omniture

PureSoftware memperluaskan lagi jejak globalnya dengan pembukaan pejabat di Kenya, Afrika

PureSoftware
2021-08-16 14:31 31

NAIROBI, Kenya, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- PureSoftware, sebuah syarikat perisian terkemuka yang memberi tumpuan kepada teknologi kewangan, 5G dan transformasi digital, mengumumkan pembukaan pejabatnya yang pertama di Kenya. Pejabat baharu ini akan memperluaskan lagi jangkauan penyelesaian digital PureSoftware dan produk perisiannya - Arttha Fintech dan Arttha5G di benua itu.

Pembukaan pejabat di Nairobi akan membolehkan PureSoftware memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya di Afrika dan bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan pelanggan sedia ada dan baharu yang semakin berkembang. Disokong oleh pertumbuhan dua digit yang tinggi sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu, syarikat itu telah berada pada laluan pengembangan di seluruh dunia, sebagai sebahagian daripada fokus strategiknya untuk menyediakan keupayaan di pesisir dan berdekatan pesisir kepada para pelanggannya.

Tawaran perkhidmatan digital PureSoftware dan perisian berasaskan perkhidmatan mikro terbaik yang memenangi anugerah, Arttha Fintech sudah membolehkan perniagaan di Afrika untuk mempercepatkan transformasi digital. Artha5G akan melengkapkan perniagaan untuk memenuhi keperluan keterhubungan masa hadapan. 

Manish Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif PureSoftware berkata, "Sejajar dengan pelan pengembangan kami yang agresif, kami teruja untuk melancarkan pejabat pertama kami di Kenya. Afrika ialah pasaran tumpuan bagi kami dan pejabat baharu ini akan membantu kami menawarkan rangkaian perisian dan penyelesaian transformasi digital lengkap kepada pelanggan kami yang sedia ada dan baharu." Beliau menambah, "Pejabat Nairobi kami akan menjadi pusat operasi Afrika kami ketika kami meneruskan pengembangan dan membuka pejabat baharu di seluruh rantau ini." 

Tentang PureSoftware 

Ditubuhkan pada tahun 2005, PureSoftware ialah sebuah syarikat produk dan perkhidmatan perisian global dengan keupayaan terkemuka dalam digital, kejuruteraan produk dan platform generasi seterusnya.

Arttha

Arttha ialah sebuah Platform Perkhidmatan Kewangan Digital yang memenangi anugerah oleh PureSoftware yang membolehkan bank dan firma teknologi kewangan untuk menjana pendapatan dengan cadangan nilai yang kukuh termasuk e-Dompet, Beli Sekarang Bayar Kemudian, perbankan teras digital sebagai perkhidmatan, Perbankan Ejen, Pengurusan Pedagang dan Pengurusan Kitaran Hayat Pinjaman.

Arttha5G

Arttha5G ialah sebuah platform 5G patuh O RAN yang menyediakan perisian dan seni bina untuk memperkasakan aspirasi terhubung di seluruh dunia dengan membolehkan syarikat melancarkan produk RU dengan masa berdasarkan kelebihan pasaran, jejak operasi yang dioptimumkan, kapasiti muatan yang lebih besar untuk menyokong kepantasan yang semakin meningkat pada kependaman rendah.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1450649/PureSoftware_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan Media: 
Gyaneshwari Tiwari
gyaneshwari.tiwari@puresoftware.com
+91 8376932369

 

Source: PureSoftware
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Corporate Expansion Financial Technology