omniture

Precision Aviation Group, Inc. (PAG) mengambil alih Trace Aviation (TA)

Precision Aviation Group, Inc.
2021-08-11 22:10 89

 

PAG Memperluas Keupayaan Peralatan Pendaratan

ATLANTA, 11 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Precision Aviation Group, Inc. (PAG) yang berpangkalan di Atlanta, iaitu sebuah syarikat penyedia perkhidmatan produk dan nilai tambah terkemuka bagi industri Aeroangkasa dan Pertahanan di Seluruh Dunia mengumumkan pengambilalihannya terhadap Trace Aviation (TA) yang berpangkalan di Jackson, Mississippi. TA diiktiraf secara meluas di atas keupayaan MROnya dalam pemasangan peralatan pendaratan King Air/1900 .

David Mast, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif PAG menyatakan, "Kami amat gembira dengan pengambilalihan Trace ini. Penyertaan TA memperluas keupayaan MRO kami dalam Peralatan Mendarat. TA mengkhusus kepada penukaran dan membaik pulih peralatan pendaratan Beechcraft King Air/1900. Selain itu, TA, sama seperti PAG amat dikenali di atas penyampaian perkhidmatan pelanggan dan produk terkemuka industri yang luar biasa kepada pelanggan mereka di seluruh dunia. Ia merupakan platform yang sempurna bagi memperluas Perkhidmatan MRO kami dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami."

Mike Pigott, Presiden TA menyatakan, "Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada PAG. Kami bukan sahaja dapat memperluas tawaran produk dan perkhidmatan kami dengan ketara kepada para pelanggan sedia ada kami melalui akses kepada inventori PAG yang boleh diulang guna bernilai $50 juta, malah kami teruja untuk memperluas keupayaan MRO kami dalam beberapa bulan lagi. Kami percaya bahawa perkongsian ini akan memberi manfaat yang signifikan kepada para pelanggan, vendor dan pekerja kami."

Precision Aviation Group (PAG) ialah penyedia utama produk dan perkhidmatan nilai tambah bagi industri aeroangkasa dan pertahanan di seluruh dunia. Dengan 13 buah Stesen Pembaikan dan lebih 500,000 kaki persegi kemudahan jualan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Singapura dan Brazil – PAG menggunakan unit perniagaannya yang tersendiri dan model perniagaan yang berfokuskan pelanggan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih yang Disokong oleh Inventori dengan tanda dagangannya (ISMRO®). 

PAG menyediakan MRO dan Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat bersayap Tetap dan Berputar. Anak syarikat PAG mempunyai keupayaan MRO terhadap lebih 39,000 produk, termasuk Aksesori, Avionik, Komponen Dinamik, Enjin, Aksesori Bahan Api, Paparan Panel Kaca, Hidraulik, Instrumen, Peralatan Pendaratan, Pemula/Generator, Subpemasangan dan Roda/Brek. (www.precisionaviationgroup.com)

Tentang Trace Aviation:
Trace Aviation telah diasaskan oleh Mike dan Cheryl Pigott pada tahun 2004, apabila Mike menyedari keperluan untuk peralatan pendaratan udara berkualiti King Air dibina berasaskan kemahiran seorang mekanik. Syarikat ini membangunkan keupayaan dalaman untuk menyampaikan peralatan pendaratan Beechcraft King Air yang dibina mengikut spesifikasi, nombor siri dan konfigurasi pesawat. TA membaiki gerek dan sesendal yang haus, pemasangan penguat, hidraulik, perumah penggerak, bearing silinder dan gandar. Syarikat tersebut melakukan pemasangan peralatan pendaratan bagi platform pesawat King Air 90, 100, 200, 300, dan 1900. TA merupakan Stesen Pembaikan yang diperakui oleh FAA dan EASA. TA beroperasi dari sebuah kemudahan berkeluasan 20,000 kaki persegi di Lapangan Terbang Antarabangsa Medgar Evars di Jackson, Mississippi dan kini mempunyai lebih 20 orang profesional pesawat. (www.traceaviation.com)

Trace Aviation employee works on King Air landing gear parts.
Trace Aviation employee works on King Air landing gear parts.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1591137/PAG_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1591139/press_release_composite_300_res.jpg?p=medium600

 

 

Source: Precision Aviation Group, Inc.
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel Acquisitions, mergers, takeovers