omniture

LightWare memberikan MATA kepada mesin melalui pengimbas terkecil di dunia, microLiDAR™

LightWare LiDAR LLC
2021-08-16 20:00 32

AUSTIN, Texas, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- LightWare LiDAR LLC, kini sedang menghantar LiDAR, pengimbas yang paling kecil dan ringan ke pasaran.

LightWare LiDAR’s SF45 is the world’s smallest scanning microLiDARTM. Weighing in at only 59g this award-winning laser sensor gives autonomous vehicles (like drones) and robots the gift of sight. Eyes on machines result in better navigation, improved safety and fewer crashes.
LightWare LiDAR’s SF45 is the world’s smallest scanning microLiDARTM. Weighing in at only 59g this award-winning laser sensor gives autonomous vehicles (like drones) and robots the gift of sight. Eyes on machines result in better navigation, improved safety and fewer crashes.

Syarikat yang berpangkalan di AS ini mengkhusus dalam reka bentuk dan pembuatan sensor LiDAR untuk mesin dan kenderaan autonomi.  Pengimbas microLiDAR™ SF45yang memenangi anugerah ini hanya seberat 59g tetapi memberikan prestasi seperti sensor yang lebih besar.

 "SF45 ini mendemokrasikan persepsi mesin dengan memberikan penglihatan, keselamatan dan menjadikannya praktikal walaupun kepada sistem tanpa pemandu, yang terkecil. Mesin tidak mempunyai persepsi 3D, oleh itu ia tidak dapat memahami halangan yang tidak dijangka. Misi kami ialah untuk menyelamatkan mesin di dunia dengan microLiDAR™ satu demi satu!", jelas Philip Constantine, Ketua Pegawai Eksekutif LightWare LiDAR LLC.

SF45 membolehkan sebuah dunia serba baharu dengan aplikasi yang memberikan kedudukan, jarak dan pengesanan dekat yang tepat kepada dron dan UGV. Berupaya untuk mengesan halangan dalam cahaya matahari yang terang pada jarak 50m, SF45 memberikan pemahaman yang jelas tentang persekitaran mesin sama ada kepada autojuruterbang di pesawat atau operator jarak jauh.

Constantine menjelaskan: "GPS konvensional sering diharapkan dalam menyediakan maklumat lokasi supaya dron boleh mengikut pelan penerbangan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Malangnya, dunia sebenar meletakkan halangan yang tidak dijangka dalam perjalanannya. Ini menyebabkan perlanggaran serta kerugian terhadap dron dan juga muatannya yang mahal. SF45 sentiasa memerhatikan bahaya ini dan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya perlanggaran yang menyediakan masa yang cukup untuk autojuruterbang bertindak balas."

Untuk melengkapkan SF45, LightWare LiDAR mengeluarkan serangkaian sensor daripada keluarga microLiDAR™ seperti SF000/B yang kecil (hanya seberat 8g). Data daripada sensor ini membolehkan dron melakukan pelepasan dan ketepatan pendaratan dengan selamat, kekal berada pada kedudukan berhampiran objek yang diperiksa atau mengikuti laluan secara rapat tanpa melanggar pokok.

Rangkaian dari keluarga microLiDAR™ ini  sesuai dengan autojuruterbang standard (Ardupilot/PX4) dan API disediakan untuk pengawal tersuai seperti RaspberryPi dan Arduino.

Constantine menyambung lagi untuk menyatakan, "Dengan harga yang bermula pada hanya USD $249, sensor mampu milik microLiDAR™ kami membawa persepsi kepada mesin autonomi supaya para pelanggan kami dapat melakukan kerja mereka dengan selamat dan boleh dipercayai." Constantine menambah, "Kelebihan utama sensor microLiDAR™ kami ialah ia bukan kamera dan tidak mengganggu privasi orang awam. Keadaan ini menjadi lebih penting kerana kenderaan autonomi dan mesin-mesin lain mula bekerjasama dengan individu dalam kehidupan harian mereka." 

SF45 LightWare, pemenang tempat pertama anugerah Xcellence Awards akan dipamerkan di pameran perdagangan terbesar di dunia bagi sistem tanpa pemandu dan autonomi,  XPONENTIAL (gerai 3362, 17-19 Ogos, Atlanta).

www.LightWareLiDAR.com 

 

Sila hubungi:  Leanne Fischer, leannefischer@lightwarelidar.com, +1 720 927 4258

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1594713/lightware_lidar.jpg?p=medium600

 

Source: LightWare LiDAR LLC
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Design Automation Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Trade show news