SUNCHEON, Korea Selatan, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ -- "Pelbagai aktiviti keraian akan diadakan di ekspo Taman Teluk Suncheon pada hari Ahad untuk meraikan 'Hari Pelarian Korea Utara'," jawatankuasa penganjur berkata.
(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/13/20130613143302103411.html )
Ranging from dance performances by North Korean defector artists and flying of inter-Korean peace wishing balloons to a singing contest, the event aims to provide South Korean visitors with opportunities to mingle with and develop better understanding of North Korean defectors living in the South.
Persembahan yang diadakan termasuklah persembahan tarian daripada artis Korea Utara yang berpaling tadah, melepaskan belon keamanan antara Korea hinggalah kepada pertandingan nyanyian, bertujuan memberikan peluang kepada pelawat Korea Selatan untuk bergaul dan meningkatkan kefahaman terhadap pelarian Korea Utara yang tinggal di Selatan.
"Sebilangan 1,000 orang pelarian Korea Utara yang tinggal di wilayah barat daya berhampiran bandar Suncheon, tempat ekspo ini diadakan, telah dijemput menghadiri acara tersebut," ujar jawatankuasa itu.
"Acara ini yang diharapkan dapat menyemai persefahaman bersama antara warga Korea Utara dan Selatan akan memberi kesan tambahan kerana ia berlangsung di taman-taman yang indah di ekspo taman Suncheon," kata seorang pegawai jawatankuasa.
Sejak pembukaannya pada pertengahan April, Eksposisi Taman Antarabangsa Teluk Suncheon Korea 2013 telah menghiburkan para pelawat dengan rangkaian acara kebudayaan, pameran dan persembahan yang pelbagai di samping menawarkan pemandangan indah taman-taman eksotik dan tanah bencah.
Ekspo ini mempamerkan 83 jenis taman yang berbeza serta tanah bencah dan laluan yang meluas, merangkumi 1.11 juta meter persegi.
Ia telah menarik lebih 1.7 juta pengunjung setakat ini, berada pada aras yang dirancang untuk mencapai 4 juta pelawat menjelang tarikh penutupannya pada 20 Oktober.
SUMBER Jawatankuasa Eksposisi Taman Antarabangsa Teluk Suncheon Korea 2013