omniture

Acara Mega Herbalife Asia Pasifik, "Extravaganza 2013" Mencatat Rekod dengan Kehadiran 55,000 Peserta

55,000 pengedar bebas menghadiri acara mega Herbalife terbesar di dunia di Bangkok, Seoul dan Bangalore
Herbalife Asia Pacific
2013-06-17 13:19 215

BANGKOK, 17 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Syarikat nutrisi global, Herbalife (NYSE: HLF), mengumumkan pembukaan acara Asia Pasifik "Extravaganza 2013" di sebuah sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran , Bangkok hari ini.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/13/20130613143647718391-l.jpg )

Acara Asia Pasifik "Extravaganza" Herbalife adalah acara serantau tahunan syarikat itu untuk meraikan kejayaan perniagaan para pengedar bebas, serta menerima latihan terkini dalam inisiatif inovasi produk dan perniagaan mereka daripada pemimpin Herbalife dan pakar nutrisi. Tahun ini, Herbalife mengadakan acara mega ini secara serentak di Bangkok, Bangalore dan Seoul dari 14 Jun ke 16 Jun bagi memudahkan pemenuhan permintaan daripada rangkaian pengedar bebas mereka yang semakin meluas. Acara ini mencatat rekod kehadiran seramai 55,000 orang pengedar bebas dari seluruh rantau Asia Pasifik dan negara-negara sekitarnya.

Acara Asia Pasifik "Extravaganza" Herbalife bukan sahaja merupakan acara tahunan terbesar syarikat itu dalam rantau ini, malah ia juga telah menjadi acara mega terbesar di Thailand tahun ini. Acara "Extravaganza" di Bangkok yang dihadiri oleh lebih 23,000 pengedar bebas Herbalife dari 12 buah negara dalam Asia Pasifik ini dijangka dapat menjana sebanyak US$60 juta untuk Thailand, menurut Biro Konvensyen dan Pameran Thailand.

William M. Rahn, Timbalan Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Herbalife Asia Pasifik, berkata, "Momentum pertumbuhan yang berterusan di Asia Pasifik memerlukan kami merancang acara "Extravaganza" kami di negara-negara berbeza di Asia bagi memenuhi keperluan bilangan pengedar bebas kami yang semakin meningkat. Kami sedang mengalami pertumbuhan jualan bersih dua angka yang konsisten dalam rantau ini sejak lima tahun yang lalu. Asia Pasifik dengan jualan bersih sebanyak US$ 1.14 billion (THB 34 billion) yang mewakili kira-kira 28% daripada pendapatan / untung bersih global syarikat pada tahun 2012, kini menjadikannya rantau Herbalife nombor satu di seluruh dunia."

"Pertumbuhan ini kebanyakannya dijana oleh permintaan yang tinggi untuk produk nutrisi kami daripada pengguna Asia yang semakin mementingkan kesihatan. Obesiti dan kekurangan nutrisi   adalah masalah kesihatan awam yang prevalen di seluruh dunia, termasuk kebanyakan negara-negara di rantau Asia Pasifik. Pihak korporat bersama dengan para pengedar kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya,"  tambah beliau lagi.

Peralihan nutrisi global ini telah membawa kepada epidemik obesiti sedunia yang diakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO). Menurut WHO, terdapat lebih ramai orang yang mempunyai berat badan berlebihan berbanding  dengan orang yang kekurangan makanan dalam dunia buat kali pertama dalam sejarah. Menurut laporan oleh  Euromonitor (Nota 1), beberapa negara di Asia Pasifik diramal akan melihat pertumbuhan kadar obesiti terpantas antara tahun 2010 dan 2020. Vietnam mendahului dalam perbandingan negara ini sebanyak 225%, diikuti oleh Hong Kong (178%) dan India (100%).

Herbalife berada pada kedudukan yang sesuai dengan rangkaian produk nutrisi yang luas dan bilangan pengedar bebas yang semakin meningkat untuk menumpukan perhatian pada keperluan pengurusan berat badan dan kesihatan bagi pengguna di Asia.

Mengenai Herbalife

Herbalife Ltd. (NYSE: HLF)  ialah sebuah syarikat nutrisi global yang menjual produk pengurusan berat badan, nutrisi dan penjagaan peribadi yang disasarkan untuk menyokong gaya hidup sihat. Produk-produk Herbalife dijual kepada dan melalui rangkaian pengedar bebas dalam lebih 80 buah negara. Syarikat itu menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalifenya untuk membantu dalam pemberian nutrisi yang baik kepada kanak-kanak. Laman web Herbalife mengandungi sejumlah maklumat yang signifikan mengenai Herbalife, termasuk maklumat kewangan dan maklumat lain untuk para pelabur di http://ir.herbalife.com/. Syarikat itu menggalakkan pelabur melawat laman web mereka dari masa ke semasa,  kerana semua maklumat sentiasa dikemaskini dan maklumat baharu akan dipaparkan.

Nota 1: Euromonitor: Memahami Pengurusan Berat Badan dalam Tahun 2011

Hubungan media:
Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
DID: +852-3589-2643
E-mel: dalieal@herbalife.com

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news