omniture

Angola LNG Hantar Kargo Pertama

Angola LNG Marketing Ltd
2013-06-17 10:51 202

SOYO, Angola, 17 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Projek sediakan sumber LNG baharu bagi penuhi permintaan dunia

Angola LNG, fasiliti yang beroperasi di Soyo yang dibina bagi mencipta nilai daripada sumber gas luar pesisir Angola, mengesahkan bahawa penghasilan gas asli cecair (LNG) bermula dengan selamat di loji LNG Angola di Soyo dan kargo pertamanya dihantar hari ini. Ini menandakan bekalan LNG baharu pertamanya yang memulakan operasi pengeluaran tetap sejak tahun 2010, dan menyediakan sumber baharu untuk memenuhi permintaan dunia untuk LNG yang semakin meningkat.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130616/621759-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130616/621759-b )

Kargo pertama dijual kepada syarikat minyak dan gas negara Angola, Sonangol, yang dihantar ke Brazil oleh SS Sonangol Sambizanga, salah satu daripada tujuh kapal LNG berkapasiti 160,000 meter padu yang dalam sewaan jangka panjang kepada projek LNG Angola.

Mengulas mengenai kargo pertama ini,Artur Pereira, Ketua Pegawai Eksekutif, Angola LNG Marketing, berkata: "Angola LNG memasuki pasaran pada waktu yang sangat mengujakan. Pasaran LNG dunia dijangka untuk kekal sengit dalam tahun-tahun mendatang, dengan pengeluaran tetap kapasiti LNG baharu yang sangat terhad. Kami gembira kerana dapat menghasilkan dan menghantar kargo LNG pertama kami."

Sebilangan besar perjanjian jual beli LNG indukdilaksanakan bersama syarikat-syarikat tenaga seluruh dunia, membekalkan Angola LNG dengan portfolio pelanggan yang utuh dan pelbagai. Lebih banyak perjanjian sedang dalam rundingan.

Pengumuman hari ini menandakan sebuah pencapaian dalam pembangunan berterusan sumber minyak dan gas Angola. Sebagai pelaburan tunggal terbesar dalam industri minyak dan gas, projek ini bakal memainkan peranan yang penting untuk kesejahteraan kewangan di Angola.

"Wawasan Angola LNG adalah untuk menjadi pembekal yang diyakini dan berdaya saing, rakan komuniti yang kuat, dan ikutan pembangunan ekonomi Angola," tambah Antonio Orfao, Pengerusi Angola LNG Ltd."Projek ini memberikan penyelesaian untuk mengurangkan pembakaran dan pencemaran alam sekitar dengan mengumpulkan gas bersekutu daripada medan minyak luar pesisir Angola untuk memberikan tenaga bersih dan diyakini kepada para pelanggan kami dan pulangan atas pelaburan untuk pemegang saham kami."

Angola LNG adalah sebuah hubungan kerjasama antara Sonangol, Chevron, BP, ENI dan Total yang akan mengumpulkan dan memproses gas bagi menghasilkan dan menghantar LNG serta NGL. Projek ini mempunyai jangka hayat selama sekurang-kurangnya 30 tahun.

Nota kepada editor:

Angola LNG akan mengumpul, memproses, menjual dan menghantar 5.2 juta tan LNG setahun – serta gas asli, propana, butana dan peluwap -- dari lojinya di Soyo, Angola; salah sebuah fasiliti pemprosesan LNG termoden di dunia. Angola ialah pengeluar minyak kedua terbesar di sub-Sahara Afrika. Dalam sejarah, gas bersekutu telah dibakar atau disuntik semula ke dalam simpanan, tetapi Angola LNG memberikan penyelesaian bagi mengurangkan pembebasan gas dan menetapkan sumber baharu untuk tenaga bersih.

Para pemegang saham Angola LNG ialah Sonangol (22.8%), Chevron (36.4%), BP (13.6%), ENI (13.6%), dan Total (13.6%).

Pada nilai $10 bilion, projek Angola LNG adalah salah sebuah pelaburan tunggal terbesar dalam industri minyak dan gas Angola. Menawarkan sekumpulan tujuh kapal LNG khusus dan tiga jeti pemuatan (LNG, cecair dan butana termampat), misi projek itu adalah untuk menyingkirkan proses pembakaran gas, memberikan tenaga yang bersih dan diyakini kepada pelanggan dan memaksimumkan pulangan pelaburan.

http://www.angolalng.com

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Rob Foyle
Penasihat Komunikasi
Angola LNG Marketing Ltd
T +44(0)7880-384-468
rob.foyle@angolalng.co.uk

Sumber: Angola LNG Marketing Ltd

Source: Angola LNG Marketing Ltd
Related Links:
Keywords: Gas Utilities New products/services