omniture

Yayasan Bayat Merasmikan Fasiliti Rawatan Kritikal Pediatrik Baharu di Hospital Indira Gandhi di Kabul

Bayat Foundation
2013-06-15 03:11 130

KABUL, Afghanistan, 15 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Yayasan Bayat yang diketuai oleh usahawan dan dermawan Ehsanollah Bayat, baru-baru ini telah merasmikan sebuah unit rawatan rapi (ICU) pediatrik dan unit rawatan kritikal (CCU) baharu di Hospital Indira Gandhi di Kabul. Fasiliti itu, yang dibina dalam masa kurang daripada 5 bulan di atas sisa runtuhan seksyen bangunan yang telah binasa dan tidak digunakan, mempunyai teknologi pemantauan pesakit jarak jauh yang maju, katil-katil moden dan peralatan perubatan serta pelbagai penyelesaian tambahan yang tertumpu untuk membolehkan rawatan akut untuk kanak-kanak.

"Kami sangat berterima kasih kerana mendapat peluang untuk membantu kakitangan perubatan yang komited dan kanak-kanak Afghanistan dengan membina unit rawatan pediatrik moden ini," kata En. Bayat. 'Kami sedar perbezaan besar yang mungkin dimainkan oleh fasiliti ICU/CCU baharu dalam membolehkan para doktor berkhidmat untuk lebih ramai kanak-kanak yang lebih memerlukan dan berisiko, dengan lebih berkesan berbanding sebelum ini melalui sokongan kami yang sekian lama untuk pesakit leukemia muda di Hospital Indira Gandhi. Yayasan ini tidak sabar-sabar lagi untuk kekal dalam penglibatan bersama hospital seluruh negara bagi membantu memastikan generasi rakyat Afghanistan seterusnya memulakan kehidupan dengan seberapa selamat dan sihat yang boleh. Kami percaya fasiliti pediatrik baharu ini akan menyediakan keputusan penjagaan kesihatan yang lebih bagus untuk ramai kanak-kanak yang paling memerlukan di Afghanistan."

Unit rawatan kritikal baharu itu ialah fasiliti rawatan kesihatan kedua belas yang dibina oleh Yayasan Bayat di seluruh negara sejak ia memulakan sebuah misi dalam tahun 2005 untuk membina sebuah rangkaian hospital ibu mengandung dan kanak-kanak awal di kawasan-kawasan yang terpencil dan mundur di Afghanistan. Fokus utamanya adalah kebajikan ibu-ibu mengandung, kesihatan anak-anak dan kelahiran yang lebih selamat.

Rangkaian fasiliti rawatan kesihatan untuk ibu dan kanak-kanak Afghanistan – terletak di Mazar-e-Sharif (Daerah Balkh), Dai Kundi (Daerah Uruzgan), Maimana (Daerah Faryab), Behsood (Daerah Wardak); Kampung Tagaab (Daerah Wardak); Hessa Dowom (Daerah Wardak); Tora Bora (Daerah Nangahar), Sar-e Pul City (Daerah Sar-e Pul), Lashkargah (Daerah Helmand), dan Gardez (Daerah Paktia) – telah berkhidmat untuk lebih daripada 700,000 orang pesakit sejak permulaan inisiatif kesihatan ibu mengandung/kanak-kanak Yayasan itu. Hospital-hospital itu terdapat dalam beberapa saiz daripada 10 ke 150 katil dan dibina mengikut rekaan moden, dengan sistem elektrik lengkap, bilik pesakit, bilik bedah, bilik bersalin, bilik pemulihan selepas pembedahan, sebuah farmasi, pejabat doktor, kawasan menyambut tetamu, simpanan dan bilik air. Maklumat lanjut dan liputan video untuk fasiliti ICU/CCU baharu ini, serta semua inisiatif penjagaan kesihatan dan program-program lain Yayasan Bayat boleh dilihat di: http://www.youtube.com/user/BayatFoundation/videos.

Mengenai Yayasan Bayat

Sejak 2005, Yayasan Bayat telah menggalakkan kebajikan rakyat Afghanistan sebagai sebuah organisasi amal 501 c(3) yang bertapak di AS,. Yayasan yang diasaskan dan diketuai oleh Ehsan Bayat dan Fatema Bayat itu telah menyumbang kepada lebih daripada 200 projek yang dikhaskan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk belia, wanita, golongan miskin dan warga emas Afghanistan. Projek-projek mereka termasuklah pembinaan fasiliti baharu dan prasarana mampan di kawasan-kawasan yang memerlukannya, serta penggalakan program kesihatan, pendidikan, ekonomi dan budaya.  Disamping inisiatif amal beliau, Ehsanollah Bayat telah mengasaskan Afghan Wireless (AWCC) pada tahun 2002 – sebuah usaha sama antara Telephone Systems International, Inc. (TSI) dan Kementerian Komunikasi – yang merupakan Penyedia Perkhidmatan Internet dan wayarles GSM pertama di Afghanistan, dan kemudiannya menubuhkan Rangkaian Radio dan Televisyen Ariana (ATN), yang termasuklah Radio Ariana ((FM 93.5). Untuk maklumat lanjut, sila hantar e-mel kepada info@bayatfoundation.org.

HUBUNGI: Jill Ketron, j.ketron@bayatfoundation.org, +1-904-686-1470

Source: Bayat Foundation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Children-related news Not for profit