omniture

Huawei Berjanji Dayakan Pendigitalan Kereta Api di APAC

Huawei
2021-08-16 08:54 263

SINGAPURA, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Pada 12 Ogos, Huawei mengadakan Forum Kereta Api Asia-Pasifik (APAC) 2021 secara dalam talian, lelaran kedua bagi acara tahun ini, meneroka tema "Kereta Api Pintar, Mobiliti Masa Depan Lebih Baik." Walaupun COVID-19 telah membawa perubahan yang amat besar kepada industri kereta api, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang inovatif membawa kecerdasan kepada kereta api, yang hasilnya dapat membantu mereka mengatasi waktu-waktu sukar. Ini dapat dicapai melalui kecekapan yang lebih baik dan kos kendalian yang dikurangkan, kesemuanya semasa menyampaikan perkhidmatan menyeluruh yang lebih baik untuk penumpang dan membantu melaksanakan langkah-langkah yang bertujuan untuk memperlahankan dan mengurangkan penularan pandemik.

Acara tersebut menarik minat lebih daripada 1300 pelanggan industri kereta api, rakan kongsi, pakar dan media dari seluruh rantau APAC. Pelanggan dan rakan kongsi industri kereta api Huawei yang utama termasuk Hong Kong Mass Transit Railway Corporation (MTR), Singapore Mass Rapid Transit Limited (SMRT) dan firma perkhidmatan profesional Arup Group Limited mengambil bahagian dalam perbincangan panel, berkongsi pengalaman mereka mengenai kepentingan untuk mencapai kecekapan operasi untuk sistem transit massa bandar terutamanya melalui operasi tanpa pemandu dan pengurusan aliran kerja.

Di sesi panel acara tersebut, Kwek Hyen Chee, Ketua Transformasi Digital dan Inovasi Perniagaan, SMRT Corporation Ltd berkongsi pemerhatian beliau bahawa kebanyakan orang di Singapura telah menyesuaikan gaya hidup masyarakat mereka untuk menerima pakai mod pengangkutan Lebih Mesra Alam dan menyumbang tanggungjawab sosial mereka terhadap kelestarian dengan menaiki pengangkutan awam di kawasan bandar. Beliau menambah, "Saya rasa teknologi telah bersedia, cabarannya ialah bagaimana caranya untuk kami mengubah tempat kerja, tenaga kerja dan proses kerja sewajarnya."

Memulakan forum tersebut, Aaron Wang, Naib Presiden Kanan APAC Enterprise Business Group Huawei menyampaikan mengenai cabaran yang telah ditimbulkan oleh pandemik, menyatakan bahawa cabaran sedemikian juga telah ditukar menjadi peluang - untuk semua industri. "Sebagai penyedia penyelesaian ICT global, Huawei membantu pelanggan seperti Land Transport Authority (LTA) Singapura, Hong Kong MTR, Turkey TCDD dan Deutsche Bahn (DB) Jerman untuk mempercepatkan pendigitalan mereka dengan mengintegrasikan teknologi baharu dengan infrastruktur tradisional. Kami percaya bahawa pendigitalan kereta api akan membawa kepada mobiliti yang lebih baik pada masa akan datang," ujar En. Wang.

TC Chew, Pengarah Perniagaan Kereta Api Global, Arup, berkongsi tiga trend penting dalam pendigitalan: data, analitik dan komunikasi. Ini membolehkan kami membuat keputusan yang lebih baik dan menyokong proses penyahkarbonan yang ingin kami capai. Untuk benar-benar memaksimumkan nilai teknologi untuk kereta api bergantung kepada individu yang benar-benar mengaplikasikan beberapa teknologi ini dan memanfaatkan data yang tersedia untuk beberapa teknologi ini, jika bukan kesemuanya dan bagaimana kami kemudiannya mengaplikasikan suatu tahap kecerdasan untuk membantu kami membuat keputusan yang lebih baik mengenai operasi harian kereta api kami dan penyelenggaraan aset kami serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan kami," kata TC Chew.

Changquan Luo, Pengarah Studio Inovasi Digital Stesen Metro di Shenzhen Metro, menjelaskan mengenai latar belakang strategi pendigitalannya. Ia terletak pada matlamat untuk memenuhi keperluan negara yang lebih luas bagi mengukuhkan pengangkutan dan memastikan pembangunan yang berkualiti tinggi, memfokuskan pengupayaan pintar digital, kecemerlangan operasi dan penyediaan perkhidmatan di bandar-bandar. "Platform ROMA Huawei telah digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan perkongsian data dan membina gudang data tertumpu," kata En. Luo berhubung peranan yang dimainkan oleh teknologi Huawei dalam perjalanan transformasi digital seperti ini. "Platform digital stesen pintar menyatukan dan mengintegrasikan perkhidmatan, mencapai penyatuan berbilang rangkaian daripada peranti ke awan. Teknologi ini membantu menyempurnakan bahagian Smart Station 1.0 kami."

Dalam satu lawatan maya ke dewan pamerannya, Huawei turut mendemonstrasikan bagaimana inovasi yang terkini dalam ICT digunakan dalam industri kereta api, mendayakan transformasi digital daripada Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) SmartLi Huawei kepada OptiX Solutions dan Huawei AirEngine Wi-Fi 6. Contohnya, lebar jalur tinggi yang ditawarkan oleh Huawei OptiX menyokong peningkatan jumlah Televisyen Litar Tertutup (CCTV) dan aplikasi awan, dengan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) yang dipermudah, pemantauan prestasi masa sebenar dan pengesanan kesilapan pintar yang kesemuanya membantu pengurusan rangkaian pertukaran paket. Sementara itu, Huawei SmartLi UPS membawakan sekurang-kurangnya dua kali ganda hayat bateri berbanding penyelesaian bateri asid-plumbum tradisional, dengan reka bentuk yang amat andal dan liputan yang lebih luas untuk voltan input. Ia juga boleh digunakan dalam persekitaran operasi yang mencabar, yang mana bekalan kuasa utama tidak stabil atau mengalami kekurangan sepenuhnya, menyediakan platform seragam yang menyokong akses kepada pelbagai sumber tenaga. Ini dapat menjimatkan pelaburan pelanggan dengan berkesan. Akhir sekali, AirEngine Wi-Fi 6 menyediakan operator dengan angkut balik masa sebenar untuk perkhidmatan kereta-api-ke-darat, dengan kependaman yang amat rendah serta daya pemprosesan yang lebih tinggi bagi menyelesaikan isu penting dalam transformasi digital sistem kereta api: simpanan maklumat antara setiap sistem.

Gambaran Keseluruhan Penyelesaian Pendigitalan Kereta Api Huawei
Gambaran Keseluruhan Penyelesaian Pendigitalan Kereta Api Huawei

Infrastruktur kereta api yang mantap merupakan satu aset pengangkutan yang kritikal. Sebagai penyedia penyelesaian ICT global, Huawei komited untuk menginovasikan produk dan penyelesaian yang dipermudah, selamat, terbuka dan pintar demi industri kereta api di APAC dan dunia yang lebih luas, memudahkan transformasi digital dan menjadikan setiap sistem trafik dan pengangkutan amat andal, lebih cekap, lebih selamat dan lebih mesra alam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Forum Kereta Api APAC Huawei 2021, sila kunjungi: https://bit.ly/3AD5J4t

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei  

https://twitter.com/HuaweiEntAPAC

https://www.facebook.com/HuaweiEnterpriseAPAC

http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Transportation Trade show news