rangkaian produk, kilang itu  dijangkakan mengambil pekerja bersama seramai 90 orang pada tahun 2014, dan seramai 400 orang pada tempoh jangka panjang.

"Memulakan pengeluaran merupakan langkah penting dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di Asia, yang dijangka akan mengalami pertumbuhan dinamik berdasarkan kepakaran teknologi kami dan juga undang-undang pengeluaran kotoran asap yang bertambah ketat,"ujar Pengurus Besar Richard Hu. Selain pelanggan global, fokus akan turut diberikan kepada pembuat kereta penumpang dan kenderaan komersil.  Pengukuhan pembangunan kepakaran di tapak telahpun dirancang, dan sebuah Pusat Teknologi seluas 4,400 meter persegi akan bersambung dengan kilang pengeluaran baharu itu pada peringkat pertengahan pengembangan.

Eberspaecher sudah pun mempunyai perwakilan di China sejak tahun 2003 sebagai sebahagian daripada usaha sama  di tapak Dalian dan Changchun.  Di sana, sekitar 130 rakan sekerja memasang sistem ekzos dan peredam bunyi untuk pengilang terkemuka antarabangsa.  Dalam tahun 2011, Eberspaecher Exhaust Technology Shanghai Co. Ltd. telah ditubuhkan.

Selain China, AS dan Eropah, pakar sistem ekzos mempunyai operasi pengeluaran di Brazil, Afrika Selatan, India dan Rusia.  Sejak 2009, kumpulan ini telah diwakili di Beijing dengan subsidiarinya Eberspaecher Automotive Technology Co. Ltd. menghasilkan pemanas auksiliari elektrik.

Hubungan media:

Gabriela Schoppe
Pengarah Perhubungan Awam Eberspaecher Group
Telefon: +49-711-939-0250, gabriela.schoppe@eberspaecher.com

SUMBER  Eberspaecher Climate Control Systems GmbH & Co. KG

Source: Eberspaecher Climate Control Systems GmbH & Co. KG
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion