omniture

'DesignShare' DesignSpark Baharu daripada RS Components Mengilhamkan Kolaborasi dalam Reka bentuk Elektronik

RS Components
2013-06-14 14:00 137

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Ruang baharu utama dalam komuniti dalam talian RS Components DesignSpark mendorong perkongsian projek dan kerjasama reka bentuk.

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi produk elektronik dan penyenggaraan terkemuka dunia telah mengumumkan sambungan utama kepada platform DesignSpark dalam taliannya untuk para jurutera seiring pelancaran sumber-terbuka ruang 'DesignShare'.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

'DesignShare' DesignSpark akan menjadi hos projek-projek dan menggalakkan perkongsian, kolaborasi dan perbincangan konsep dalam persekitaran komuniti reka bentuk. 'DesignShare' yang boleh didapati melalui www.designspark.com dibangunkan bersama Elektor, sebuah majalah peneraju bagi jurutera-jurutera reka bentuk elektronik. Ia merangkumi dua ruangan utama : 'Ideas' (Idea) dan 'Projects' (Projek).

Bahagian 'Ideas' atau 'Incubator' (Inkubator) membolehkan ahli-ahli DesignSpark mengepos idea-idea projek, menjanakan perbincangan dan mengundang ulasan daripada komuniti tersebut. Idea-idea yang paling popular dan mempunyai kadar tertinggi akan diwujudkan sebagai projek oleh Elektor melalui rangkaian juruteranya. Setelah projek tersebut dibangunkan secara berperingkat (ringkasan, cadangan, reka bentuk, prototaip dan ujian & penilaian), aset-aset akan dimuat naik dan dikongsi dengan komuniti DesignSpark.

Di dalam ruangan 'Projects', pengguna-pengguna akan mencari semua projek yang ada dan ditanda dengan kata kunci yang relevan untuk memudahkan pandu arah. Halaman-halaman projek individu dibangunkan pada setiap peringkat bersama koleksi aset-aset yang membolehkan para pengguna untuk membina projek masing-masing. Aset-aset projek mungkin merangkumi skematik PCB (papan litar) dan fail-fail bentangan untuk DesignSpark PCB, sebagai contoh, termasuk cetak biru mekanikal, kod perisian dan/atau kod mesin, lukisan mekanikal dan fail CAD. Terdapat juga pemalam ke laman web RS Components yang membolehkan para pengguna membeli kit bahagian-bahagian yang diperlukan.

Untuk projek profesional yang memerlukan kerahsiaan terdapat pilihan 'privacy' (kerahsiaan) yang membenarkan pengguna untuk menghadkan akses kepada penyumbang terpilih sahaja. Semua projek yang boleh dilihat oleh pengguna awam akan disediakan sebagai sumber terbuka dan boleh dimuat turun secara percuma.

"Kami telah membangunkan ruang 'DesignShare' baharu bersama-sama untuk memudahkan para jurutera, pelajar dan penggemar dalam DesignSpark dan komuniti yang lebih luas untuk bekerjasama, berkongsi dan memuat turun projek dan idea-idea," ujar David Tarrant, Ketua Pembangunan Komuniti di RS Components. "Ini ialah sebahagian daripada evolusi sumber reka bentuk dalam talian yang kami tawarkan untuk menyokong sesiapa sahaja yang terlibat atau berminat dalam reka bentuk elektronik, dan ia merupakan cara yang hebat untuk mereka berkomunikasi dengan cara terbuka mengenai projek-projek mereka, tidak kira sama ada mereka sedang mereka bentuk untuk berseronok-seronok atau dalam persekitaran profesional."

"Kami memilih untuk bekerjasama dengan RS Components dalam inisiatif 'DesignShare' kerana kami mempunyai matlamat yang sama untuk mengilhamkan semua orang, tidak kira tahap, untuk membangunkan kemahiran reka bentuk elektronik mereka," ujar Wisse Hettinga, Pengarah Antarabangsa Elektor, sebahagian daripada firma penerbit antarabangsa, EIM. "Komuniti dalam talian RS Components telah mendapat populariti dan reputasi yang besar sejak ia diperkenalkan, dan mempunyai keahlian yang terus meningkat, jadi ia adalah forum yang sempurna untuk menarik jurutera-jurutera yang berpengalaman dan yang sedang meningkat naik, serta menggalakkan kerjasama dan perkongsian projek untuk menyokong inovasi berterusan dalam reka bentuk elektronik."

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi produk elektronik dan penyenggaraan terkemuka dunia. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang ternama, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, serta elektrik dan mekanik.

Electrocomponents tersenarai dalam Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lalu yang berakhir 31 Mac 2013 telah memperoleh pendapatan berjumlah GBP1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS 
RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Esoochun.tan@rs-components.com 
T: +65-6391-5745 

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Akaun Kanan
Erscsg@hoffman.com 
T: +65-6361-0250

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services