omniture

Vserv.mobi Tubuh Pejabat Afrika; Perkukuhkan Lagi Kehadiran di Asia Tenggara

Vserv.mobi
2013-06-17 12:07 153

SINGAPURA, MUMBAI, LONDON dan SAN FRANCISCO, 17 Jun 2013 /PRNewswire/ -- 

Pelantikan termasuk eksekutif rantau penting daripada Inmobi dan Dentsu

Vserv.mobi, rangkaian pengiklanan mudah alih global utama untuk pembangun app, penerbit, pengiklan dan penyedia telekom, hari ini mengumumkan pelantikan 3 eksekutif penting dalam pasukannya -- Jacqui Boyd, Pengarah Jualan -- Afrika Selatan; Max Ku, Pengarah Pembangunan Perniagaan -- Malaysia dan Nguyen Quang Duy, Pengarah Pembangunan Perniagaan -- Vietnam. Langkah ini mencerminkan usaha syarikat itu untuk menguatkan lagi perniagaannya dan menyatukan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran memuncul. (Baca pengumumannya di sini)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )

Mengulas lebih lanjut mengenai pengumuman itu Dippak Khurana, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, Vserv.mobi berkata, "Apabila pengguna lebih kerap mendapatkan maklumat dan hiburan melalui peranti mudah alih, Vserv memacu inovasi dan membina skala global yang perlu untuk membantu semua pendokong penting dalam ekosistem mudah alih merebut peluang ini. Pelantikan strategik ini akan memberi kami momentum yang sesuai untuk menjadi Rangkaian Pengiklanan Mudah Alih #1 dalam pasaran memuncul."

Jacqui Boyd, Pengarah Jualan -- Afrika Selatan, Vserv.mobi mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam ruang digital dan mudah alih. Jacqui akan berpangkalan di Cape Town dan mengetuai perniagaan jualan jenama di Afrika Selatan. Tambahan lagi, beliau juga akan mengetuai peluasan Vserv di seluruh pasaran lain di Afrika. Sebelum Vserv, beliau pernah berkhidmat dengan InMobi, Mindshare dan Carat.

Max Ku, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Malaysia, Vserv.mobi mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dan akan mengetuai jualan jenama dan juga akan menumpukan kepada pembinaan perikatan strategik dengan penerbit unggul seluruh Malaysia. Sebelum Vserv, Max pernah bekerja dengan Media Prima Digital dan iHub Media. Beliau akan berpangkalan di Kuala Lumpur.

Nguyen Quang Duy, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Vietnam, Vserv. Mobi mempunyai pengalaman lebih 10 tahun memandu pembangunan perniagaan dalam ruang digital dan mudah alih. Beliau akan berpangkalan di Bandar Raya Ho Chi Minh dan mengetuai pengeluaran besar-besaran penyelesaian jenama untuk pengiklan dan membina hubungan kerjasama dengan penerbit utama seluruh Vietnam di Vserv. Sebelum Vserv, Duy pernah memegang jawatan-jawatan kanan di Dentsu Media dan Effective Measure.

Ditubuhkan pada tahun 2010, Vserv.mobi adalah sebuah Rangkaian Iklan Mudah Alih Global yang memenangi anugerah, telah dinamakan sebagai "Syarikat Media Tahun Ini" semasa acara MMA Smarties dan disenaraikan dalam Anugerah 100 Yang Terbaik Red Herring. Dalam jangka masa pertumbuhannya selama 3 tahun, syarikat itu telah berjaya memecahkan serakan persaingan, berbekalkan kuasa dua teknologinya yang pertama -- AppWrapper dan AudiencePro.

Hubungan Media:

Binay Tiwari
+91-22-29275128
press@vserv.mobi

Sumber: Vserv.mobi

Source: Vserv.mobi
Keywords: Advertising Computer/Electronics Mobile Entertainment Publishing/Information Service Corporate Expansion