omniture

Ujian Pantas Antigen COVID-19 INDICAID(TM) Dapat Kebenaran Penggunaan Kecemasan Daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S.

PHASE Scientific
2021-08-11 18:25 187

HONG KONG dan GARDEN GROVE, Calif., 11 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- PHASE Scientific International LTD (PHASE Scientific), hari ini mengumumkan bahawa Ujian Pantas Antigen COVID-19 INDICAID™ (INDICAID) telah mendapat Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. pada 29 Julai 2021. FDA membenarkan ujian untuk kegunaan profesional di persekitaran pelepasan CLIA tempat jagaan di A.S. untuk pengesanan kualitatif antigen SARS-CoV-2. Spesimen calitan hidung anterior boleh dikumpul oleh penyedia rawatan kesihatan atau dikumpul sendiri di bawah pengawasan ahli profesional rawatan kesihatan. Di kawasan-kawasan di luar A.S., seperti Hong Kong, ujian tersebut dibenarkan sebagai ujian kendiri pengguna.

PHASE Scientific’s INDICAID COVID-19 Rapid Antigen Test has received FDA’s Emergency Use Authorization
PHASE Scientific’s INDICAID COVID-19 Rapid Antigen Test has received FDA’s Emergency Use Authorization

INDICAID tidak memerlukan alat khas dan boleh dilakukan dalam 20 minit dengan calitan hidung yang tidak dalam dan lembut berbanding penembusan lebih dalam yang diperlukan oleh ujian-ujian lain. INDICAID juga merupakan salah satu ujian pantas antigen pertama yang membolehkan pengumpulan dan ujian sampel kelompok dilakukan di tempat jagaan ekoran botol pengumpulan sampelnya yang unik yang dapat melindungi sampel sepanjang proses pengumpulan dan pemeringkatan. Reka bentuk ini memberi pilihan kepada ahli profesional rawatan kesihatan untuk mengumpul jumlah sampel yang besar secara serentak dan kemudian menguji dengan cepat sampel individu secara berkelompok dalam tempoh masa dua jam. Sehingga kini, terdapat lebih dua juta kit dijual merentas 30 negara di seluruh dunia.

"Ujian kami telah diterima pakai dan digunakan di seluruh dunia bagi memenuhi pelbagai keperluan ujian kecemasan. Bermula daripada kerajaan Hong Kong yang menggunakan INDICAID bagi tujuan pemeriksaan mingguan petugas kesihatan hinggalah penggunaan di seluruh pusat membeli belah, pasar raya dan sekolah di serata dunia, ujian pantas kami terbukti berkesan dan cekap," kata Dr. Ricky Chiu, pengasas dan ketua pegawai eksekutif PHASE Scientific. "Kami melihat kebenaran penggunaan kecemasan A.S. ini sebagai pengiktirafan akan pentingnya teknologi dan kualiti produk kami dan kami tidak sabar-sabar untuk memperluaskan lagi jangkauan kami ke dalam lebih banyak pasaran untuk memainkan peranan kami dalam membantu memerangi pandemik COVID-19 ini."

Latar Belakang Phase Scientific International LTD: PHASE Scientific ialah sebuah syarikat bioteknologi dengan pertumbuhan tinggi yang ditubuhkan oleh sepasukan jurutera bio daripada UCLA. Organisasi ini menumpukan untuk membina perkakas yang dapat memperkasa orang ramai dengan memberi maklumat yang lebih baik kepada mereka mengenai kesihatan mereka. Beribu pejabat di Hong Kong, jejaknya merangkumi penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan pengedaran di Hong Kong, tanah besar China dan California Selatan. Untuk maklumat lanjut: https://phasescientific.com/.

Source: PHASE Scientific
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control New products/services