omniture

LG Uplus Memanfaatkan Cloudera untuk Membangunkan Platform Analisis Data Raya Masa Nyata bagi Menyampaikan Perkhidmatan Rangkaian 5G yang Cemerlang

Cloudera, Inc.
2021-08-12 15:56 32

Maklumat masa nyata daripada platform data Cloudera membolehkan LG Uplus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran 5G dan mendorong inisiatif transformasi digital yang lebih mendalam

SEOUL, Korea Selatan, 12 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Cloudera, Inc., (NYSE: CLDR), syarikat awan data perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa LG Uplus telah memilih platform data Cloudera untuk meningkatkan mutu perkhidmatan rangkaian 5Gnya dan mengoptimumkan pengalaman pelanggan. Dengan Cloudera, LG Uplus diperkasakan untuk memanfaatkan maklumat dan kecerdasan yang dihasilkan oleh data dan boleh digunakan untuk menyokong inisiatif transformasi digital serta memantapkan perjalanannya ke arah awan pada masa akan datang.

Sebagai salah satu penyedia telekomunikasi pertama yang mengkomersialkan perkhidmatan 5G, LG Uplus menumpukan perhatian terhadap penyampaian perkhidmatan yang inovatif kepada para pelanggannya dan meningkatkan kecekapan kerja kakitangan rangkaian sejak tahun 2019. Dengan platform data Cloudera sebagai dasarnya, LG Uplus telah mengasaskan Platform Rangkaian Analisis Masa Nyata (NRAP) yang merangkumi infrastruktur diperlukan untuk mengumpul dan menganalisis data raya berskala besar dalam masa nyata, daripada peranti mudah alih kepada peralatan perkhidmatan syarikat telekomunikasi.

NRAP memperbaiki penggunaan dan ketepatan analisis data dengan menyediakan keupayaan penyimpanan dan pengumpulan data secara besar-besaran yang merangkumi pemprosesan dan penghantaran terabait data dalam masa beberapa saat ke Sistem Pengurusan Rangkaian (NMS) yang bersepadu. Dengan keupayaan pemprosesan data masa nyata NRAP ini, LG Uplus memperoleh manfaat perniagaan seperti keupayaan untuk meningkatkan masa tindak balas pelanggan yang berkualiti untuk pusat pelanggan dan mendorong tahap pemantauan kualiti rangkaian berasaskan perkhidmatan ke arah masa nyata yang hampir sekali gus meningkatkan kepuasan pelanggan dan mengurangkan jumlah keseluruhan kerja lapangan. Dengan platform bersepadu yang menyokong analisis dan pemantauan kualiti masa nyata perkhidmatan rangkaian, LG Uplus mengumpul serta mencirikan data mengikut jenisnya dan memantau data tersebut pada papan pemuka tunggal untuk mengurangkan kos pengendalian rangkaian secara keseluruhan dan meningkatkan kecekapan kerja.

Diperkenalkan sebagai perintis ketika perkhidmatan 5G mula-mula dilancarkan secara komersial, NRAP kini menguruskan beratus-ratus jenis dan beribu-ribu terabait data yang dijana setiap hari daripada perkhidmatan rangkaian telekomunikasi yang membolehkan LG Uplus mendapatkan maklumat penting daripada data ini serta menguruskan perkhidmatan untuk para pengguna yang berjumlah 20 juta orang di Korea Selatan. Dengan menggunakan NRAP, LG Uplus terus memperkasakan sistem operasi rangkaian generasi seterusnya dan menjamin data yang berdaya saing bagi menyokong transformasi digital ekoran dari tindak balas era pasca COVID19 yang dipromosikan oleh LG Group secara aktif.

Jin-Soo Jang, Pengurus pasukan Pembangunan NMS di LG Uplus berkata, "LG Uplus merupakan yang pertama melancarkan rangkaian 5G di seluruh dunia dan menyediakan perkhidmatan inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Dengan memanfaatkan analisis data, NRAP telah membantu kami bertindak balas dengan cepat terhadap isu-isu kualiti perkhidmatan pelanggan sambil mengurangkan pertindihan dalam operasi kami. Ini telah meningkatkan kecekapan kerja kami dan meningkatkan lagi kelebihan daya saing LG Corporation dalam usaha kami ke arah transformasi digital."

Hyoung-Jun Kang, Pengurus Negara, Cloudera Korea berkata, "Penyedia telekomunikasi merupakan sebahagian daripada pengumpul data terbesar dan mempunyai akses kepada pelbagai sumber data. Bagi memanfaatkan sepenuhnya peningkatan volum, kepelbagaian dan kerumitan data serta mendapatkan maklumat data perusahaan yang memacu nilai perniagaan, penyedia telekomunikasi perlu berupaya mengendalikan sebarang data, di mana-mana sahaja dari pinggir ke AI. Dengan adanya Cloudera sebagai tulang belakang di sebalik NRAP, kami komited untuk menyokong LG Uplus ketika ia melalui perjalanan transformasi digital yang disokong oleh inisiatif pengurusan dan analisis data."

Sumber Tambahan 

Tentang Cloudera
Di Cloudera, kami percaya bahawa data boleh menjadikan apa yang mustahil pada masa kini menjadi kenyataan pada masa hadapan. Kami memperkasakan orang ramai untuk mengubah data yang kompleks menjadi maklumat yang jelas dan dapat dilaksanakan. Cloudera menyampaikan awan data perusahaan untuk sebarang data, di mana-mana sahaja, daripada Pinggir (Edge) kepada Kecerdasan Buatan (AI). Dikuasakan oleh inovasi berterusan daripada komuniti sumber terbuka, Cloudera memajukan transformasi digital untuk perusahaan terbesar di dunia. Ketahui lebih lajut di Cloudera.com.

Cloudera dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemiliknya masing-masing.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/495570/Cloudera_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Cloudera, Inc.
Related Stocks:
NYSE:CLDR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Contracts Data Analytics