omniture

Bank Pembangunan Negara Ukraine Akan Memainkan Peranan Penting dalam Pemodenan Sektor Pembuatan

ABC: Ukraine & Partners
2013-06-15 00:27 109

KIEV, Ukraine, 15 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Bank Pembangunan Negara Ukraine akan menjadi unsur penting bagi merealisasikan "Program Pengaktifan Negara demi pembangunan ekonomi Ukraine untuk 2013-2014." Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama Ukraine Serhiy Arbuzov, semasa pembentangan meja bulat program itu di Persidangan Perniagaan Tahunan Pertama "ABC: Ukraine & Rakan Kongsi".

"Kami kini berada di peringkat pertama program itu, mengusahakan peralatan kewangan. Peralatan itu direka bagi menyediakan pinjaman jangka panjang dan kos kredit rendah untuk ekonomi sebenar yang penting untuk menyediakan aset modal baharu. Salah satu peralatan utama untuk merealisasikan hasrat itu ialah Bank Pembangunan Negara Ukraine. Ia akan menyediakan sumber untuk bank-bank, agar ia pula boleh menyediakan pinjaman jangka panjang untuk projek-projek pemodenan," kata Serhiy Arbuzov.

Timbalan Perdana Menteri Pertama itu memaklumkan para delegasi bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa projek yang berjumlah UAH 600 juta kini dan beberapa keputusan positif sedang dibuat.

Beliau percaya bahawa pelaksanaan peralatan seperti Bank Pembangunan Negara Ukraine akan membenarkan penyingkiran para pegawai daripada tugas pengagihan sumber kewangan. "Risiko pecah amanah boleh dikurangkan secara dramatik kerana pelaksanaan ini. Negara juga akan mendapat peminjam yang dipercayai daripada segi kredit – iaitu bank,"kata Serhiy Arbuzov.

Timbalan Perdana Menteri Pertama Ukraine Serhiy Arbuzov menggalakkan pelabur asing bekerjasama dalam projek yang diutamakan untuk negara. Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan Program Pengaktifan Negara untuk pembangunan ekonomi bukan sahaja akan membenarkan peningkatan sementara dalam aktiviti ekonomi tetapi bakal menandakan permulaan sebuah perubahan struktur.

Sumber: ABC: Ukraine & Rakan Kongsi

Source: ABC: Ukraine & Partners
Keywords: Banking/Financial Service